Pages

Thursday 25 October 2012

cahaya pada hari kiamat





Pada hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:-


* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini?Lalu dijawab :
"Cahaya pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi".



sumber dari: warkahseharumcinta.blogspot.com

manusia bangkit dari kubur dalam barisan



Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah SAW & bertanya: "Wahai Rasullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman ALLAH SWT : "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" - (Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya.
Lalu Baginda menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri. Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenaan iaitu:





BARISAN PERTAMA
- Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan & berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi ALLAH SWT Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka ini balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEDUA - Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi ALLAH SWT yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya & tempat kembalinya adalah neraka."

BARISAN KETIGA - Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular & kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEEMPAT - Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya & tempat mereka adalah neraka."

BARISAN KELIMA - Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu ALLAH SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada ALLAH SWT, maka inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEENAM - Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KETUJUH - Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah & darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KELAPAN - Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala kebawah & kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEMBILAN - Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap & bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEPULUH - Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak & kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEBELAS - Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEDUA BELAS - Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi ALLAH SWT Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang & keredhaan ALLAH SWT yang Maha Pengasih."



sumber dari: warkahseharumcinta.blogspot.com

tanda-tanda hampirnya kematian





100 hari sebelum kematian:
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.
3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.


sumber dari: Tausyiahislamiyyah

kelebihan seorang wanita





1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,



2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,

5. Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.




25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. 



sumber dari: warkahseharumcinta.blogspot.com

salam hari raya haji dari anak kelantan






Salam. Aku rasa baru je aku tulis entry pasal hari raya haji tahun lalu. Sedar tak sedar dah datang lagi sekali hari raya yang lebih besar sebenarnya dari hari raya puasa. Cuma raya haji ni tak de lah orang nak sambut secara meriah macam hari raya puasa.

Biasanya tiap-tiap tahun aku akan pulang ke kampung untuk menyambut raya haji. Biasalah kat belah Kelantan dan Terengganu raya haji suasananya agak meriah sikit dari kat belah-belah bandar Kolumpo ni. Kat sana hari raya pertama pun disambut macam hari raya puasa. Ada ketupat, nasi impit, lemang, biskut raya dan macam-macam lagilah. Sanak-sedara pun biasanya pun akan pulang ke kampung macam jugak hari raya puasa walaupun cuti raya haji ni tak panjang.

Ramai kawan-kawan kat sini tanya aku betul ke meriah beraya kat Kelantan? Bagi aku meriah la. Salah satu sebab ialah ibadah korban kat negeri aku berbeza sikit ngan kat sini. Maksud aku bukan cara penyembelihan atau amalan wajib tetapi yang berbeza ialah cara pengendalian dan proses urusan ibadah korban itu sendiri.
Kat tempat aku ibadah korban biasanya dilakukan di rumah-rumah sedara-sedara yang mengambil bahagian. Berbeza dengan kat sini yang bisanya dilakukan di masjid-masjid dan surau-surau secara bergotong-royong. Meriah jugak. Kat kampung aku ramai lagi oarang-orang kampung yang ‘terrer’ bab-bab melapah-lapah daging korban ni. Kadang-kadang aku pun tak sempat nak lapah daging tahu-tahu dah siap dah. Lepas dah selesai tu daging-daging tu akan terus dibahagi 7 kepada tuan punya bahagian. Tentang agihan 1/3 tu tuan punya sendiri yang akan menguruskan agihan kepada orang-orang susah satu kampung. Biasanya satu kampung akan dapat merasa daging korban ni.

Saat yang paling best ialah time memasak daging-daging ‘fresh’ ni lah. Semua pakat-pakat masak rasa macam kenduri pulak. Tu bab yang paling best tu. Dapat makan daging ‘fresh’ ngan masak ‘singgam’ tulang, sup perut, daging masak ‘gulai kawah’, sup kaki lembu, belum lagi resepi spesel makan bahagian-bahagian pelik lembu macam lidah, bahagian kaki yang dibakar lepas dibuat reneh menjadi sup yang sangat sedap….fuhh!! aku dah kecur air liur dah ni. Macam-macam ada menunya..siap ada yang buat BBQ lagi. Meriah-meriah-meriah sesangat. Pendek kata kalu hari raya kat sana seminggu itu lah masakan utamanya. Mana-mana rumah mesti akan dihidang ngan menu daging. Kuih raya macam tak diusik pun.

