Pages

Tuesday, 25 February 2014

'ibarat lilin membakar diri'






Selalunya bila sebut 'ibarat lilin membakar diri', orang suka kaitkan dengan kerjaya perguruan. Menjadi guru adalah pekerjaan yang mulia dan sangat disanjung tinggi masyarakat. Tapi, itu dulu... Sekarang takhta guru2 sebagai lilin dah dilucutkan dek gara2 nila setitik rosak susu sebelanga..

Kalaulah murai diberi kuasa, murai nak mahkotakan takhta 'ibarat lilin' kepada para jururawat. Kenapa jururawat? Kenapa bukan doktor? Kenapa bukan polis? Askar? Kerani? Tukang kebun? Tukang masak? dan lain2 lagi?

Sebabnya ialah kerjaya jururawat jarang sekali disebut2 oleh masyarakat walaupun sebenarnya peranan, tanggungjawab dan risikonya amat besar. Ramai yang tak sedar kepentingan jururawat berbanding doktor. Kalau kita ke klinik atau hospital, siapakah yang akan kita temui dulu kalau bukan jururawat? Di hospital terutamanya, kalau tak kritikal, maknanya doktor takkan datang menjenguk....jururawat jugalah yang setia menemani.

Di hospital2 kerajaan, jururawat sinonim dengan "garang", "bengis", "tak berperikemanusiaan", "sombong", "mulut celupar" dan bermacam2 lagi tanggapan negatif. Mungkin ada kebenarannya, kalau tidak masakan pokok bergoyang. Tapi murai percaya keadaan sekarang dah jauh berubah. Walaupun masih ada lagi jururawat2 kerajaan yang bersikap demikian, tetapi bilangannya sudah berkurangan.

Jururawat tanpa rasa geli, malu, hina atau mual, sanggup mencuci nanah, darah, muntah, tahi dan segala kekotoran yang keluar dari badan pesakit. Bayangkanlah kalau kita "orang biasa" yang disuruh buat begitu...sanggup ke?

Jururawat terpaksa berkorban masa bekerja shift yang tak tentu siang dan malam. Terpaksa berkorban tinggalkan anak2 dan suami sehinggakan ada yang dimadukan tanpa disedari gara2 kerana tugas tak menentu suami main kayu tiga!

Jururawat terpaksa mengambil risiko dijangkiti penyakit, terpaksa mengharung wabak tatkala orang lain sibuk berjaga2. Kesan sampingan bukan sahaja kepada diri sendiri tapi juga tanpa disedari diwarisi oleh anak2 akibat dari pendedahan kepada ubat2an, bahan2 kimia, najis, bakteria dan segala macam benda!

Cukuplah setakat itu murai nak beri alasan kenapa mahkota itu patut murai lucutkan daripada para guru yang hidup senang lenang tapi masih tak mengenang jasa sedangkan ada yang lebih layak patut mengunggulinya! Kerajaan patut sedar...cukup2lah menyuap guru2 dengan berguni2 gula, menatang bagai minyak yang penuh. Hargailah para jururawat kita dan berilah mereka ganjaran yang selayaknya!



sumber dari: simuraikl.blogspot.com

No comments:

Post a Comment