Pages

Monday 13 January 2014

Qasidah atau selawat yang disusun memuji Rasulullah SAW







Hari jumaat sinonim dengan penghulu segala hari. Diantara hari-hari yang mulia bagi umat Islam. Hari umat Islam berkumpul di Masjid-masjid untuk mendengar khutbah dan solat Jumaat.
Hari dimana umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan selawat keatas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Allahumma solli ala Muhammad. Kata Allah di dalam Al-Quran "Sesungguhnya Allah dan para malaikat senantiasa bersalawat keatas nabi, maka selawat dan salamlah kamu keatasnya."
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berkata "Barangsiapa yang berselawat keatasku dengan satu selawat, nescaya Allah akan balas berselawat keatasnya dengan sepuluh kali selawat (rahmat dan keampunan)."



sumber dari: allgreenislamic.blogspot.com

No comments:

Post a Comment