Hari raya pertama kat sana penuh gak ngan bunyi-bunyi mercun, ziarah kubur, ziarah sanak sedara, kenduri kawin yang berderet, ada gak yang bagi duit raya. Tapi tak sehebat raya puasa la. Sebab orang dewasa biasanya sibuk ngan amalan qurban.

Tapi yang paling best ialah orang dapat pergi ke menunaikan ibadah haji la. Sama-sama kita doakan mereka semua dapat haji yang mabrur. Kita kat sini kirim-kirimkan lah doa untuk mereka doakan kita di sana. Terutamanya doakan kita supaya lekas sampai ke Tanah Suci.



sumber dari: zakuanhasan.wordpress.com

salam aidiladha dari 300 kaki



aidil adha Pictures, Images and Photos


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


sumber dari: 300kaki.blogspot.com

aku tersadai di pinggiran Ka'bah





LALU AKU PUN DATANG LAGI...
DI ANTARA JUTAAN MANUSIA
BERJALAN DAN TERUS BERTASBIH
DALAM LANGKAH AKU TENGGELAM
TERASA KERDILNYA DIRI, DI SISI MU.
ii
AKU MEMBIMBIT DOSA YA ALLAH
MOHON KIRANYA TIDAK TERLEWAT
UNTUK MU MENGAMPUNI DIRI KU
BERILAH AKU TUMPAHAN KASIH MU KEMBALI
LINDUNGI LAH BATHIN KU, SELURUH JIWA RAGAKU
SEGALANNYA KU POHONKAN
PALUAN KASIH MU BERBUNGA KEMBALI...
iii
MUNGKIN KAH SEBUAH KESEMPATAN YANG AKHIR?
ATAUKAH KELENGAHAN INI AKAN BERULANG?
SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGAMPUN,
LINDUNGILAH AKU DI SISIMU.

MEKAH AL-MUKARAMAH


sumber dari: keruak.com

pengorbanan.....berkorban.......






Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh..

Salam EidulAdha…

Besok kita akan menyambut Hari Raya Eidiladha. Hari yang mengingatkan makna dan erti pengorbanan. Pengorbanan seorang insan yang bernama Ibrahim A.S demi menjunjung dan melaksanakan makna taqarub kepada Allah.

