Struktur ini dipercayai dibina pada tahun 1372 semasa pemerintahan Dinasti Ming. Struktur diperkuatkan untuk menahan asakan daripada tentera Timurlane. Miskipun demikian, Timurlane tidak pernah menjejakkan kaki ke Jiayuguan Pass kerana beliau meninggal dunia sejurus sebelum rancangan penggempuran Tembok Besar China dilakukan.
Jiayuguan Pass berada di sebelah Barat China. Ia dibina berhampiran dengan oasis di sebuah kawasan yang tandus di China. Struktur ini amat penting dalam sejarah China kerana pesalah politik yang dibuang negeri akan melalui tembok ini dan tidak akan kembali lagi.
Terdapat lagenda yang berkisar sewaktu pembinaan Jiayuguan Pass. Menurut lagenda tersebut, seorang komander yang bertanggungjawab terhadap pembinaan ini menanyakan kepada arkitek, Yi Kaizhan yang membina struktur ini tentang jumlah sebenar batu bata yang diperlukan.
Arkitek yang sememangnya pakar dan mahir dalam selok belok pembinaan ini memberikan jumlah sebanyak 99,999 biji batu bata. Komander yang ragu-ragu tentang jumlah tersebut memaksa Yi Kaizhan menambah satu lagi biji batu bata. Walaubagaimanapun, selepas siap satu biji batu bata tersisa dan batu bata tersebut diletakkan di menara di Jiayuguan pass. Pantang larang menyebut bahawa jika batu bata tersebut dialihkan, maka menara Jiayuguan Pass akan roboh.
sumber dari: takusahrisau.wordpress.com
No comments:
Post a Comment