Pages

Friday 31 May 2013

Rush Murad in New Zealand Trip: Melbourne-Christchurch-Greymouth




DSC_0003


Pesawat Malaysia Airlines MH129 bertolak dari KLIA tepat pada waktunya membelah angkasa tanahair menuju ke Melbourne, Australia. Kurang 8 jam kemudian, aku sudah berada di Tullamarine International Airport, dalam keadaan suhu di luar sekitar 8’C – sudah cukup sejuk untuk menembusi jaket tebal yang aku pakai. Berlegar-legar keluar masuk lobi Tullamarine sementara menunggu Dr.DBI datang menjemput. 

Terserempak dengan seseorang yang sangat familiar wajahnya, dia tersenyum terlebih dahulu, aku membalasnya, beberapa ketika kemudian kami bertegur sapa dan tidakku sangka dia kini berada di Melbourne dalam sesi latihan sepanjang tahun. Dia menghulurkan bantuan untuk menghantar ke rumah Dr.DBI, ataupun tumpang sahaja tidur di rumahnya. Perbualan kami sangat singkat, walau apapun aku doakan semoga dia akan menjadi Juara Dunia suatu hari nanti.


DBI


Nikmatnya makan malam berulam keropok ikan Terengganu dan lada tumbuk hasil masakan isteri Dr.DBI. Lauk-pauk yang panas dalam cuaca malam gelap yang dingin di bumi asing- syukur! Cuma sempat berbual pendek dengan tuanpunya blog Dari Bilik Ini ini, lagi pun Dr.DBI kena bangun amat awal dan agak sibuk dengan kehidupan barunya di sana. Selesai menikmati sarapan nasi goreng serta keropok ikan, Dr.DBI menghantar aku ke Tullamarine Airport yang terletak cuma 15 minit perjalanan dari tempat tinggalnya. Pagi itu pesawat DJ62 Pacific Blue bertolak menuju ke Christchurch, New Zealand – destinasi pertamaku di bumi Kiwi.


DSC04834


Lapangan Terbang Christchurch tidaklah begitu besar kalau dibandingkan dengan lapangan terbang Miri atau Senai, Johor. Perjalanan pesawat memakan masa lebih 4 jam dan sesampai di sana cuaca sudah agak gelap dengan tiupan angin yang sangat kencang berserta sedikit gerimis. Aku terus dihantar ke tempat penginapan yang terletak betul-betul di tengah kota Christchurch. Beberapa ketika kemudian Ms.Pinky datang menjemput, destinasi pertama ialah Starbucks sebelum kami dan 2 orang rakan beliau turut serta makan malam di Nando’s. Terima kasih kepada Ms.Pinky yang sangat peramah dan baik hati – patutlah ramai blogger yang senang dengan beliau.


My creation

Keesokkannya, seawal jam 6 pagi aku sudah bangkit dari tidur namun ada beberapa orang penghuni sudahpun berada di dapur menyediakan sarapan masing-masing. Sebelum jam 8 pagi, aku sudah dihantar ke Christchurch Railway Station untuk check-in dan seterusnya menaiki keretapi TranzAlpine menuju ke pekan kecil Greymouth di pantai barat. Perjalanan keretapi ini memakan masa selama 5 jam dan sejauh 225km merentasi South Island di celah-celah kawasan pergunungan Southern Alps, merentasi Canterbury Plains, mengekori aliran sungai yang menuju ke Tasman Sea.


DSC_0214


Perjalanan keretapi berhenti seketika di Arthur Pass bagi memberi peluang kepada para penumpang untuk melihat kawasan pergunungan Southern Alps dengan lebih dekat sambil bermain dengan salji yang sedang renyai-renyai turun. Pemandangan sepanjang perjalanan menuju ke Greymouth memang amat indah dan menakjubkan. Dari kawasan tanah rendah di Christchurch , lembah, sungai, pergunungan bersalji, perkampungan, ladang, tasik-tasik membiru, hutan menghijau...semuanya cukup sempurna bak poskad!


DSC_0438

Greymouth merupakan sebuah pekan kecil, perhentian terakhir bagi keretapi TranzAlpine dari Christchurch. Tidak ramai penduduk dan pekan ini tiada bangunan lebih tinggi dari 3 tingkat, kelihatan seperti sebuah pekan lama tetapi terjaga baik dan rapi. Tempat tinggal aku pula terletak beberapa ratus meter dari stesten keretapi, sebuah bangunan lama diperbuat dari kayu, di lereng sebuah bukit menghadap ke arah laut. Kainga-ra, nama rumah lama berusia lebih 75 tahun ini, amat bersih, teratur rapi, jauh dari hiruk-pikuk dan sedikit menyeramkan. Ludwig dari Sweden berkongsi bilik dengan aku dan kami bersama menuju ke Franz Josef keesokan harinya - sebuah kawasan pergunungan bersalji dan sesuai untuk membuat glacier hiking.