Banyak ibrah dan durus yang dapat dikutip dari kisah Nabi Ibrahim a.s buat tatapan generasi masakini sama ada dari aspek dakwah mahupun tarbiyah. Antara ibrah tersebut ialah :
  1. Melaksanakan tuntutan allah mestilah didahulukan dari segala tuntutan kehidupan. Ia merupakan prioriti utama di dalam amal. Inilah yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s apabila diperintahkan untuk menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. Menjunjung perintah allah adalah bukti cinta sejati dan pengorbanan yang tertinggi di dalam hidup Nabi Ibrahim a.s.
  2. Pengorbanan tersebut memerlukan ketinggian iman yang tidak berbelah bagi terhadap seruan Allah. Ia tidak meletakkan syarat yang berbagai-bagai dan dilaksanakan dengan penuh perhambaan dan kerelaan. Justeru dalam kita melaksanakan tuntutan allah kita tidak perlu meletakkan banyak syarat dan alasan bahkan segera (proaktif) melaksanakan amanah tersebut.
  3. Pendidikan anak-anak (tarbiyatul awlad) bagi melahirkan generasi pewaris dakwah sebagaimana pendidikan rabbaniyah yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s terhadap anaknya Ismail a.s. Didikan inilah menjadikan Ismail a.s model terbaik anak soleh, anak yang mewarisi dakwah ayahandanya dan membuktikan bahawa kewajipan melaksanakan arahan allah mengatasi segala-galanya.
  4. Keluarga yang soleh dan terdidik dengan didikan rabbaniyah adalah asas kejayaan pembinaan masyarakat muslim. Keluarga Nabi Ibrahim a.s adalah merupakan contoh unggul yang harus menjadi ikutan keluarga duat masakini.
  5. Isteri yang soleh memainkan peranan yang cukup besar dalam menjayakan agenda dakwah dan melahirkan sulbi soleh sebagaimana yang berlaku kepada Ibrahim a.s dan Ismail a.s. Hajar adalah contoh kecekalan, ketabahan, ketaatan dan kesabaran seorang isteri solehah.
  6. Setiap duat harus menyedari bahawa dalam kita melaksanakan tanggungjawab istijabah li amrillah ( menyahut panggilan allah) kita terpaksa berdepan dengan musuh. Musuh ini digambarkan di dalam kisah Nabi Ibrahim a.s ialah hawa nafsu, syaitan iblis, anak-anak dan isteri. Begitulah lumrah kehidupan seorang Daie yang terpaksa mendepani angin kencang fitnah dan ujian dakwah.
  7. Pengorbanan di jalan allah menuntut harga tertinggi dan mahal iaitu dibalas dengan ganjaran Syurga. Begitulah yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s sehingga ke peringkat mengorbankan anak tunggal kesayangannya iaitu Nabi Ismail a.s. Ini memberikan isyarat bahawa setiap Daie perlu mengorbankan sesuatu yang dicintai dan disayangi di dunia ini bagi meraih cinta dan redha Allah serta ganjaran syurga.
  8. Setiap kita ada memiliki Ismailnya tersendiri(barang @harta @manusia yang ia cintai). Setiap kita hendaklah berusaha mengorbankan Ismailnya untuk mendahulukan perintah dan arahan allah. Ingatlah pengorbanan itu bermakna berkorban dan berkorban itu maknanya terkorban.
  9. Islam tidak akan mampu dijulang dan diperkasakan melainkan perlu kepada sifat Tazhiyyah (pengorbanan). Pengorbananlah yang akan mendekatkan kita kepada allah dan memperoleh darjah ketaqwaan sesuai dengan falsafah penyembelihan binatang korban.
Semoga kisah Nabi Ibrahim a.s, anaknya dan isterinya memberikan spirit dan momentum kepada perjuangan kita yang belum selesai ini.



sumber dari: maalimfitariq.wordpress.com

pagi 10 zulhijjah






  1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
  2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  5. Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
  6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
  7. Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
  8. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
  9. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  10. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  11. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  12. Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.



sumber dari: kecikkenot.blogspot.com

Aidiladha dan "korban"






Bismillahirrahmanirrahim

Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud:

“Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama 2 hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang 2 hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama 2 hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada 2 hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.” 
(Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Qurban merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri. Aidiladha disambut pada hari ke 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.



Antara sirah yang paling biasa di dengar adalah peristiwa Nabi Ibrahim a.s yang hampir hampir menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s yang ikhlas berkorban demi menurut perintah Allah. Namun dengan kuasa Tuhan, anaknya itu diganti dengan seekor kibash.

Menyebut tentang ‘korban’, penulis sedikit sebanyak ingin mengajak sahabat-sahabat untuk duduk sebentar dan merenung kembali perjalanan kehidupan masing-masing. Apakah kisah di antara dua utusan Allah ini berjaya kita hayati dan diambil ibrah daripadanya, atau kita sekadar mendengar, menghafal tanpa menghayati mesej tersirat yang cuba disampaikan Allah buat kita.




hari yang terpenting





Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji dan syukur kita panjatkan pada Allah SWT, Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga baginda, para sahabat dan mereka yang telah melalui jalan juang ini, jalan jihad dan dakwah, jalan amal dan tarbiyah.

Hari Raya Eiduladha atau disebut sebagai Hari Raya Korban merupakan hari terpenting bagi umat Islam di seluruh dunia. Hari yang mulia ini sama diraikan ketika umat islam menunaikan ibadah haji di Makkah al-Mukarramah. Pada hari ini umat Islam berkumpul menyatakan pada seluruh dunia bahawa mereka adalah ummah wahidah ” umat yang satu“. Umat yang memiliki satu akidah, satu kiblah, satu risalah. Dari sinilah terbitnya satu kekuatan dan kesepaduan ikatan persaudaraan sesama muslim yang diikat atas nama iman dan Islam.

