MINDA kanak-kanak berfungsi seperti span, sentiasa menerima dan memproses maklumat yang mengelilinginya. Warna pelangi, bunyi kereta yang memecut laju, bau makanan kegemaran dan tindakan serta kelakuan orang dewasa di sekeliling jarang terlepas daripada pemerhatian mereka.
Mengajar anak tabiat yang baik dan amalan menjaga kebersihan ibarat melentur buluh dari rebung. Tabiat yang baik hendaklah disemai sejak kecil untuk memastikan ia menjadi amalan sepanjang hayat.
Ibu bapa, guru dan pengasuh boleh memainkan peranan penting dalam pendidikan dan penjagaan kebersihan di kalangan kanak-kanak. Soalnya, bagaimana ibu bapa mencapai objektif untuk menanamkan tabiat yang baik ini dan lebih penting, apakah cara dan kaedah yang patut digunakan untuk mempengaruhi mereka?
Wujud dua pendapat mengenai perkara ini. Pertama, dengan cara lemah lembut tanpa menggunakan rotan. Cara kedua, lebih keras dengan mengenakan peraturan dan hukuman. Pada prinsipnya, ia adalah pilihan antara rotan dan ganjaran.
Kedua-dua kaedah itu berpacukan insentif - sama ada menjaga kebersihan dan mendapat ganjaran, atau menjaga kebersihan supaya tidak dimarahi dan dikenakan hukuman.
Kaedah yang digunakan untuk mendidik kanak-kanak bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa. Kedua-dua pendekatan mempunyai kelebihan dan ibu bapa, khususnya ibu, pasti lebih tahu apa yang berkesan untuk anak mereka.
Andai kata si ibu ingin menggunakan pendekatan lebih lembut, terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mendidik anak-anak supaya menjaga kebersihan.
Satu daripadanya ialah mengingatkan mereka dengan cara lembut supaya membersihkan diri dan membasuh tangan dengan sabun. Sungguhpun penggunaan sabun digalakkan setiap kali kita membersihkan diri, hasil kajian baru-baru ini menunjukkan kita mesti menggunakan sabun lima kali setiap hari iaitu ketika mandi, selepas menggunakan tandas, sebelum sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Risiko pencemaran kuman dan jangkitan adalah lebih tinggi apabila kita melakukan lima perkara ini. Contohnya, selepas menggunakan tandas, kuman boleh disebarkan melalui tangan apabila kita melakukan aktiviti lain seperti makan.
Justeru, kita hendaklah membasuhnya dengan sabun antibakteria pada lima detik penting itu untuk membunuh kuman dan bakteria yang mengancam kesihatan.
"Saya sentiasa ingatkan anak saya supaya membersihkan diri dan membasuh tangan dengan sabun seberapa kerap yang boleh.
"Apabila mereka melakukannya, saya akan membawa mereka ke taman untuk bermain. Mereka memang suka bermain di taman. Dengan cara ini, saya bukan saja dapat meluangkan masa untuk bermain dan bermesra dengan anak, tetapi juga memberi ganjaran kepada mereka kerana menjaga kebersihan dan kesihatan diri," ujar Lee Ching, 42, ibu kepada dua anak perempuan yang masih kecil.
"Anak saya masih kecil. Jadi, agak sukar untuk menerangkan kepada mereka mengapa mereka perlu membersihkan diri dengan sabun. Walau apa pun, saya cuba menjadikannya satu aktiviti yang menyeronokkan, dengan menyanyi ketika membasuh tangan di sinki supaya mereka mengaitkan kekerapan membasuh tangan dengan sabun sebagai sesuatu yang positif dalam hidup mereka," kata Aida, 35, juga ibu muda yang mempunyai dua orang cahaya mata.
Bagaimanapun, sudah tentu ada kanak-kanak yang mungkin memerlukan pendekatan lebih keras untuk memastikan mereka sentiasa menjaga kebersihan.
"Bukan mudah menjaga dua budak lelaki yang ligat, lebih-lebih lagi untuk memastikan mereka sentiasa bersih dan kemas. Selalunya saya terpaksa berleter menyuruh mereka membasuh tangan dengan sabun sebelum makan dan saya tidak benarkan mereka duduk di meja makan selagi mereka tidak membasuh tangan.
"Lama-kelamaan, mereka sendiri tahu bahawa kalau mereka betul-betul lapar, mereka mesti basuh tangan dengan sabun. Jika tidak, mereka tentu kena marah kerana berkelakuan buruk. Sebagai hukuman, saya akan mengehadkan waktu untuk mereka bermain," kata Jeya, yang mempunyai dua orang anak lelaki berumur 9 dan 11 tahun.
Amy, seorang lagi ibu yang bekerja sebagai pengasuh di pusat penjagaan kanak-kanak menggunakan cara yang lebih kreatif untuk menjelaskan pentingnya menjaga kebersihan. Dia menggunakan bahan visual termasuk gambar kuman dan bakteria jahat yang melekat pada tangan untuk menasihatkan mereka supaya membasuh tangan dengan sabun.
"Saya terangkan pada mereka titik hitam tidak baik untuk kesihatan dan boleh menyebabkan mereka dan juga orang lain jatuh sakit. Cara ini berkesan kerana kebanyakan kanak-kanak yang sudah bersekolah akan terkejut dan menjerit `Eiiiii!," katanya sambil ketawa.
Sama ada menggunakan rotan atau mengumpan ganjaran, ibu bapa, khususnya ibu, tidak seharusnya mengabaikan objektif mereka, iaitu untuk menyemaikan sikap positif dan tabiat menjaga kebersihan dan membersihkan diri dengan sabun lima kali setiap hari terutama ketika mandi, selepas menggunakan tandas serta sebelum sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Ulangan dan kadar perbuatan yang konsisten penting untuk menanamkan tabiat yang baik agar ia menjadi sebahagian daripada kehidupan anak-anak kita setiap hari sebagai usaha untuk melindungi dan menjaga kesihatan mereka.
Tetapi paling penting, ibu bapa perlu ingat bahawa cara terbaik untuk mendidik anak-anak tentang kebersihan ialah dengan menunjukkan contoh yang baik dan boleh dijadikan teladan.

No comments:
Post a Comment