Pages

Tuesday 14 February 2012

hamba lahirkan tuan






Kalau mak tak memekak macam petir, mungkin anak-anak masih bergolek mengadap laptop dalam bilik. Sebenarnya kalau dia orang tak buat , saya boleh buat sendiri. Bukan perlu sangat kudrat mereka tetapi lebih kepada pendedahan untuk mendapatkan pengalaman atau skil kemahiran hidup sebenar.

Ustazah pernah bercerita mengenai satu hadis yang bermaksud lebih kurang ( saya terlupa secara detailnya ) diakhir zaman nanti, hamba lahirkan tuan. Maksud hadis tersebut yang bermaksud anak yang memperlakukan ibunya seumpama si ibu adalah hambanya.
Gejala ini sudah ternampak , kan di zaman sekarang?

Memanglah mak tak kisah, mak dah faham , mak dah redha. Sebagai seorang hamba, sudah tentu dia tak kisah mengikut arahan tuannya. Ikut saja apa yang tuan dia cakap tanpa ada bantahan.
Mak kita ada bantah ke? Itulah yang dimaksudkan hadis ‘bila hamba melahirkan tuan…’. Tanpa kita sedar, kita lah tuan yang Rasulullah maksudkan.

Saya tak tahu masa depan anak-anak saya macam mana . Kita berusaha dan selebihnya bertawakal kepada Allah.
Sebelum bertawakal, kenalah usaha dulu. Kenalah latih untuk suruh anak-anak buat itu dan ini. Kalau tak pernah disuruh, menternak lemak sajalah!

Akan datang, makbapa sendiri yang mengeluh sebab anak-anak tak mahu buat kerja rumah langsung. Buat kerja rumah tu bukan untuk kesenangan si ibu tetapi lebih kepada ilmu yang akan digunakan apabila dewasa dan berkeluarga sendiri nanti.
Seseorang yang ringan tulang mudah untuk diterima dalam komuniti . Disenangi kawan dan saudara mara.

No comments:

Post a Comment