My creation

Sebahagian dari pemandangan di sekitar pekan kecil Greymouth di waktu petang. Foto di kiri ialah bekas bangunan Bank New Zealand tetapi kini merupakan sebuah galeri seni. Foto atas kanan merupakan pemandangan muara dan pelabuhan kecil di tengah-tengah pekan Greymouth. Foto seterusnya ialah bangunan yang dinamakan Kainga-ra, tempat penginapan aku ketika di sana dan akhir sekali ialah foto stesyen keretapi Greymouth, hentian terakhir TranzAlpine, stesyen keretapi kecil yang mempunyai rekabentuk seakan-akan stesyen keretapi di pekan Kulai. Hari ke-2 pengembaraan aku sudah pun selesai di Greymouth, masih berbaki 13 hari lagi untuk ditempuhi. Terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan aku sepanjang perjalanan ini. 


DSC_0172


Salah satu pemandangan di sepanjang perjalanan keretapi TranzAlpine.


sumber dari: tepaksirehblog.com

Rush Murad in New Zealand: A Dream Adventure Come Alive.....





MYY-AKL Maps

Kurang dari 48 jam, aku akan terbang bersama pesawat MH129 dari Kuala Lumpur menuju ke Tullamarine Airport, Melbourne Australia. Sesampai aku di sana nanti akan disambut oleh salah seorang kenalan blogger DBI yang baru beberapa bulan berhijrah bersama keluarga beliau. Keesokan paginya, aku perlu bergegas menuju ke Tullamarine sekali lagi untuk menaiki pesawat Pacific Blue DJ62 menuju ke Christchurch, New Zealand dan akan berada di bumi Kiwi itu selama 16 hari. Penghujung kembara di New Zealand akan berakhir di kota Auckland (ambil peluang bertemu sahabat karib yang sudah berbelas tahun tidak ketemu, si blogger Ahau-Dee), dan seterusnya aku akan terbang menuju ke Australia semula untuk menikmati penghujung musim luruh/awal musin sejuk di kawasan pantai Gold Coast sebelum pulang semula ke Melbourne untuk menaiki pesawat MH128 menuju ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke bumi Borneo. Begitulah mukaddimah ringkas rihlah aku pada tahun ini, seperti kebiasaannya bersempena menyambut hari lahir dan seperti biasa juga aku mengembara secara solo.
Dengan menularnya wabak flu N1H1, ramai yang memberikan pendapat supaya aku tangguhkan dahulu rihlah pada kali ini. Risau memang ada, tetapi aku berusaha untuk meminimakan risiko jangkitan. Banyak artikel boleh didapati di internet mengenai langkah-langkah pencegahan dan kerajaan New Zealand juga telah memberikan assurance bahawa penyakit itu terkawal di sana dan negara tersebut selamat untuk dikunjungi. Sila rujuk kepada laman ini New Zealand Government.

My New Zealand's Travel route
Peta di atas menunjukkan route yang akan aku lalui sepanjang kembara di New Zealand nanti. Mudah-mudahan aku mempunyai banyak masa terluang untuk mencatat segala kenangan semasa di sana melalui blog Tepak Sireh ini. Itinerari ini aku siapkan dalam masa beberapa bulan, dan cuma 2 minggu terakhir ini segala tiket, mod pengangkutan, tempat penginapan, tempat makanan halal (click here for NZ Halal Directory), masjid dan waktu solat (click here for masjid and other Islamic related information in New Zealand) dan sebagainya berjaya dikemaskini dan confirmed. Kembara kali ini pasti amat mengujakan, selain menaiki beberapa buah kapal terbang, aku juga bercadang untuk menaiki bot, kapal persiaran, keretapi, feri dan kuda selain dari Magic Bus yang akan membawa aku di sepanjang perjalanan yang bermula di Christchurch dan berakhir di Auckland.

Aku mengambil kesempatan untuk bermalam di Gold Coast dalam perjalanan pulang dari New Zealand ke Australia. Percutian singkat kurang lebih 24 jam di Gold Coast nanti pasti mencabar minda dan kreativiti aku untuk memaksimakan masa yang ada dengan pelbagai tarikan yang pastinya sungguh mengujakan. Memandangkan aku pernah ke Melbourne sebelum ini iaitu sekitar penghujung Mei 2005, juga bersempena menyambut hari lahir (Blue Mountain yang dingin meninggalkan kenangan tersendiri), aku cuma jadikan kota metropolitan ini sebagai titik transit.


