MENURUT pandangan Islam, pada peringkat usia lima hingga tujuh tahun, anak wajar didedahkan dengan latihan menulis, membaca, mengira dan berbahasa.
Pendidikan yang wajar didedahkan pada peringkat ini ialah bab ibadah dan akhlak. Misalnya, kanak-kanak yang baru meningkat umur mumayyiz hendaklah dilatih mendirikan solat.
Seterusnya adab mulia hendaklah mula diterapkan dalam bentuk latihan amali seperti:
* Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada ibu bapa.
Timbulkan kesedaran bahawa pengorbanan ibu bapa terhadap mereka amat besar. Mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yang masih mempunyai ibu bapa.
Kesedaran ini dapat mengeratkan hubungan mesra, rasa kasih sayang antara ahli keluarga.
* Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang yang lebih tua daripadanya.
Guru adalah orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu.
Orang yang lebih tua adalah mereka yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan.
* Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik.
Anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yang baik-baik.
Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya, Mereka mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya.
Sebab itu jika ibu bapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa kesat, kasar dan keras.
* Mengajar anak adab bergaul dengan rakan.
Anak perlu dinasihatkan supaya tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain.
* Mengajar anak adab makan minum yang baik.
Sifat atau sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah.
Sebaliknya, anak dilatih dulu dengan adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan selepas makan.
* Mengajar anak adab berpakaian.
Pakaian yang dipilih hendaklah menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
* Mengajar adab dan bangun daripada tidur termasuk membersihkan diri sebelum dan selepas bangun daripada tidur serta doanya.
* Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas.
Anak perlu diajar cara membuang air kecil dan besar serta cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, menutup kepala dan membelakangkan kiblat.
INTI PATI
Pendidikan awal
* Didik anak supaya taat dan hormat kepada ibu bapa.
* Ajar mereka supaya menghormati guru dan orang yang lebih dewasa.
* Mengajar mereka supaya bergaul dan bertutur dengan baik.
* Pastikan mereka mempunyai adab meskipun ketika bermain bersama-sama rakan sebaya.
* Mengajar adab makan dan minum seperti tuntutan Islam.
* Mengajar mereka adab berpakaian sejak kecil lagi.
* Mengajar adab bangkit dari tidur termasuk cara-cara membersihkan diri.
* Adab masuk dan keluar tandas.

No comments:
Post a Comment