Betapa besar dan agungnya Hari Raya Eiduladha kerana ia dikaitkan dengan peristiwa korban yang telah ditunjukkan oleh Nabi Allah Ibrahim A.S. Pengorbanan ini merupakan kemuncak tertinggi yang telah dipersembahkan oleh Nabi Allah Ibrahim sebagai tanda ubudiyah dan wala yang tidak berbelah bagi terhadap perintah Allah SWT. Allah menyatakan di dalam al-Quran :

Allah tidak menerima daging dan darah korban kamu tetapi yang ia terima adalah ketaqwaan kamu..”.

Inilah prinsip dan maqasid dari ibadah korban yang kita lakukan. tidak lain dan tidak bukan ialah nilai TAQWA. Pengorbanan yang dilakukan mesti menjurus ke arah melahirkan makna TAQWA. Saban tahun kita melihat umat Islam saling berlumba-lumba mengerjakan ibadah korban, namun apakah TAQWA telah berjaya memberikan nilai tambah baru pada kehidupan umat ini. Amat malang jika kita sering melakukan ibadah korban tetapi hakikat Taqwa jauh terpisah dari batang tubuh umat yang telah menjadi rahsia kejayaan umat ini.



sumber dari: maalimfitariq.wordpress.com

ibadah korban



Ada apa di bulan Zulhijjah ??? …….


Bila sebut bulan Zulhijjah pasti terbayang bulan haji


Bagi mereka yg terpilih sebagai tetamu ALLAH di tanah suci Mekah ….. berbahagialah kerana telah dapat menunaikan rukun Islam yg ke 5

Bulan Zulhijjah juga bulan raya …… hari raya haji ….. bila sebut raya haji pasti ingat ibadah korban dan hendak menjayakan ibadah korban sekarang dah tak murah …… rata2 RM400 satu bahagian ……. kalo yg murah tu biasanya utk ibadah korban di luar negara ……. tapi rasanya taklah murah mane pun hny mungkin RM50 lebih murah berbanding ibadah korban dlm negara …….

P1090804

berbahgialah pada yg dpt menunaikan ibadah korban ……. skrg nih kesedaran akan kelebihan ibadah korban juga semakin meningkat …. memasing berlumba2 nak menambah pahala …..
Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban.Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.” Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.

Sesungguhnya 10 hari pertama di bulan Zulhijjah disuruh supaya memperbanyakkan amalan …. antaranya pose sunat 1 – 9 Zulhijjah ….. tahniah! pd yg berjaya berpuasa sehingga ke hari ini 6 Zulhijjah ….



sumber dari: kecikkenot.blogspot.com

Wednesday 24 October 2012

kutemukan puisi dalam sebait cinta



953056238kb4



Aku mencari alamat hatimu. 
Kutemukan telaga: sebuah genangan sunyi, 
tanpa ombak tanpa nyanyi, 
lalu kutenggelam dalam bening puisi. 

Itulah yang istimewa tentang dirimu, 
ketika segayung hujan membasuh telapak tanganmu, 
aku terhanyut di situ, lautan teduh dekapanmu. 
Maka aku menyamar hujan, memelukmu deras, 
mencium parasmu dengan kecup rintik yang tak pernah tuntas.

Di telapak tanganmu aku mengembara tanpa berhenti, 
menyusuri garisgaris sungai keberuntunganku. 
Setiap garis adalah makna. 
Membawaku pada muara bernama cinta. 

Aku di situ melukis sawah-sawah yang menguning 
dengan jejak hidupku. 
Rerumputan, ilalang, kenangan, 
dan bunga-bunga rindu. 
Airmata dan semesta. 
Hujan dan doa. 
Membentangkan tenda cahaya 
tempat kita menghabiskan waktu dan bara. 
Setiap bintang adalah karunia. 
Setiap titik waktu yang aku petik untukmu.