Milford%20Sound


Sepertimana dua tahun berturut-turut sebelum ini, aku menemukan kedamaian dan ketenangan yang terlalu istimewa dan indah di kota Makkah dan Madinah. Semoga rihlah di bumi di mana orang Māori menggelarkannya Aotearoa ini juga akan menemukanku akan ketenangan dan kedamaian dalam pada menikmati serta mensyukuri nikmat Allah. Doakan kesejahteraan dan keselamatan aku di sepanjang perjalanan ini nanti.......


sumber dari: tepaksirehblog.com

percutian roy di New Zealand – Memandu Di South Island Part 2



Te Anau Lakeview Holiday Park ($NZD18 seorang) dengan sisa-sisa bunga tulip yang tinggal dan private tour ke ladang Alpaca- bulu dia mahal lagi dari bulu kambing


Te Anau Lakeview Holiday Park ($NZD18 seorang) dengan sisa-sisa bunga tulip yang tinggal dan private tour ke ladang Alpaca- bulu dia mahal lagi dari bulu kambing
Salam Pembaca
Ni adalah entri terakhir trip kami ke New Zealand, walaupun hanya 17 hari untuk dua negara, dengan masa yang  amat terhad terutamanya di New Zealand tapi trip kali ni saya rasa agak puas, sampaikan bila hari-hari terakhir tu.. “eh esok lusa dah nak balik dah?”  Mula la rasa down semacam, manakan tidak, setiap hari penuh dengan aktiviti, kalau dari 17 hari tu rasanya hanya dua hari je light & easy, sehari di Sydney, satu hari lagi di Te Anau, itupun sebab cruise ke Milford Sound cancel, tanah runtuh.
Kami sampai agak awal di Te Anau Lakeview Holiday Park, siap boleh masak tengah hari lagi, dan Zamir boleh tidur petang sambil baring dengan bonet belakang terbuka.. extend katil dia ke belakang. Te Anau adalah bandar yang terdekat untuk kita pilih tiga cruise, Milford Sound, Te Anau Glow Worm Cave, dan Doubtful Sound. Tetapi perlu ke anda ambil tour ni jika bajet ciput, sebab semuanya boleh tahan harga dia.
Tour mahal ke Doubtful Sound, Dapat jumpa world smallest penguin je dgn anjing laut.
Tour mahal ke Doubtful Sound, Dapat jumpa world smallest penguin je dgn anjing laut. Huhu besarnya watermark
Milford Sound vs Doubtful Sound
Harga boleh tahan.. Milford Sound dari Te Anau dah $NZD120, dan Doubtful Sound $235 seorang, Milford naik bas ke kuala tasik pastu naik bot pusing-pusing sampai ke laut lepas, untung-untung jumpa dolphin, penguin atau anjing laut, Doubtful pulak kena naik bot 2 kali, satu merentasi tasik Manapouri pas tu baru ke laut lepas. Saya dulu disebabkan jalan nak ke Milford runtuh, jadi terpaksalah ambik tour Doubtful ni, jadi total $470, mahal tu kalau convert ke RM.. huhu. rasa tak berbaloi sebab:
  • Tak jumpa sekor dolphin pun, setakat jumpa world smallest penguin dgn anjing laut je ( saya dah tgk anjing laut masa naik keretapi ke Christchurch dulu ). Penguin dah jumpa kat Taronga Zoo Sydney.. hehe
  • Permandagan fiord saya dah tengok masa naik ferry ke South Island.. tapi tak la setinggi macam kat Fiord-land tu
  • Saya takde kamera mahal atau DSLR, dan cuacanya tak tentu, 90% akan hujan setiap hari.
  • Saya tak tahu pulak yang mana satu best, tapi kalau Doubtful Sound tu memang sunyi sepi la, takde orang langsung, dan tour company pun ada dua je.. Milford yang best ada air terjun free fall ke laut, Doubtful boleh melawat hydroelectric plant 200 meter bawah tanah, di buka pada tahun 1971 lagi.
Jadi pendapat saya, kalau anda jenis macam saya dan itinerary lebih kurang macam saya, rasanya tak perlu lah ambik tour doubtful sound tu, Milford tu mungkin boleh la pergi sebab tak mahal sangat. takde rezeki saya kot masa tu… disebabkan tanah runtuh saya extend stay kat Te Anau sehari lagi, tapi still dua malam, cuma lepas tour saya hari kedua tu, terus bergerak ke Mount Cook. Hari pertama lepak-lepak kat Te Anau melawat ladang Alpaca, kambing kepala panjang.. hehe.
Glowworm Cave Tour
Saya ambik tour ni sorang, sebab masuk gua dalam gelap dan tak boleh bising, $NZD70 dan saya rasa berbaloi bila melihat makhluk ciptaan Allah ni, spesis cacing karnivor yang mengeluarkan cahaya. Saya seolah berada di dunia lain, bila tengok cahaya dari cacing tu umpama tengok bintang di langit je, tapi no picture allowed, so anda boleh google la untuk maklumat lebih lanjut.
