Usaha menarik minat murid mendampingi guru adalah satu langkah yang
cukup berkesan untuk menarik mereka menyukai mata pelajaran yang diajar. Guru
yang memiliki penampilan diri yang baik akan memberi bonus kepadanya kerana
secara tidak langsung ia menjadi idola kepada murid terutama murid di kelas yang
beliau ajar.
Pandangan pertama iaitu pakaian yang sentiasa kemas pada setiap hari
persekolahan, kesungguhan dalam pekerjaan, dedikasi dalam menyampaikan ilmu,
bersikap adil kepada semua murid, sentiasa bertimbangrasa dan penyayang, mesra
dan sentiasa nampak periang, sentiasa tenang dan berhati-hati dalam tindakan
supaya tidak tersalah langkah, beretika dan boleh diteladani, berwatak tegas
tetapi amat berhemah dalam tindakan, sentiasa memelihara disiplin diri, bersifat
cekal dan sabar, berprinsip tetapi bersifat terbuka untuk menerima berbagai
pandangan, berilmu dan mahir dalam bidang kerjayanya, sentiasa mengharga masa,
’komited’ dengan tugas, memiliki idea-idea yang bernas, kreatif dan inovatif,
berwibawa, sedia berkorban masa dan wang ringgit serta berketrampilan adalah
antara ciri-ciri personaliti yang boleh menawan hati murid-murid.Kekemasan
tempat atau bilik guru sebagai tempat untuk guru melaksanakan kerja-kerja rutin
juga menjadi perhatian murid. Mereka begitu gemar datang berurusan dan berjumpa
untuk menyelesaikan berbagai masalah atau meminta guru menilai tahap
pencapaiannya jika tempat itu kelihatan kemas dan tersusun yang mencerminkan
perwatakan guru yang sebenar.
Buku rekod sebagai buku penting yang perlu disediakan dengan kemas dan
rapi serta lengkap menjadikan guru berkenaan mendapat keyakinan yang dihati
pentadbir dan murid-muridnya. Begitu juga dengan kekemasan kerja-kerja yang lain
yang boleh dinilai baik oleh murid, rakan sejawatan dan pentadbir sebagai guru
yang memiliki komitmen yang tinggi. Guru boleh membuat berbagai program di luar
bilik darjah yang bertujuan merapatkan diri dengan mereka. Antaranya, membuat
jamuan makan sekali atau dua kali setahun, membawa mereka ke tempat rekriasi
melalui program Pendidikan Islam, lawatan ke tempat-tempat tertentu, berkunjung
ke rumah salah seorang murid, terutama yang sakit, program menelaah bersama di
waktu petang dan sebagainya.Aktiviti membaca yasin, solat hajat sebulan sekali
dan lebih kerap di masa hampir dengan tarikh peperiksaan menyebabkan mereka
terasa seolah-olah guru itu mengambil berat dan prihatin ke atas
mereka.
Kebijaksanaan berkomunikasi dengan murid-murid, memahami perasaan mereka
melalui pendekatan kesedaran emosi seperti mengambil berat tentang permasalahan
mereka, bersimpati dan empati, cuba penyelesaian kekusutan yang berlaku ke atas
mereka, dan sebagainya akan mendekatkan lagi mereka dengan guru. Melalui cara
ini murid mudah mematuhi segala yang dihajati guru.
Gerakerja guru yang menampakkan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas
juga dapat mempengaruhi minat murid terhadap guru. Guru sewajarnya memiliki
keperibadian yang tinggi, berpengetahuan luas tentang tajuk yang hendak diajar,
serta berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran, kemerlangan dalam mengurus
bilik darjah, dan menampakkan personaliti sebagai guru yang berwibawa. Oleh itu
kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan, bijak
mengurus masa secara optimum, berupaya meningkatkan prestasi murid, dan bijak
mengawal disiplin akan meningkatkan keyakinan murid terhadap
kemampuan guru.
sumber dari: aljerusi08.blogspot.com
No comments:
Post a Comment