Pages

Saturday 17 March 2012

15 fakta menarik kucing



  1. Kucing dewasa ada lebih kurang 30 batang gigi. Kalau anak kucing, ada 26 batang gigi.
  2. Kucing yang berbulu putih dan bermata biru biasanya tuli, tapi deria yang lain lebih tajam berbanding kucing yang lain.
  3. Misai kucing amat sensitif terhadap tekanan udara, memudahkannya bergerak pada waktu malam.
  4. Biasanya kucing akan memiliki 5 jari di kaki depan, dan 4 jari di kaki belakang. Tapi ada kes tertentu, seekor kucing boleh mempunyai hampir 7 jari kaki.
  5. Kucing berumur 6 bulan sama tua dengan manusia berumur 10 tahun.
  6. Kencing kucing boleh menyala dalam gelap (glow in the dark).
  7. Kucing spesis Felis silverstrid-catus (kucing rumah) merupakan salah satu haiwan predator terhebat di dunia. Kucing ini mampu membunuh/memakan beribu-ribu spesis haiwan, mengalahkan kucing ‘besar’ seperti singa dan harimau, yang hanya mampu membunuh lebih kurang 100 spesis haiwan.
  8. Kucing sudah bersosial dengan manusia sejak 3500 tahun lalu, di mana kucing digunakan untuk menghalau tikus dan binatang lain daripada merosakkan hasil tanaman.
  9. Berat normal kucing biasanya antara 2-7 kg dan jarang melebihi 10 kg, kecuali terlebih bagi makan.
  10. Anggaran umur kucing biasanya 15-20 tahun, di mana kucing tertua yang dicatatkan adalah berumur 36 tahun.
  11. Kucing merupakan haiwan pembersih kerana sering menjilat bulu mereka. Air liur kucing mempunyai daya pembersih yang kuat, tapi dapat mengakibatkan alergik pada manusia.
  12. Kucing merupakan haiwan yang kuat tidur. Purata waktu tidur dalam 1 hari adalah lebih kurang 12-16 jam.
  13. Di abad pertengahan, kucing selalu dikaitkan dengan ilmu sihir, dan sering dibunuh dengan cara dibakar atau dibuang dari tempat tinggi.
  14. Terdapat lapisan pemantul cahaya yang dinamakan tapetum lucidum pada mata kucing, membolehkan mata kucing kelihatan seperti menyala pada waktu malam. Lapisan ini dikatakan 6 kali lebih kuat daripada mata manusia.
  15. Suara kucing selalunya ditulis “Meow/Miaow” di kebanyakkan negara, berbeza dengan di Indonesia (Meong) dan di Jepun (Nya).

No comments:

Post a Comment