بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
.
Imam Syafie Rahimahullah berkata: “Sesiapa mengumpulkan orang Islam untuk menyambut Maulid Nabi Muhammad SAW dengan membaca maulid dan mengadakan syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajikan, nescaya Allah akan membangkitkan mereka pada hari akhirat bersama dengan wali, orang mati syahid dan orang soleh, dan ia akan berada di dalam syurga yang penuh dengan nikmat.”
.
TUJUAN SAMBUTAN
1. Memantapkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW.
2. Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
3. Baginda adalah contoh ikutan dalam semua aspek kehidupan.
4. Menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam:
- Beribadah dan mentaati Allah SWT.
- Ketinggian akhlak dan budi pekertinya.
- Kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah.
- Teguh dan tetap dalam memperjuangkan Islam dan syariatnya.
- Cinta dan kasih sayangnya terhadap sahabat dan umatnya.
.
Allah SWT berfirman: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan Allah) dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia juga menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang)” (Surah al-Ahzab, ayat 21).
sumber dari: shafiqolbu.wordpress.com
No comments:
Post a Comment