Pages

Sunday 18 December 2011

tips memilih pakej perkahwinan

pelamin




Skang nie, industri perkahwinan telah menjadi satu bisnes yang ibarat cendawan tumbuh… banyak betul pakej kawin yang ditawarkan. Yelah, kalu dibuat dengan baik, memang untungla bisnes nie…mana taknyer, ada jer orang yang kawin setiap masa, kan?…:-)
So, kepada bakal raja sehari sekalian, jangan pening kepale plak masa nak pilih pakej perkawinan nanti. Apa kata you all amik kira tips di bawah nie seblom membuat pilihan:

Harga fixed ke boleh runding?

– la nie, kebanyakan penyedia pakej perkahwinan menawarkan harga yang buleh dirunding. Ok la kalu camtu… senang skit nak berkira, kan? Namun, ada gak sesetengah tempat tu yang menawarkan fixed price…sbb maybe pakej diorang pun dah cukup murah kot?..:-)


Harga pakej termasuk aksesori tak?
– adakah harga pakej perkahwinan yang ditawarkan tu termasuk aksesorinya? Sblom nak pilih mana2 pakej, tanya dlu apa aksesori yang diberikan (biasanya free kerana termasuk skali dlm pakej) … kalu korang tak tanya, nanti kot lepas bayar, tengok2 kasut takde (pakai slipar jepun je la…), veil takde, tiara, keris, tengkolok semua takde… camne nak posing atas pelamin nie?


Adakah harga berpatutan?

– you all kena rajin2 la buat survey sebab nak tau pakej yang anda pilih nanti berpatutan ke tak? Biasa la… harga pakej kawin nie lain2 …ader yang mahal dan ader yang ‘tak seberapa mahal’…:-) walaupun kualiti dan material yang digunakan sama jer… satu lagi, korang kena perhati betul2 pada list pakej yang ditawarkan. Contohnya ada tak hiasan bilik tido, solekan, pintu gerbang/arc, fotografi dll.


Ingat bajet anda

- bukan nak suruh pilih yang paling murah, tapi tengok pada bajet la…kalu bajet dalam 2 – 3 ribu, takkan nak pilih yang 5 ribu lak, betul tak? Misalnya, kalu baju pengantin dah ader orang nak sponsor ker, tak yah la masukkan sekali dalam pakej tu… boleh tukar dengan bende lain.. buleh la korang berjimat skit…:-)


Ada caj pengangkutan ker?

– yang nie pun korang kena tanya gak. Biasanya caj untuk pengangkutan nie memang la ader…tapi biasanya bleh runding … dan biasanya untuk jarak dekat, takde caj…


Mesra pelanggan?

– ehem2..paham2 aje la…sesetengah butik perkahwinan tu susah nak berkira (kalau kita nie bukan golongan VIP ke, anak datuk ker…:-))… contohnya, kalau nak mintak tolong adjustkan baju ker, nak tukar kasut ker, aksesori lain ker…tak boleh. Apa nie…bukan ke kite yang bayar? So, pandai2la buat pilihan yang tepat, ok?

Ok, harap2 nyer korang mendapat sedikit ‘insights’ apabila nak pilih pakej perkahwinan nanti. Dan satu lagi, mintakla nasihat daripada orang tua, kawan2 yang dah kawin ke atau sape2 saje la, supaya kita dapat buat pilihan yang tepat. Sikit lagi info tambahan, di bawah nie ada disenaraikan contoh pakej pengantin (sekali dengan aksesori) yang biasa ditawarkan. Renung-renungkan lah…:-)


Pakej pengantin:

Hiasan pelamin (the whole set)
— Pakaian pengantin (lelaki dan perempuan)
– Baju berinai / nikah / sanding
– 2/3 persalinan atau lebih.
– biasanya baju lace/songket/satin – perempuan
– baju melayu – lelaki
— Make-up dan tatarias (1 atau 2 kali – untuk nikah/sanding atau kedua2 nya sekali)
— Fotografi (1 atau 2 kali – untuk nikah/sanding atau kedua2 nya sekali)
— Hiasan kamar pengantin
— Pintu gerbang (arc)
— Hiasan meja makan beradap

No comments:

Post a Comment