Aku ingin menulis seperti sebaris embun 
yang kauselipkan pada seliris kuntum di bibirmu. 
Cukup manis walau hanya sebait senyum. 
Kutahu, puisi tak selalu tercipta dari kata. 
Tetapi hanya dengan kata kumampu menceritakan puisi ini padamu.



sumber dari: hasimalwi.blogdetik.com

jambatan kasih






Di seberang jalan itu ada sebuah
jambatan kasih yang pernah ku lalui
indahnya waktu itu penuh dengan
segala kasih dan sayang yang membuai

Aku sering berlari semahu hatiku
tak ku hirau apa pun jua kerana ku
tahu kuatnya tegaknya tak akan tergugat
dengan hentakan kaki mulusku 



Hayalan menguasai diri!

Itu hanya mimpi pada siang lenaku
kerana jambatan itu sudah mula rapuh
pada sinar mentari pada hujan yang mencurah
dan jambatan itu mula terbuai oleh indahnya pelangi indah

Kini aku hanya ingin memandang dari kejauhan
merenung penuh tanya adakah aku bisa lagi
berlari semahu hatiku sambil bernyanyi penuh ria
atau aku hanya berlalu tanpa menolehmu lagi?



sumber dari: juneindah-puisiindah.blogspot.com

perginya Yasmin Ahmad



Malaysia Obit Yasmin



Sudah saya katakan hidup ini hanya sementara. Tidak kekal lama, sampai waktu pergi jua. Hidup adalah satu perjalanan sampai masa kita akan berhenti menjadi manusia.

” Maha Suci (Allah) yang ditanganNya segala kerajaan. dan Dia terhadap sesuatu adalah al Qadir (Berkuasa). Yang menciptakan mati dan hidup, agar menguji kamu siapa diantara kamu yang baik amalannya…”
[al Mulk: 1-2].

Kita punya misi dalam hidup, iaitu berbuat yang TERBAIK diantara dua sempadan hidup-mati. Pasti yang diantara itu akan diperhitungkan.

51 tahun itulah angka umur Allahyarham Yasmin Ahmad. Satu tempoh yang sudah diperkirakan. Kita semua ada baki umur sendiri- modal kehidupan. Tidak ada yang bisa menangguh dan mempercepatkan walau sesaat melainkan Dia empunya umur manusia. Ada yang kata terlalu awal bagi arwah untuk Yasmin pergi, terasa kehilangan; ada yang kata dia belum sedia untuk mati namun itu kata kita. Moment sebenar hidup dan mati adalah urusanNya. Lama atau sekejap relatif sifatnya, jika banyak jasa, amal dan bakti yang ditabur maka pasti akan dikenang. Dia pasti akan terus hidup di hati sanubari. Akan disebut kebaikannya, akan harum sentiasa. Arwah Yasmin punya kelas tersendiri, dia tetap dihitung sebagai orang yang baik budi.
Namanya sudah selebriti, pasti tidak akan sunyi dari kata mahupun nista. Sama ada dibalik cuping atau di khalayak dia tetap akan diperkata. Itulah harga yang perlu dibayar oleh seorang selebriti. Ia sudah menjadi rahsia umum. Semua ada sisi gelap sama ada yang menulis artikel ini mahupun yang membaca, hanya Dia, kamu dan segala makhluk yang ditugas untuk mencatat dan memerhati – maka sisi gelap kita akan diperhitungkan. Disatu hari dimana keadilan itu akan ditegak, dan kaki itu tidak akan berganjak. Justeru, semua bicara nista perlu dihentikan. Jangan kita menambah dosa. Menabur hina. Segala curiga wajar dikebumikan bersama jasad arwah Yasmin. Ia bukan untuk dijaja, dibongkar mahupun dititip orang, ia adalah kenangan silam yang kelam. Akan terhapus dengan taubat, sesal dan tangisan. Berhenti disatu noktah yang bertepi.

