Pages

Saturday 16 June 2012

mulianya seorang ibu




ibu002


Kita selalu digambarkan ibu itu seorang yang pengasih,penyayang dan suka membelai anak-anaknya dengan penuh kasih mesra…hakikatnya memang itulah sikap seorang ibu…martabat seorang ibu juga memang tidak dinafikan kemuliaannya…walaupun ada segelintir manusia yang bergelar ibu yang sanggup membuang anaknya sendiri di tong sampah tidak menggugat reputasi seorang ibu itu…ibu yang sebenar.

Banyak hadis sahih yang mengangkat martabat ibu antaranya ilmu yang Paksuu dapat…
Abu Hurairah radhiallahu ‘anh berkata:

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]

Hadis ini memang popular dan selalu didengar…kalau ustaz-ustaz bagi tazkirah tentang ibu…mesti akan keluar hadis ini.

Tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu jujur…adakalanya sikap ibu tidak memuaskan hati kita sebagai anak kerana ibu juga seorang manusia biasa…lebih-lebih lagi ibu yang sudah tua…hatinya lebih sensitif dan sesetengahnya cerewet.

Pernah mengalami situasi kita sebagai anak tidak sependapat dengan Ibu?
Paksuu yakin ramai dikalangan kita pernah mengalami situasi itu…tapi yang membezakan kita adalah bagaimana cara kita menguruskan situasi itu…dan apa yang Paksuu tahu sedikit….dalam Islam hanya satu perkara sahaja yang layak dan wajib kita bangkang…iaitu pendapat ibu dan juga bapa yang tidak selari dengan syariah atau boleh merosakkan akidah kita sebagai orang Islam…namun tidak pula kita sebagai anak berhak untuk meninggikan suara dan mengguris hati mereka untuk pertahankan kebenaran…begitulah indahnya Islam…walaupun dalam perkara yang salah juga tidak berhak bagi kita sebagai anak meninggikan suara atau membangkang secara keras.

Jadi maksudnya selain dari perkara itu…semua perkara yang lain adalah perkara remeh-temeh?

Paksuu pernah melihat situasi seorang anak membangkang pendapat ibunya dengan cara keras dan meninggikan suara hanya kerana perkara yang remeh-temeh…ya remeh-temeh…remeh-temeh dari kacamata hukum Islam yang Paksuu tulis tadi…hanya kerana perkara remeh-temeh seorang anak itu sanggup membangkang keras dan meninggikan suara kerana pendapat ibunya itu tidak memuaskan hati sianak…malah hanya kerana perkara remeh-temeh tersebut…sanggup tidak bertegur sapa dengan ibu dan bapa berhari-hari,berbulan-bulan…ada juga sampai bertahun-tahun…mempertahankan pendapat masing-masing.

Pada pendapat Paksuu boleh sebenarnya untuk kita membangkang seorang ibu itu walaupun dalam hal remeh-temeh asalkan tidak menguris hati dan perasaannya…kalau setakat berbeza pendapat soal tarikh pertunangan,tarikh perkahwinan,warna cat rumah,rekabentuk rumah,nama anak baru lahir,pembahagian harta pusaka,perbelanjaan harian dan yang sama waktu dengannya…kita sebagai anak ‘ber alah’ sajalah…biarkan ibu atau bapa kita menang…biarlah mereka puas hati…asalkan kita tidak termasuk dalam golongan derhaka di akhirat nanti.

Ramai yang berkata…Paksuu mudahlah untuk berkata-kata dan menulis kerana Paksuu tidak mengalami situasi yang meruncing itu…seperti setiap artikel yang Paksuu tulis…ianya adalah nasihat untuk Paksuu sendiri dan juga pada mereka yang sudi membuka hati untuk menerima nasihat Paksuu…nasihat Paksuu pada diri sendiri…jika mengalami situasi yang meruncing tersebut…bangkanglah dengan penuh berkhemah dan berlemah lembut serta memohon petunjuk dari Allah swt.

Tiada siapa yang boleh meramal masa depan…
lebih-lebih lagi tentang masalah yang berkaitan dengan ibu dan bapa…
dan Paksuu memang sedar…
ibu dan juga bapa bukan sekadar hikmah dan anugerah tetapi mereka juga adalah dugaan Allah swt untuk kita.


sumber dari: paksuu.com

No comments:

Post a Comment