Kadang kala ada manusia yang membenci seorang insan yang bergelar bapa..Seorang
manusia yang telah menjaga anda dari kecil sehinggalah ke keadaan
sekarang..Daripada sekecik-kecik umat sehinggalah ke besar-besar
manusia..Daripada tadika hinggalah ke menara gading..sehingga ada manusia yang
tidak reti bersyukur ini tergamak menghalau bapa kandung mereka sendiri keluar
dari rumah setelah hidup mereka mula merasai secebis kesenangan..Mungkinkah itu
sebenarnya takdir yang harus ditempuhi oleh si bapa itu sendiri yang mungkin
disebabkan balasan tuhan terhadap kesilapannya yang lalu??
Tinggalkan kisah
ini..
Mari aku ceritakan tentang kisah bapa
aku..
Aku masih mempunyai seorang
bapa..Berusia 40-an dan bekerja sendiri..Bapa aku berwatakan serius,berbadan
tegap walaupun sudah berumur,kurus dan berwajah agak garang..(bekas tentera la
katakan)..Jika hendak diceritakan tentang kisah hidupnya,mungkin tak tertulis la
jawabnya..
Apa yang aku ingin katakan disini.,bapa
aku seorang yang ringan tulang.,boleh diharap malahan menjadi seorang abang yang
baik kepada adik-adiknya..Mungkin kehidupan yang susah semasa kecil dan jarak
umur diantara bapa aku dan adik keduanya selama 14 tahun berjaya mendewasakan
dirinya lebih daripada yang sepatutnya..Berperanan besar ketika kecil dengan
memikul tanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya iaitu ketika nenek dan atuk aku
keluar bekerja..(masa diorang muda la)..Sejak kecil lagi sudah pandai
bekerja..
bapa aku pandai memasak..Bukanlah
seteror Chef Wan tapi bolehlah..Bercucuk tanam juga salah satu hobinya jikalau
lapang..Digelar mempunyai tangan hijau@tangan sejuk@whateva kerana apa yang ditanamnya mesti menjadi..Itu
mungkin salah satu kelebihannya..
Menceritakan hubungan aku dan bapa
aku..Boleh dikatakan agak kurang baik atau diklafisikasikan sebagai
dingin..Mungkin disebabkan sesuatu hal yang menyebabkan aku agak emo sikit
dengan dia..(ada la)..Tapi sekarang semua sudah hampir kembali
normal..
Hubungan aku dengan bapa aku tidaklah
bermanja-manja baik dari kecik sampai la sekarang..Seperti biasa..,hubungan
diantara lelaki..Walaupun tidak nampak rapat,tetapi kasih sayang diantara
keluarga masih kuat..Kadang-kadang aku berbual dengan bapa aku..Jika dengan bapa
aku,topik semasa yang yang menjadi perbualan antara kami yang sememangnya
meliputi semua bidang.,tapi satu benda je bapa aku kalah..Bab IT..Biasanya
hal-hal seperti ini dia akan serahkan bulat-bulat kepada aku tanpa banyak
tanya..Itu untuk waktu sengang..dan jikalau aku mengajak bapa aku untuk
berbincang.,Biasa aku akan berbincang dengan bapa aku benda yang penting
sahaja..Bukan niat aku untuk berbuat demikian..tetapi itulah cara bapa aku.Dia
kurang sukakan berbual kosong..Bagi dia buang masa..(tak tau la kalau dengan
kawan2 dia)..
Apa Faedahnya jika aku berbincang dengan
dia??
Faedahnya,jika aku menceritakan masalah
aku dengan dia.,dia akan cari jalan penyelesaian masalah aku dengan
pantas..Bukan itu sahaja..Dia akan menceritakan situasi ramalan(situasi yang
akan berlaku) kepada aku jika aku melakukan begini dan juga begitu..Dan untuk
pengetahuan semua,kebanyakan benda yang dia bajet tu betul..Malahan semasa
perbincangan itu juga.,dia ada menyediakan sekali back up plan jika berlaku apa2
yang menyebabkan masalah aku ini tidak dapat diselesaikan..Ini untungnya kalau
jikalau mempunyai seorang bapa yang mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan
disamping dapat membezakan Fakta dan Auta..
Dia selalu berpesan kepada aku supaya
berfikir panjang jikalau berbuat sesuatu supaya tidak menyesal dikemudian
hari..Jikalau nak dihintungkan,banyak ilmu juga yang dia turunkan kepada aku
supaya menjadi orang yang berguna..ini kerana dia lebih suka jika anaknya mampu
berdikari tanpa mengharapkan bantuan..Sebab itu dia menyatakan aku masih mampu
berfikir mana yang baik dan buruk..
Masakan tidak,ketika aku masih dibangku
sekolah dahulu ,aku dikelilingi oleh rakan-rakan yang menghisap rokok..Malahan
aku bersama-sama pergi ke tandas untuk menemani mereka hisap..Tapi aku tak hisap
sampai sekarang..Kerana Mind Set aku satu je..Orang hisap rokok ni bodoh..Bapak
aku hisap rokok..Dan aku tidak kecualikan bapak aku daripada falsafah Mind Set
aku..Aku rasa bapak aku pun sedar dia bodoh pasal hisap rokok..Malahan dia
menasihatkan aku supaya tidak mengikut jejak langkahnya yang menghisap rokok
sejak dibangku sekolah lagi..
Apa yang aku sukakan tentang bapak
aku..
Sikapnye yang gambel..dan aku paling
suka dengan bapak aku kalau dia datang ke mesyuarat PIBG sekolah aku dan
adik-adik aku suatu ketika dahulu..Panas bontot ajk PIBG dibuatnya..Mana
taknye.,bapak aku memang geram dengan mak bapak yang bodoh yang hanya tahu
meluahkan ketidak puashatian disebalik tabir sahaja..Apa guna mesyuarat
PIBG..Disinilah dimana ibubapa boleh bersuara meluahkan ketidakpuashatian..Ada
penyelewengan ke,yuran PIBG mahal ke..cakap..Ni cakap belakang-belakang..ai.,aku
pun geram..(kelakar pun ada)
Apapun,disebalik itu,kadang
kala..sebagai seorang lelaki.,sukar untuk meluahkan tanda bagaimana dia sayang
bapanya sendiri..Sebagaimana anak yang mengetahui bapa dia sayangkan
dirinya,begitu juga seorang bapa..Aku tahu dia dapat rasa apa yang aku cuba
sampaikan.,cuma dia tidak tunjukkan secara terangan.,cuma berkias..Itu
sememangnya perangai bapa aku..(Cara luahan yang pelik)
Jadi,kenapa aku luahkan segala hal ini
diblog..Ini kerana aku tahu..
Bapa aku tidak akan tahu pasal blog aku
ni..
Dia tak akan tahu apa yang aku cakapkan
ini..
Pasal dia tak tahu url blog
ini..
sumber dari: pejuang-kesenian-ekstrem.blogspot.com
No comments:
Post a Comment