Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Surah Al-'Asr Ayat 1-3]
Sunday 18 December 2011
nak bertemu bakal mertua
Biasanya kita dengar orang kata kalau kita kahwin, kita bukan setakat kahwin dengan pasangan kita jer … malah kita akan kahwin dengan keluarga mereka jugak. Ada benarnya pandangan ini kerana kelak kita akan menjadi sebahagian daripada keluarga mereka, betul tak?
Pertemuan pertama anda dengan bakal ibu dan bapa mentua pastinya akan mendebarkan. Lebih-lebih lagi jika anda ingin meraih restu mereka terhadap perhubungan korang berdua. Dan mungkin pada masa inilah anda mahu memberikan ‘first impression’ yang baik agar bakal mentua menyayangi dan menyukai diri anda. Ini kerana semasa pertemuan kali pertama ini berlangsung, pada masa inilah anda akan dinilai dari setiap sudut oleh bakal mentua dan juga ahli keluarga yang lain. Tapi yg paling penting, anda akan dinilai sama ada adakah anda benar-benar the perfect candidate untuk menjadi menantu mereka… Itu jer..huhu
So, kalau dalam waktu terdekat nie kekasih anda sudah menyuarakan hasrat hatinya untuk membawa anda bertemu dengan keluarganya, cuba praktikkan beberapa tips atau petua yang dinyatakan di bawah nie.
1. Selidik tentang background keluarga
Jangan lupa untuk bertanya pasangan anda tentang keluarganya. Contohnya pekerjaan ibu dan bapanya, nama mereka (kot2 ada gelaran lain), brape adik beradik yg dia ada, apa kesukaan mereka, bende apa mereka tak suka dsb lagilah… Tulis segala maklumat nie di dalam buku supaya kamu tak akan lupa… semua detail nie penting apabila kamu akan berkunjung ke rumah bakal mertua supaya kamu dapat bersedia awal2.. Dan jangan lupa jugak untuk bertanyakan tentang apakah perkara yang mereka suka, tak suka dan sebagainya lagi.
2. Fahami budaya bakal keluarga mentua
Biasalah, setiap keluarga ada budaya masing-masing kan? Janganlah tiba-tiba kita mahu mengubah budaya mereka pulak… Misalnya kalau kita berasal dari keluarga yang menetap di bandar, dan kita ingin bertemu dengan bakal ibu bapa mertua yang berasal dari kampung, kita kenalah mengikut budaya mereka. Budaya di kampung tidak sama dengan budaya orang bandar. Contohnya, kalau kat rumah sendiri kita dah biasa makan di meja makan, kalau kat kampung, mungkin kita kena biasakan diri makan di atas lantai. Buat mereka yang tak biasa, keadaan ini mungkin akan mengundang sedikit ketidakselesaan…:-) So, apa kata kita cuba fahami budaya bakal mertua dulu supaya kita boleh prepare awal2…
3. Mintak tips daripada pasangan
Sebelum pertemuan diaturkan, pastikan anda meminta sedikit tips daripada pasangan anda. Misalnya, apakah topik yang dapat menarik minat ibu bapanya? atau apakah hobi kesukaan mereka – misalnya memancing, membaca, melancong, berkebun dsb… Kalau anda memang dah pemalu dan pendiam orangnya dan tak reti pulak nak berbual dengan orang yang lebih tua, apa kata anda cuba approach topik-topik mudah seperti itu supaya perbualan anda tidak kelihatan kaku atau canggung… Yang pentingnya, hormati pendapat mereka dan jangan pulak membantah terhadap sesuatu perkara yang dicakapkan oleh mereka (kecuali dalam bab-bab agama la, yer), walaupun anda tahu mereka salah.
4. Jaga cara berpakaian
Cara berpakaian jugak penting kerana ia melambangkan perwatakan anda. Bayangkan jika anda bertemu bakal mentua dengan T-shirt ketat dan jeans koyak-rabak. Cuba fikir apakah first impression mereka pada bakal menantu mereka nanti?… So, penampilan kena jaga la yer? Sebaik-baiknya kalu lelaki, pakailah baju kemeja atau T-shirt yang sopan (takde gambar-gambar yang ‘censored’ di depannya:-)) beserta dengan seluar slack/jeans. Anda tidak diwajibkan pakai tie, yer:) Bagi si gadis pulak, eloklah kalau anda mengenakan baju kurung yang melambangkan kesopanan gadis Melayu. Ingat, first impression tu penting kerana dari situlah, bakal mentua akan menilai perwatakan diri anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment