Pages

Sunday 18 December 2011

sirih junjung

Cantekknya gubahan sirih nie...!



Biasanya, kalau kita pergi ke mana-mana majlis perkahwinan ataupun pertunangan, mata kita pasti akan manatap susunan barang-barang hantaran perkahwinan yang tersusun indah daripada kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan. Dan kalau kita perasan, barang hantaran yang biasanya terletak di depan sekali ialah sirih junjung. So, hari nie kita akan kupas serba sedikit mengenai sirih junjung dan kenapa ia biasanya dijadikan sebagai ‘penghulu’ atau ‘kepala’ hantaran, sementara barang-barang yang lain dianggap sebagai ‘pengiring’ hantaran.



Gubahan sirih




Mengikut tradisi atau adat resam Melayu, sirih junjung nie adalah perkara yang wajib di dalam setiap majlis pertunangan atau perkahwinan. Selain menjadi penyeri dan pelengkap majlis, ia juga membawa maksud tersirat iaitu melambangkan asam garam hidup berumahtangga di antara suami isteri. Ini kerana hidup setiap pasangan suami isteri tidak dapat ‘lari’ daripada segala duka dan duka. Begitu juga dengan sirih junjung yang digubah dengan daun sirih dan campuran beberapa bahan-bahan lain di mana jika ianya di makan, akan timbullah rasa manis, masam, pahit dan masin. Kalau korang biasa tengok, tok nenek kita pada zaman dulu2 suka sangat mengunyah sireh nie..:-)


Seperti yang disebut di atas, terdapat beberapa bahan lain yang biasanya dimasukkan sekali ke dalam gubahan sirih junjung. Jom kita lihat apakah maksud yang tersirat di sebalik bahan-bahan yang digunakan itu:



Daun sirih yang segar



Daun sirih – membawa maksud mulia hatinya, berani, tidak mudah berputus asa dan rendah diri



Gambir



Gambir – rasa pahitnya menggambarkan keteguhan hati seseorang



Kapur di atas daun sirih



Kapur – memberi rasa yang payau, pahit serta hangat jika dimakan bersama dengan sirih. Ia membawa maksud hati yang suci tetapi boleh memberontak jika dicabar



Pinang



Pinang – melambangkan keturunan yang baik dan berhati mulia



tembakau


Tembakau – membawa maksud seorang yang tabah dan sanggup berkorban di dalam apa jua hal



Cengkih


Cengkih – rasanya yang pedas memberi gambaran seseorang yang berpegang kuat pada prinsip



Jika ingin menggubah sendiri sirih junjung, anda hendaklah memilih daun sirih yang segar dan pelbagai saiz – sekurang-kurangnya 13 helai. Kemudian daun sirih itu akan disusun dan dibentuk mengikut citarasa penggubahnya. Setelah siap, bahan-bahan lain seperti pinang, gambir, cengkih dan kapur pula akan diletakkan di celah-celah susunan daun sirih. Selain tu, penggunaan bunga-bunga segar seperti bunga kekwa dan bunga mawar juga memainkan peranan dengan diletakkan di celah lipatan daun sirih. Sebagai ‘final touch’, anda bolehlah merenjis sedikit wangian seperti air mawar untuk membangkitkan lagi aroma sirih junjung.


Mengikut tradisi Melayu, sirih junjung daripada pihak pengantin lelaki hendaklah lebih tinggi sedikit daripada pihak pengantin perempuan. Ini untuk menunjukkan peranan atau tanggungjawab lelaki itu sebagai ketua keluarga. Jika dibandingkan di zaman mak-mak kita dulu, sirih junjung seringkali digubah tinggi seperti pokok. Tapi seiring dengan perkembangan zaman, sirih junjung telah digubah menjadi pelbagai bentuk moden seperti masjid atau bangunan yang disesuaikan mengikut konsep hantaran.



Gubahan sirih yang lebih tinggi dari pihak pengantin lelaki



Walau bagaimana sekalipun bentuknya, gubahan sirih junjung akan tetap menjadi penghulu segala hantaran dan pelengkap kepada suatu majlis perkahwinan. So, next time, kalau ada anak-anak dara anda yang bertanyakan tentang perihal sirih junjung ini, jangan lupa untuk menceritakan segala kepentingan dan maksud sirih ini kepada mereka, yer? Moga-moga mereka akan terus membawa warisan Melayu yang indah ini hinggalah ke akhir zaman.

No comments:

Post a Comment