Mount Cook dari jalan nak ke Mount Cook National Park, dari banjaran ni la terbentang Frans Josef dan Fox Glacier (13km panjang) turun ke arah barat.
Mount Cook dari jalan nak ke Mount Cook National Park, dari banjaran ni la terbentang Frans Josef dan Fox Glacier (13km panjang) turun ke arah pantai barat New Zealand South Island.
Te Anau ke Mount Cook (398 km)
Lepas Doubtful Tour kami terus bergerak ke Mount Cook dari pukul 5:30 petang dan sampai dalam 10:30 malam ke Glentanner Holiday Park, teraba-raba cari camp site nak park van, sebab dah booking awal rasa rugi nak check in kat hostel lain, so belasah je la, lagipun jalan tak bengkang bengkok sangat. Camp site ni agak lama di bawah kaki gunung dan berdekatan dengan sungai dan kepala tasik, bilik air dia kecik je, dapur busuk bau pelik. Jadi saya tak syorkan untuk anda menginap kat situ. Bagus drive lagi 15km ke kaki gunung Mount Cook dan menginap kat sana, banyak hostel kat situ. Pagi esoknya kami masak breakfast kat van je, alang-alang gas banyak lagi.
Mount Cook ke Christchurch (326km)
Sebelum bergerak kami naik atas ke kaki Mount Cook dulu, bergambar sekeping dua dan isi minyak kat stesen layan diri, maksudnya takde sorang pun jaga stesen tu. bayar pakai kad je. Pastu baru gerak balik untuk hantar kereta, Saya dah book Airport Lodge Motel ($NZD135 je siap dua bilik tidur dgn dapur lagi) kat Christchruch, jalan kaki je lepas hantar kereta, sayang sebab agak lambat, depoh van sewa tu dah tutup, last-last saya park kat luar, tinggalkan kunci dalam post box dia je. Nasib tak kena charge late return $NZD100, setakat charge minyak kurang sikit dari asal, syarat sewa kereta bila nak hantar tu minyak kena penuhkan balik, pastu kereta kena cuci dan vacum apa bagai, puas cari car wash, last-last basuh luar je kat stesen minyak. Autowash pakai mesin. Esoknya pagi buta pukul 4:45 pagi dah ke airport, untuk penerbangan terpanjang dan memenatkan, 2 jam setengah ke Sydney, 4 jam transit di Sydney dan 8 jam setengah ke Kuala Lumpur, sampai KL dok siang lagi pukul 6 ptg dengan mengantuk gila sebab jetlag.
Biasanya kat akhir entri, saya akan simpulkan pemerhatian saya mengenai sesebuah negara, dan sebagai negara yang kedua selamat di dunia selepas Iceland pada tahun ni, tahun lepas New Zealand nombor satu berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Global Peace Index, boleh saya simpulkan:
  • Negara yang amat relaks, tak serabut untuk dilawati dengan populasi hanya 4.4 juta orang.
  • Sebab kadar jenayah yang rendah, rumah biasanya takde grill dan pagar macam penjara
  • Stesen minyak dia, isi dulu bayar kemudian
  • Sesetengah supermarket seperti New World dan Countdown ada self-checkout, maksudnya timbang, scan, pack dan bayar sendiri pakai credit atau debit card.
  • Rakyat di South Island lebih peramah berbanding North Island dan lebih peramah dari rakyat Australia.
  • Pemandu dia amat berhemah terutamanya bila masuk bandar, jadi kalau 50km/j, itulah yang diorang akan bawa, luar kawasan bandar 100km/j, biasanya takde polis hehe
  • Di Auckland, nak susur masuk highway dia ada traffic light, so macam ada timer untuk lepas kan kereta sebiji demi sebiji ke highway ( dalam sela masa 5-10 saat lebih kurang ), so takdela kes pancung masuk.
  • Makan agak mahal kalau di restoran average 12-15 dollar termasuk minum. So Subway atau Macdonald boleh jadi pilihan kalau takde halal restoran. Takpun beli buah je, kiwi 4 dolar dah dapat 6 biji.
  • Minimum untuk pusing satu New Zealand 14 hari, kalau tak macam sekejap sangat la.
  • Melancong guna bas lebih murah dari sewa kereta atau campervan, tiket nakedbus service boleh dibeli dengan harga $NZD20 dollar untuk 6-8 jam perjalanan.
Mmmm rasanya takat tu je kot cerita pasal New Zealand, di harapkan boleh jadi perkongsian ilmu kat pembaca blog ni walaupun saya tau banyak yang suka pergi Europe lagi, boleh shopping hehe..
Christchurch Airport di pukul 5:00 pagi. Bye-bye New Zealand, panjang umur boleh pergi lagi terutamanya kalau dah bosan dengan kelam kabut di ibukota Kuala Lumpur :-)
Christchurch Airport pada pukul 5:00 pagi. Bye-bye New Zealand, panjang umur boleh pergi lagi terutamanya kalau dah bosan dengan kelam kabut di ibukota Kuala Lumpur :-)


