Pages

Saturday 10 September 2011

salaah ke ibu....



.. jika ibu yang salah maka anggaplah ianya kelemahan seorang manusia yang terlalu kecil berbanding cinta dan kasih sayang serta jasa dan pengorbanannya yang besar sebagai ibu terhadap anaknya!

Jika anda yang bersalah .. maka ianya adalah kelemahan seorang anak yang sedang belajar menghadapi kerenah dan pancaroba hidup yang memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan dari ibunya dengan penuh kasih sayang, timbang rasa dan budi bicara! Apa pun yang telah terjadi tetap telah terjadi dan tidak dapat dimungkiri mahu pun dinyahkan dari laluan kehidupan masa lampau! Hari ini anda masih ada ibu.. maka ianya adalah merupakan kesempatan yang paling berharga untuk diisi dengan cinta dan kasih sayang serta harga menghargai dan hormat menghormati yang terkini dan terkemaskini .. serta menyingkirkan segala halangan yang telah berlalu bersama waktu!

Seorang yang telah ketiadaan ibu bapa .. memang dan memang .. mereka adalah ibu bapa yang telah hilang .. tiada di hadapan mata .. tidak akan dapat ditemui di alam kehidupan ini lagi .. bahkan .. untuk menemui mereka dalam mimpi pun begitu sukar sekali!

Sesekali menjelang 'Aidilfitri .. ketika menziarahi pusara ibu bapa .. mungkin sahaja kita bercakap-cakap dengan mereka seorang diri .. tanpa peduli apakah mereka mendengar atau pun tidak segala kata-kata yang diomelkan .. mengadu tentang lelahnya kehidupan bersendirian tanpa tempat mengadu untung .. mengungkit peristiwa-peristiwa gembira yang pernah dilalui bersama mereka .. berjanji untuk meneruskan kehidupan sebaik mungkin sebagai tanda menghargai segala didikan dan pengorbanan mereka semasa hidup untuk membesarkan anak-anak .. mendoakan kesejahteraan mereka di alam barzakh .. lantas pelan-pelan meninggalkan pusara mereka .. mereka di sana dan kita di sini dengan tugas dan tanggungjawab kehidupan yang diamanahkan untuk dilanjutkan sebaik semampu mungkin!

No comments:

Post a Comment