Sudah ramai bintang yang datang dan seramai itu jugalah yang pergi; dan ada bintang yang terbit pagi, belum sempat ia bersinar terang gemerlapannya hilang. Bak bintang kejora, yang hadirnya hanya sementara. Allahyarham adalah diantara bintang yang hilang dalam persada dunia seni. Jika anda berada di posisi ini- dialam seni maka anda akan merasainya. Dunia kita dan mereka tidak pernah sama. Tidak akan bertemu dan tidak akan difahami. Umpama alam ikan dan burung. Berkelip bintang seni, dari apa kau jadi, jauh tinggi di awan, tak tercapai jangkauan tangan. Kata seorang insan tua yang sering menyanyikan lagu P Ramlee, barangkali boleh nama Yasmin ini ditekan dalam simen batu ‘walk of fame’ Malaywood.

Saya melihat kerja Yasmin dalam Rabun persis karya Terrance Malick dalam New World. Hening dan sunyi, namun tetap ada makna. Arwah Yasmin sering mahukan kelainan. Mesej yang tegar dan segar. Menongkah arus. Menjadi pertikaian akademik dan ilmuan shariah. Bicara, debat, marah dan kecewa itulah nada semua yang prihatin dengan agama – ironisnya arwah Yasmin juga katanya membela agama. Ketika orang menghambur kata keras dia tetap dia disitu tidak mahu mengubah malah menambah. Identitinya menjadi bicara namun biarlah berahsia, biarkan dia pergi di alam sana kekal mencari damai yang dicari – rest in peace…



sumber dari: kalamnurani.wordpress.com

Turki.......mengimbau zaman Khalifah






Hagia Sophea

Hagia Sophia

Dalam Masjid Biru

Dalam Masjid Biru

Halaman Majid Biru berlatar belakangkan Hagia Sophia

Halaman Majid Biru berlatar belakangkan Hagia Sophia


Istanbul

Istanbul

Selat Bosphorus

Selat Bosphorus

Istana Dolmabahce

Istana Dolmabahce

Kota Hirpolis di Pamukkale

Kota Heiropolis di Pamukkale

Heiropolis

Heiropolis

Pamukkale

Pamukkale

Taman di kota Heirapolis

Taman di kota Heirapolis

Masih ada banyak gambar dan kisah yang mungkin boleh dikongsi bersama.
Moga perjalanan yang jauh makin mencelikkan mata dan hati akan kebesaran Allah, pencipta alam.

Seeru `ala Barakatillah.



sumber dari: asadulqalb.wordpress.com

lembaran daun bertanda embun



embun-di-atas-daun



Katakan saja, 
pagi ini tak ada matahari menyapa dengan hangat pelukan, 
tak ada berkas sinar menggores dinding kamar. 
Dan kaca jendela, 
hanya bingkai kosong tanpa setangkai mawar.

Kuharap angin menari di selasar rumah. 
Menghibur rambutmu dengan hembus sejuk gunung. 
Menghapus mimpi buruk yang mungkin menggantung di bulumata. 
Angin, sampaikan salamku, 
rindu menggunung sampai puncaknya.

Barangkali di celah pintu ada derit tersisa. 
Kalimat yang tak dapat kucegah 
ketika kaubiarkan langkah melengang dalam kembara. 

Luas padang, 
merentas ilalang, 
menggagas setiap fatamorgana sebagai rangkaian doa. 
Pepohonan meranggas sebab daundaunnya kukirimkan padamu.

Puisi ini untukmu, Adinda. 
Kalimat pengganti tiap jeda percakapan. 
Lembaran daun bertanda embun, 
kecup yang kutitipkan. 
Ketika mulut tak mampu menerjemahkan dada, 
pada dekap tiada.



sumber dari: hasimalwi.blogdetik.com

kata ikhlas ku



puisi indah



Masihkah hadirmu disana?..
menanti khabarku disini
ataukah kau sudah bosan
menanti tiap detik masa berlalu tanpa henti

Masihkah setiamu disana?
menunggu coretan tanganku
yang tiada bosan menulis setiap
kata hadir pada minda gian liar karyaku

Terima kasih andai dirimu gembira
pada nukilanku yang tiada pernah jemu ini
maaf andai tiap gerak jari ini menulis
sesuatu yang menyinggung tiap relung hatimu

Hai..tersenyumlah padaku
itu sapaku pada jiwa sepimu disana
Assalamualaikum apa khabarmu?
itu tanyaku padamu pada tiap masa luangku

Rakan,kawan.teman,atau
mungkin jua sayangku..eeemmmm!
inilah aku pada jiwa tiada pernah jemu
menggangu masa sepimu atau jua masa rentangmu pada..

