Pages

Sunday 18 December 2011

barang hantaran perkahwinan

Di dalam merancang persiapan untuk menjadi raja sehari, terlalu banyak perkara yang perlu dipikirkan dan dibuat, betul tak? Antara perkara penting yang perlu you all pikir ialah seperti tarikh, kursus kawin, baju pengantin, kad kawin, majlis kawin, dan sebagainya lagi. Tapi ada satu bende nie yang penting dan perlu ada di dalam setiap majlis pertunangan atau perkahwinan, iaitu barang hantaran.


Sebenarnya, amalan berbalas-balas barang hantaran nie adalah adat biasa di dalam perkahwinan orang Melayu. Selain bertukar-tukar hadiah untuk kedua-dua mempelai, ia juga menunjukkan tanda kasih sayang di antara mereka berdua. Biasanya, bilangan hantaran dibuat di dalam nombor ganjil seperti 7 berbalas 9. Kalau nak lagi gempak, buatlah 11 berbalas 13:-) Dan barang hantaran dari pihak lelaki plak biasanya kurang skit daripada pihak perempuan – maknanya sebelah perempuan kena bagi barang lebih skit la kepada pihak lelaki:-) Dah memang ini adatnya, nak buat camne, kan?


Ok, tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat apa barang-barang yang biasanya dijadikan hantaran perkahwinan bagi kedua-dua belah pihak:


Sebelah lelaki (untuk diberi kepada pihak perempuan):

  1. Tepak sirih
  2. Mas kahwin
  3. Pulut kuning
  4. Cincin/Gelang/Rantai (atau barang kemas yang lain)
  5. Sepersalinan kain (atau baju kurung)
  6. Al-Quran (atau tafsir)
  7. Sejadah
  8. Kek
  9. Potpouri
  10. Jam tangan
  11. Kasut
  12. Handbag
  13. Perfume
  14. Buah-buahan
  15. Set alat solek
  16. Telekung sembahyang
  17. Muffin atau biskut
  18. Towel
  19. Gula-gula (atau manisan lain)




Hantaran kahwin Mawi kepada Ekin



Sebelah perempuan (untuk diberi kepada pihak lelaki):
  1. Tepak sirih
  2. Pulut kuning
  3. Baju Melayu (dan/atau sampin)
  4. Kain pelikat
  5. Baju kemeja dan seluar slack (boleh sekali dengan tie)
  6. Kasut (dan/atau stoking)
  7. Al-Quran (atau tafsir)
  8. Sejadah
  9. Jam tangan
  10. Potpouri
  11. Wallet (dan/atau belt – biasanya dijual 1 set)
  12. Perfume
  13. Towel
  14. Buah-buahan
  15. Kek
  16. Muffin atau biskut
  17. Gula-gula (atau manisan lain)
*Credit - Ekin chubby/ http://ekinchubby.fotopages.com/
*Credit - Ekin chubby/ http://ekinchubby.fotopages.com/



Barang-barang di atas adalah barang yang paling common diberikan di dalam sesuatu majlis perkahwinan. Tak kisahla walaupun ada beberapa barang yang sama untuk kedua-dua belah pihak, asal masing-masing berkenan sudahlah. Sebelum membuat list untuk beli barang2 hantaran, yang pentingya kita kena beli barang yang kita memang nak guna di kemudian hari. Jangan beli barang sekadar untuk tunjuk jer!

No comments:

Post a Comment