Pages

Friday 17 February 2012

agar anak mendengar kata





Antara perkara yang sangat sulit dalam ilmu keibubapaan adalah memastikan anak-anak kita mendengar apa yang kita perkatakan dan seterusnya melaksanakan apa yang kita minta.
Jika anda mempraktikkan beberapa tips-tips penting ini, perkara yang sulit ini akan menjadi mudah bagi anda. Insya Allah.

Berfikir Sebelum Anda Bercakap

Anda memberitahu anak anda untuk keluar bersiar-siar sekarang tapi anda telah lewat 20 minit untuk bersiap. Anda meminta anak anda mengemas ruang tamu tapi anda membiarkan keadaan rumah tidak terurus sebelum masuk tidur/semalaman. Anda memberi amaran kepada anak anda untuk membatalkan rombongannya sekiranya dia bercakap kasar kepada anda sekali lagi sedangkan anda selalu meninggikan suara dan bercakap kasar kepadanya. Kejadian-kejadian yang berlaku di atas akan melahirkan anak yang mempunyai ”selective hearing”. Oleh itu, ambil masa seminit untuk berfikir sebelum anda mengeluarkan arahan. Pastikan arahan anda jelas dan bermakna buat mereka.

Gunakan Perbicaraan yang jelas

Jangan menggunakan bahasa tersirat semasa berkomunikasi dengan anak anda: “Ia akan lebih baik jika kamu…” atau “Tidakkah kamu fikir kamu harus…”. Jangan buat permintaan yang tidak lengkap dan tidak jelas: “Kamu harus bersiap sedia untuk pergi nanti”. Jangan mengeluarkan kenyataan yang kabur: “Kamu tahu lebih baik daripada itu…”
Sebaliknya, anda harus jelas dan spesifik dalam kata-kata anda. Nyatakan permintaan anda dengan cara yang tidak akan menimbulkan salah faham. “Letak kasut dan baju sejuk kamu, dan masuk ke dalam kereta” atau “Gantung pakaian kamu dan susun buku di atas rak buku” atau “Duduk sini dan senyap”

Kawal emosi anda

Apabila anda hilang sabar dan meninggikan suara, secara logik, hasilnya ialah anak anda akan memberikan sepenuh perhatian kepada anda. Tetapi kebenaran adalah sebaliknya. Anak-anak akan diam apabila anda marah tetapi mereka akan terlepas butir-butir perkataan anda semasa itu.
Kajian menunjukkan bahawa konumikasi kita selalu diperlihatkan melalui penampilan kita (bahasa badan, nada suara dsb). Anak-anak akan fokus kepada emosi anda dan tidak memahami perkataan anda. Oleh itu, pastikan suara anda terang dan tenang, dan percakapan anda jelas dan spesifik untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik. Untuk merealisasikan perkara ini, jangan lupa untuk berfikir sebelum bertindak, tentukan apa yang anda mahu dan jadikan kata-kata anda penyampaian yang berkesan.

Dekati anak anda secara peribadi

Walaupun mudah bagi anda untuk berteriak dari dua kamar untuk bercakap, ia sangat kurang efektif. Anak-anak akan memberikan respon lebih baik kepada ibu bapa mereka yang bersemuka dengan mereka. Selain itu, ketika mereka berdiri dekat, anda dapat menentukan apakah anak anda memberikan perhatian kepada anda atau tidak, tanpa perlu menjangka tindak balasnya dari dengusan-dengusan yang jauh. Bersemuka dengan anak menuntut lebih masa daripada anda, tapi akan menyelamatkan anda dari marah kerana terpaksa mengulangi permintaan anda berulang kali.

Ia akan mengambil masa untuk menguasai tips-tips ini. Hanya dengan membaca artikel ini tidak akan mengubah gaya anda. Anda perlu untuk mengingatkan diri sendiri tentang apa yang ingin anda lakukan, dan pastikan tujuan anda segar dalam ingatan anda. Adalah penting untuk anda memberi masa kepada diri anda untuk menguasai idea-idea ini dan maafkan diri anda jika anda melakukan kesilapan. Tidak ada di antara kita yang tahu bagaimana menjadi ibu bapa yang baik sejak lahir. Ini pekerjaan yang bukan mudah, namun dengan beberapa tips di atas cukup membantu, berdoa dan tawakallah pada Allah, anda akan berhasil! Insya Allah. Jika anak tetap tidak mendengarkan, ingatkan dia bahawa menderhakai ibu bapa adalah seperti dia tidak mentaati Allah. Tapi jangan gunakan selalu, kerana setelah selalu diulang-ulang ia menjadi seperti kebiasaan, dan kesannya akan berkurang/hilang.

No comments:

Post a Comment