Di
sini adalah antara kelebihan-kelebihan kepada seorang isteri.
1) “Sekali
suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa
setahun”
2) “Makanan
yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu
mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi
junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada
mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir
miskin”.
4) “Apabila
isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya
sebagai jihad”.
5)
“Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka,
pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih
(zikir)”.
6) “Tidak
akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya
menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila
meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam
syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8 )
“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya,
berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada
suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”. Dan
ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu
“TAAT”..
sumber dari: adamnarzuan.blogspot.com
No comments:
Post a Comment