sumber dari: roydotcom.wordpress.com

percutian roy di New Zealand – Memandu Di South Island Part 1




Cuti panjang Krismas ni, 4 hari kat kampung, kalau boleh nak siapkan entri pasal New Zealand.. sebab bulan satu nanti nak trip terakhir harga infant baby boy kami, nanti bulan tiga dah kena bayar seat dah.. huhu..
Camper Van kami, Toyota Estima model lama, park dekat Fox Glacier Holiday Park, nampak wap air kat cermin dalam tu..
Camper Van kami, Toyota Estima model lama, park dekat Fox Glacier Holiday Park, nampak wap air kat cermin dalam tu..
Susah jugak plan saya untuk memandu bersama anak kecik kami ni, kebanyakan bajet camper van ni biasanya untuk two seater je, susah nak cari 3-4 seater supaya saya boleh letak baby seat untuk anak saya. Yang ada pun dah bukan bajet lagi dah, pastu seat dia nun jauh di belakang.. google punya google jumpala satu company yang jadikan MPV sebagai campervan, so drive macam bawak kereta la, dan yang best nya baby seat boleh letak kat barisan tengah, boleh la hulur apa yang patut untuk anak kami.. Rental company ni namanya Spaceship, jadi saya ambik Toyota Estima yang buruk tanpa power supply, model Rocket, jadi sewa dia murah sikit laa, $NZD39 sehari tapi kalau campur fully covered insurance $NZD30 dan segala accesories apa bagai jadila $NZD100 sehari. Saya ambik 7 hari.. mm mahal jugak laa jadinya, tapi rasanya ini la yang terbaik dan termurah yang boleh saya dapat, tapi kalau berani boleh turunkan premium insuran, tolak GPS dan picnic table ke boleh la dapat murah sikit. Undang-undang New Zealand memerlukan anda untuk translate lesen memandu kita ke English, jangan risau sebab rental company boleh uruskan untuk kita, tapi kalau tak nak delay boleh scan siap-siap lesen tu, bagi kat diorang nanti nak ambik kereta boleh ambil translation tu terus. Macam kami dulu esoknya dia email, boleh print la kat mana-mana. Mahal gak la $NZD65 seorang atau $NZD100 untuk dua orang. Waktu peak season sila booking awal ek, ada kenalan couchsurfing saya tak dapat sewa kereta tau, last-last sewa dari North Island.
Hari pertama memandu sangat mencabar sebab nak kejar Fox Glacier tour pukul 5 petang, masalahnya kami bergerak agak lambat dari Christchruch lebih kurang pukul 11:30 selepas singgah beli barang perkakasan memasak kat Park N Save. Perjalanan sejauh 400km melalui Arthur’s Pass tanpa henti di jalan kona-kona dengan hujan apa bagai, kesian Zamir sampai bocor-bocor diaper dia huhu..
Fox Glacier Tour bersama guide untuk kami 5 orang, Sam. Gambar kecik tu kalau tak pakai guide setakat boleh sampai situ je la, tak boleh masuk dalam atas sebab keselamatan
Fox Glacier Tour bersama guide untuk kami 5 orang, Sam. Gambar kecik tu kalau tak pakai guide setakat boleh sampai situ je la, tak boleh masuk dalam atas sebab keselamatan
Fox Glacier
Ini antara yang wajib di lawati bila ke New Zealand, tengok bongkah ais tanpa perlu ke kutub utara atau selatan. Saya syorkan ambik tour guide seperti half day tour ataupun yang macam kami ambik, Glacier Tip Guide, 1-2 jam return trekking ke kepala glacier, tapi still tak boleh pegang atas alasan keselamatan, kena ambik tour guide yang lain la kalau nak panjat bongkah ais, Kalau tak ambik guide, korang setakat boleh ambik gambar dari jauh je. Haa lagi satu, budak kecik tak sesuai bawak ke sini, sebab dah la kena dokong pastu sejuk pulak tu, macam anak dengan wife saya dulu separuh je berjalan sebab tengok macam tak selesa je. Last-last wife saya bawa balik ikut group lain.
Fox Glacier Top 10 Holiday Park sesudah terbit matahari pada 6:00 pagi
Fox Glacier Top 10 Holiday Park sesudah terbit matahari pada 6:00 pagi
