Pages

Sunday 8 April 2012

santapan paling enak buat rohani





Santapan rohani yang paling enak ialah membaca Al Quran. Kita sebagai manusia yang beragama islam dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi kandungannya kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja. Insyallah kita semua akan mendapat faedah yang besar bukan sahaja pahala dan keredhaan Allah tetapi juga kegunaan lain dalam kehidupan seharian.

Rasulullah pernah bersabda :

"Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib)"

Membaca Al Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada setiap orang islam

Sabda Rasulullah lagi :

" Sesungguhnya Al Quran ini ialah hidangan Allah SWT, maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh"

Al Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan dan ampuh untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w bersabda :

Daripada Ibnu Umar r.a berkata : "Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al Quran "

Sebagai perkongsian, semoga kita semua menjadikan amalan membaca Al Quran sama seperti kita menikmati makanan atau hidangan setiap hari .

Insyallah, perjalanan hidup kita akan lebih tenang dan mendamaikan. 



sumber dari: rezeki-suatucatatanperjalanan.blogspot.com

No comments:

Post a Comment