Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan tahun ini lebih
berwarna-warni dan menarik dengan penglibatan pelbagai acara termasuk
persatuan basikal, paramotor dan motosikal berkuasa tinggi.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha berkata, selain perarakan berjalan kaki, sambutan di Putrajaya akan menyaksikan penyertaan pasukan udara, darat dan air.
Antara yang terlibat ialah Kelab Motosikal 300KMJ, Persatuan Basikal Tua Batu Berendam Melaka, Persatuan Paramotor Malaysia, pasukan bot air Perbadanan Putrajaya serta Persatuan Vespa Malaysia.
Selain itu, anak yatim Darul Fuqaha dari Sungai Merab akan dibawa menaiki Kapal Persiaran Tasik Putrajaya, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, sebanyak 157 kontinjen membabitkan 13,598 peserta akan memgambil bahagian dalam sambutan kali ini yang bertema ’Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’.
Othman berkata, perarakan kali ini akan disertai 73 pasukan jabatan kerajaan, 28 badan berkanun, 20 swasta, 10 badan beruniform, 10 sekolah, enam institut pengajian tinggi serta empat kontinjen badan bukan kerajaan (NGO), dan mereka bakal dilepaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada 7.15 pagi.
"Peserta akan berarak sejauh 1.7 kilometer bermula di depan bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Persiaran Perdana menuju Masjid Putra,” katanya.
Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dijadual berangkat ke majlis itu serta merasmikannya.
Baginda akan diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri Kabinet serta perwakilan negara luar.
Pada perhimpunan di Masjid Putra, selain ceramah agama oleh pendakwah bebas Ustaz Mohammad Kazim Elias, pengurniaan Anugerah Perdana dan Anugerah Maulidur Rasul turut diadakan.
Penerima Anugerah Perdana bakal membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta plak, sijil dan satu set Tafsir Fi Zilalil Quran manakala lapan pemenang Anugerah Maulidur Rasul akan menerima wang tunai RM20,000 beserta plak, sijil, dan hadiah iringan.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/sambutan-maulidur-rasul-tahun-ini-lebih-menarik-dengan-pelbagai-acara-28133?cp
sumber dari: astroawani.com
No comments:
Post a Comment