Dikatakan Nabi Ibrahim a.s dikhatan ketika berusia 80 tahun dan mengkhatan putera-putera beliau, Nabi Ismail dan Nabi ishak pada usia masing-masing 13 dan 8 tahun. Perbuatan ini kemudian berlarutan sehingga ke nabi seterusnya termasuk Nabi Isa a.s. Untuk kes Nabi Muhammad s.a.w. ada mengatakan baginda dilahirkan sudah berkhatan. Ada juga menyatakan bahawa baginda dikhatankan oleh Malaikat Jibrail atau datuk beliau, Abdul Mutalib.
Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab. [1]
Di Malaysia, kebanyakan ibu bapa dan penjaga memilih hari cuti penggal, iaitu sekitar pertengahan tahun mahupun hujung tahun untuk mengkhatankan anak-anak mereka. Kanak-kanak ini kebiasaannya dikhatankan ketika berusia dalam lingkungan 10-12 tahun.
Khatan di kalangan masyarakat Arab berbeza dengan masyarakat di Malaysia. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat Arab memilih untuk mengkhatankan anak mereka ketika baru lahir atau pada peringkat 7 tahun.
Laman ini diubah buat kali terakhir pada 18:02, 11 September 2011.
No comments:
Post a Comment