Malam tu malam pertama kami tidur dalam campervan kami, sewa power campsite sebab nak charge semua gajet-gajet yang dibawa. di Fox Glacier Top 10 Holiday Park disediakan macam-macam kemudahan, so tak perlu masak kat van takpe, dapur, dobi, family bathroom semua ada. Tapi sebab tidur kat dalam van, suhu malam tu punyala sejuk amat 4-5 darjah celcius. Kalau tidur memang kena bungkus satu badan la.. esok pagi tengok cermin MPV penuh dengan wap air kondensasi dari haba badan kami hehe..
Lake Wanaka dan Lake Hawea ( gambar kecil ) Jernih betul air dia
Lake Wanaka dan Lake Hawea ( gambar kecil ) Jernih betul air dia
Fox Glacier to Queenstown
Hari ketiga di South Island, kami memandu slow and steady turun ke selatan melalui tasik Wanaka ke Queenstown sejauh 329 km. Berhenti sekejap ke camp site Mount Aspiring di bawah jagaan Jabatan Pemuliharaan Hutan (DOC) untuk masak dan makan tengah hari. Camp Site kerajaan ni kalau nak bermalam murah je, $NZD6 sorang, tapi takde power site la, sekadar tandas awam dan air paip untuk minum. Semua air paip kat New Zealand “boleh diteguk begitu sahaja”. Kalau singgah waktu siang free je la. Petang tu kami tidur hostel la pulak  Black Sheep Backpackers, sebab tengok murah kat internet $NZD60 je belasah la booking hotel tu.. kalau campsite pun dah $NZD40 dua orang. Yang penting ada heater haha, bukan senang nak jumpa heater yang betul-betul panas macam kat situ. Ni jela satu-satu hostel yang heater dia betul-betul OK.
Queenstown.. Extreme sport town.
Queenstown.. Extreme sport town.
Shopping beli souvenir sikit.. Zamir nak beli burung Kiwi tu..
Shopping beli souvenir sikit.. Zamir nak beli burung Kiwi tu..
Facing the Fear ( Menghadapi Ketakutan )
Kalau korang pernah layan siri Departure, rasanya ada kat Nat Geo Adventure atau travel channel kat HyppTV je kot, pasal salah satu episod Departure di New Zealand, macam mana si Justin yang gila-gila orang dia ni tapi penakut pait menghadapi ketakutan nak buat aktiviti gila di Queenstown, kawan dia si Scott ni lagi tak buat langsung, last-last terus buat skydiving sebab kena cabar. Satu-satu reality travelog yang best untuk korang layan. Bukan setakat dok promote tempat tu je.. Si Justin ni sampai ketar-ketar tangan bila first nak buat Bungee Jumping tapi bila dia dah buat dia cakap ” Interfering Fear is Amazing.. ke “Facing the fear is amazing”.. mana-mana la. Betul sebab itula perasaan bila kita takut tapi nak buat jugak, last-last hati jadi kosong, main terjun je macam saya dulu..hati dah beku kot, tak sempat nak mengucap, alhamdulillah takde apa-apa huhu.. Seperti yang saya baca pasal bungee ni, minda kita akan confuse untuk synchronise between body reflex and mind. So tup-tup bila terjun tu, tengok-tengok dah sampai bawah, sebelum tu memang tak rasa apa-apa la, cepat sangat.. sebab tu kekadang jarang tengok first timer ni menjerit bila terjun, dah sampai bawah baru menjerit.. Kalau yang menjerit tu berlakon je, sebab dah otai. So kepada yang gayat ni, jangan risau, yang penting kehendak kena melebihi perasaan anda.. buat bodoh je.
Kerja gila yang saya buat, Bungee Jumping komersial yang pertama kat dunia, di buka pada tahun 1988 di Kawarau River, dekt Queenstown.. Kalau kat Malaysia boleh try kat Sunway Lagoon.
Kerja gila yang saya buat, Bungee Jumping komersial yang pertama kat dunia, di buka pada tahun 1988 di Kawarau River, dekat Queenstown.. Kalau kat Malaysia boleh try kat Sunway Lagoon.
Selepas layan bungee pagi tu, kami bergerak ke Te Anau, lepak sana untuk dua malam, memandu sejauh 170km, tak jauh.. boleh lepak-lepak bila sampai awal. Nanti saya akan cerita cruise yang kami ambik masa kat sana..
Sampai jumpa lagi, chiao..


