Pages

Monday 12 September 2011

wtc -kerosakan

Di samping Menara Berkembar 110 aras itu sendiri, banyak lagi bangunan lain di tapak World Trade Center turut ranap atau rosak teruk, termasuk 7 World Trade Center, 6 World Trade Center, 5 World Trade Center, 4 World Trade Center, Marriott World Trade Center (3 WTC), kompleks Pusat Kewangan Sedunia dan Gereja Ortodoks Yunani St. Nicholas.[65]

Daripada bangunan-bangunan dan struktur-struktur milik kompleks World Trade Center, Menara Utara (1 World Trade Center), Menara Selatan (2 World Trade Center), Hotel Marriott (3 World Trade Center) dan 7 World Trade Center musnah sepenuhnya, manakala 4 World Trade Center, 5 World Trade Center, One Liberty Plaza, Pejabat Kastam A.S. (6 World Trade Center), dan kedua-dua jejantas pejalan kaki pula rosak teruk.

Bangunan Deutsche Bank di 130 Liberty Street mengalami kerosakan separa dan terpaksa dirobohkan kemudian. Kedua-dua bangunan World Financial Center turut mengalami kerosakan.

Bangunan Deutsche Bank di seberang Liberty Street dari kompleks World Trade Center kemudian diisytiharkan tidak selamat disebabkan keadaan toksik dalam menara pejabat lalu menjalani perobohan.[66][67]

Dewan Fiterman di Kolej Komuniti Daerah Perbandaran Manhattan di 30 West Broadway turut disahkan tidak selamat disebabkan kerosakan berleluasa akibat selatan, dan juga bakal dinyahbina.[68]

Bangunan-bangunan berdekatan yang lain pula, termasuk 90 West Street dan Verizon Building turut mengalami kerosakan besar, tetapi berjaya dipulihkan.[69]


Bangunan-bangunan World Financial Center, One Liberty Plaza, hotel Millenium Hilton, dan 90 Church Street mengalami kerosakan sederhana,[70] kesemuanya dipulihkan.

Kelengkapan komunikasi di atas Menara Utara turut musnah, termasuk radio, televisyen dan antena radio dua hala, tetapi stesen media sempat menghalakan isyarat dan memulihkan penyiaran.[65][71]


Di Kaunti Arlington, sebahagian bangunan Pentagon teruk dimusnahkan oleh api sehingga satu seksyen bangunan itu runtuh.[72]




Laman ini diubah buat kali terakhir pada 07:49, 12 September 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • No comments:

    Post a Comment