Pages

Monday 12 September 2011

wtc -penyelamatan dan pemulihan

Jabatan Bomba Bandar Raya New York (FDNY) cepat menghantar 200 unit (separuh jabatan) ke tempat kejadian. Usahanya dibantu oleh ramai ahli bomba tak bertugas dan juruteknik perubatan kecemasan.[73][74][75] Jabatan Polis New York (NYPD) menghantar unit-unit Perkhidmatan Kecemasan dan ramai lagi kakitangan polis yang lain, di samping mengutuskan unit udara.[76]

Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, anggota FDNY, NYPD, dan polis Lembaga Pelabuhan tidak menyelaraskan usaha,[73] sebaliknya terpaksa melakukan kerja pencarian orang awam yang berlebihan.[77]

Apabila keadaan bertambah teruk, unit udara NYPD menyampaikan maklumat kepada komander polis supaya mengeluarkan arahan kepada para anggota untuk meninggalkan menara-menara itu; kebanyakan pegawai NYPD sempat keluar dengan selamat sebelum bangunan itu runtuh.[76][77] Disebabkan pos perintah berasingan serta komunikasi radio yang tidak serasi sesama agensi, amaran tidak disampaikan kepada komander FDNY.

Selepas menara pertama tumbang, komander FDNY juga mengeluarkan amaran pengosongan; bagaimanapun, disebabkan masalah teknikal akibat kerosakan sistem pengulang radio, ramai ahli bomba yang tidak dapat menerima arahan itu. Penghantar 9-1-1 juga menerima maklumat daripada pemanggil yang tidak disampaikan kepada komander di tempat kejadian.[74] Dalam beberapa jam selepas serangan, bermulanya sebuah operasi mencari dan menyelamat besar-besaran.



Selepas berbulan-bulan operasi sepanjang masa, tapak World Trade Center akhirnya dibersihkan pada lewat Mei 2002.[78]



Laman ini diubah buat kali terakhir pada 07:49, 12 September 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • No comments:

    Post a Comment