sumber dari: roydotcom.wordpress.com

Thursday 30 May 2013

Salam Perantau from Vanderbilt University






sumber dari: majesticlegacy.blogspot.com

salam dari tanah amsterdam






salam dari negara di bawah paras laut.

membuka mata pagi ini benar-benar menginsafkan. harum tulip seperti harus air mawar yang membasahi kain kafan. aku menghirup harum itu sedalam-dalamnya dengan penuh titis air mata. selainnya tak banyak yang aku dambakan.

kata-kata seorang teman berdarah turkis campur duest menggugah fikir. katanya "kenapa orang melayu terlalu percaya kepada adat?". aku tidak segera menjawab pertanyaan demi pertanyaan itu. aku segera teringat watak ATAN dalam novel Sakura Mengorak Kelopak karya Arenawati. kalau atan boleh mengawal nafsu daripada godaan gisha di jepun mengapa aku tidak boleh? lalu aku teringat juga kata ustad jahid sidek, katanya "pokok pangkalnya iman dan hati. di barat tak ada jabatan agama islam macam JAWI atau JAIS. kalau nak buat maksiat tak ada orang yang marah. tapi kita kena ingat bahawa Allah ada di mana-mana. mata Allah tiada sempadan. Allah boleh lihat apa-apa sahaja yang kita lakukan".

pagi itu, selepas sarapan aku bergegas ke rottedham. melihat laut dan bilar-bilar langit yang dipancar matahari yang dingin. ketika sedang membelek-belek sms dari rakan penulis, aku disapa, "bon dia (apa khabar)?" bahasa duest (belanda) pekat itu mengejutkan aku. berpaling dan menoleh siapa, hatiku tiba-tiba berombak. "Tak mungkin," getus hati kecilku. dia merenung tajam ke arahku.

seorang wanita lingkungan 30-an, bertahi lalat di bawah bibir kiri, bertudung putih menghulurkan buku Taman Percakapan. "Karya saudarakah buku ini?".

aku tidak segera menjawab malah banyak yang aku fikirkan. 


sumber dari: shamsudinothman.blogspot.com

Salam Perantauan Dari SitiAtikah




tahun 2002 kat New Zealand
haa maaf aku time ni tak pakai tudung lagi la.. tapi sekarang dah pakai .. cute tak aku .. time ni aku baru masuk form 1 .. baru lepas UPSR .. aku pergi New Zealand dengan mak dan kakak .. ini lah first time aku naik kapal terbang .. terus pergi jauh .. takut weh naik kapal terbang mula mula ni .. gambar ni je jumpa .. menyesal tak simpan betul betul -Salam Perantauan dari University of New Zealand-


kat Masjidil Haram , Mekah .. Tahun 2005
tahun 2005 aku pergi Mekkah pulak menunaikan ibadah Umrah .. aku pergi dengan , mak , bapak dan kakak ..  -Salam Perantauan Dari University Al-Azhar , Mesir-


kat Bali tahun 2007
tahun 2007 aku pergi ke Bali pula .. best .. romantik.. urut memang best .. aku pergi dengan mak , abang dan kakak ipar … -Salam Perantaun dari Universiti Indonesia tahun 2 bidang kedoktoran-


Melbourne , tahun 2010
Melbourne , tahun 2010
tahun lepas aku pergi Melbourne pulak .. raya ke 5 aku pergi .. cuti-cuti dengan adik-beradik .. aku pergi dengan kakak , abang , abang ipar , kakak ipar dan anak buah … -Salam Perantauan Dari Universiti Australia , tahun 2 bidang kewangan-

InsyaAllah destinasi lepas ni Korea la kot .. he he.. dalam perancangan ..
tunggu -Salam Perantauan dari Korea pula ye , bidang kejuteraan -


sumber dari: sitiatikah.com

einezz first day in auckland




9.45 am: We safely touched down at Auckland International Airport. Since New Zealand has very strict quarantine and customs laws, we took about 30 minutes to past the security gate inside the terminal. Dorang check sume hand luggage tuk pastikan takde sape-sape bawak prohibited items such as fresh food, drugs and so on. Siap ada anjing hidu beg kitorang tuk kesan barang terlarang tu. Dah lah anjing dia besar naik kecut aku tengok. 



