Pages

Friday 8 November 2013

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringat Negeri Kelantan





Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringat Negeri Kelantan Tahun 1434H/2013M telah diadakan pada 23 Januari 2013 (Rabu) bersamaan 11 Rabiulawal 1434H bertempat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu bermula jam 6.30 petang. Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan telah mengampuni perkenan berangkat ke majlis tersebut.Majlis di mulai dengan Solat Fardhu Maghrib dan seterusnya penyampaian ceramah khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh AF Ustaz Wan Sohor Bani bin Leman. Majlis di teruskan dengan solat Fardhu Isyak, berzanji dan selawat. Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1434H/2013M telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua pihak.



sumber dari: e-maik.my

No comments:

Post a Comment