Ini masih dalam terminal. Ukiran kayu kat belakang tu sekali pandang macam kat Cultural Village, Sarawak tapi tu adalah hasil architecture dari puak Maori.



Aku ingatkan aku dah lambat sebab terpisah ngan yang lain. Tengok-tengok aku & Along yang sampai awal kat arrival hall. :D


Ok amek banner tunjuk excited. Besalah kan fist time bro. HAHAHA!


Auckland Airport. Annie, tour guide kitorang datang jemput then bawak terus naik bas yang dah disewa.

Keluar je dari airport rasa macam dalam aircond. Sejuk-nyaman! Tarik nafas dalam-dalam supaya rasa sejuk tu masuk ke lubang hidung sebelum sampai ke peparu. Eh...eh! Korang, kita dah sampai! Macam tak cayer kan! Tu la aku macam sakai pun ada. =.= Penat tauk dalam airplan dekat 10 jam. Mestilah happy bila dah sampai. ;p

Siap-siap simpan barang dalam bas Annie bagi cokelat & mineral water. And she said the Whittaker’s chocolate is originally made in New Zealand. Then we decided to buy the same one to be brought to Malaysia. Sebelum teruskan perjalanan, kitorang singgah kat convenience store tuk beli apa yang patut.



Hah! Ini dia Countdown. The most popular convenience store. Aku agak je la sebab pegi mana-mana ada je Countdown nie. heheh~



Macam-macam jenis spesies apple kat sini



Nectarines nie alau kat Malaysia mahal. Kat sini agak murah. Pastu Dr cakap sape nak, amek je dia belanja. Baikkan! :) Aku apa lagi. Dr saya nak! Nak!



Pisang dia besar-besar. Tapi sorry aku tak suka pisang. ngee~



Erk! Erk! Kalau nak bayar self service. Toleh kiri toleh kanan tak reti nak guna. =.='



Aunty baik nie tolong ajar kan. Kene scan satu persatu. Lepas tu masukkan dalam plastic bag. Kalau salah buat mesin tu tau.Then mesin tu boleh cakap suruh kita ikut arahan dia. Comelkan! :))



Di luar menikmati kelazatan nectarines! :9 Maceh Dr.



Toink3~ ♥

We stop at Harbour Bridge

Nampak macam terik. Tapi angin kuat. Sejuk tauk! >_<"

We took some photos

Our next route is Mount Eden atau dikenali sebagai Maungawhau in Maori

Penat jalan kaki. Tapi best jugak. View dia lawaaaa!

For you to know, Mount Eden is the highest of the volcanoes in Auckland city at 196 meters. The best part is when our visitor guide told us some histories of this mountain and followed by ahhh... ooowhh... uuhh... sounds from us. Sakainess was come again that time. HAHAHA! If you're interesting to know silalah menggunakan perkhidmatan Incik Google. Ponat den nak cerita panjang. tehee~


Cerun nie sangat curam tau. Takut!

Along ajak aku turun kat bawah. Aku tak nak. Visitor guide tu cakap ada mitos yang menyatakan kalau kita turun kat bawah orang tu takkan mengandung sampai bila-bila. Tapi sebenarnya mitos tu elak orang turun sebab bahaya. 

Gadis Mujilen


 Now we are on the top of the mountain


 Khusyuk dengar cerita visitor guide

Dah penat jalan daki bukit, kami pegi la cari makan. It was very rare and hard to find halal food in a shopping mall. Finally we found a Turkish cafe that provide halal food. Krongg~ kronggg~ bunyi dah perut.


Star Kebab


 Time nak order kebab, kita boleh pilih 3 jenis sos yang kita nak. Sebab banyak sangat sos dia, aku pun jadi keliru tak tau mana nak pilih. @.@" <-- font="font" muka="muka" nak="nak" semua="semua" tamak="tamak">


 Dijamin HALAL :)


A combo set Turkish kebab costs me NZD 13.50 which is approximately RM34
# tapi nie bukan kebab sebenar yang aku makan. Lebih kurang macam nie kebab kat sana.

Dah kenyang makan, kami pegi souvenir shop. Tapi barang-barang dia agak mahal. So kitorang decide nak cari tempat lain yang lagi murah. Hadoiii lah jugak. Then check in kat All Season Hotel. Rehat kejap then keluar jalan-jalan ngan Along kat Auckland city. 

Banyak lagi pic tapi penat nak upload. Wah bahagia... :D


~WASALAM~


sumber dari: einezz.blogspot.com