Bait-bait kata-kata iklasku
pada pintamu atau jua secalit kata
dariku ingin membuai hatimu padanya
Ilahii atau jua ingin hatimu tersenyum
pada senda guarauku buat jiwa murammu..Tapi,



Pasti pada suatu masa yang tertentu
aku akan berundur diri dan berlalu
pergi pada tanyamu pada sapaku
mungkin pada masa itu jiwamu akan tenang

Dan..
tiap apa jua yang ku luahkan
hanya ingin mengingati diri ini
dan pada dirimu walau tanpa pintamu

Inilah kata-kata iklas
dariku padamu ditiap mata penaku!



sumber dari: juneindah-puisiindah.blogspot.com

imbauan kembali perginya Ustaz Asri



Jalan Ketaqawaan 250



“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…”

Inilah petikan kata arwah Ustaz Asri dalam laman bolg rasminya, dan gambar ini diambil ketika dia sedang melangkah pergi ke satu destinasi yang dia sendiri tidak ketahui ….. http://asrirabbani.blogspot.com/


DSC_7715


Ku kirimkan al Fatihah ini dahulu moga fatihah ini mendahului dari kalam-kalam lain yang akan ku susun. Moga fatihah ini lebih nyaman dari pancur air mawar yang akan disiram nanti, moga fatihah ini lebih harum dari bunga rampai yang akan ditabur dipusaranya – tempat jasadnya diam bersemadi. Dia seorang penggiat seni, aktivis dakwah seni, tokoh nasyid sepanjang zaman dengan suara lunak germesik merdu. Dia pergi pagi tadi (Khamis, 13 Ogos) jam 10.30. Kembali menghadap Ilahi. Allah memanggilnya kembali, dan perginya tidak akan kembali. Pasti.

Berita ini disahkan oleh teman saya saudara Faizal Osman dari kumpulan Hijjaz. Tersentak dan diam saya di pinggir tangga Ampang Point ketika selesai berkunjung ke kedai buku Popular. Lalu saya singgah dirumah maklumkan pada ibu, nyata ibu ku terkedu sejurus itu menitiskan airmata; entah kenapa… barangkali Ustaz Asri memberi makna dalam hidupnya. Ya, marhaban, qasidah, berzanji dan zikir munajatnya yang syhadu yang pernah didengarnya…

Setakat ini yang mampu ku katakan. Ketika teman ku Hj Ilias berada dilokasi rumah arwah Ust. asri di Bukti Lancong Shah Alam. Semua berhimpun disana katanya, sedang menunggu van jenazah (jam 4.12 ptg). Bagaimana terkejut semua kehilangan orang yang sentiasa ceria, tawaduk dan manis kata-kata. Moga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya, ditempatkan bersama orang-orang soleh dan beriman sementara menanti hari pengadilan….

Al Fatihah…



sumber dari: kalamnurani.wordpress.com

berkorban tanpa syarat






Bumi Mekah dipenuhi jemaah haji yang menyahut seruan ilahi.Mereka menjadi tetamu Allah di bumi barakahNya.Datang dengan niat mensucikan jiwa dan hati.Semoga mencapai haji mabrur.

Diseluruh pelusuk dunia Islam ibadah qurban dijalankan.Haiwan ternakan;lembu,unta mahupun kambing akan ditumbangkan untuk diagihkan,menyebar luaskan keberkatan ibadah qurban.

AidilAdha menjelma lagi.

Menggamit rasa dan menuntut pengertian seribu falsafah dan hikmah yang tersirat.
Sering menjadi ingatan di Hari Raya AidilAdha ini adalah erti pengorbanan.Kisah Nabi Allah Ibrahim dan Ismail sering menjadi contoh untuk sama-sama direnung dan difikir.Apakah erti pengorbanan yang sebenar?
Nilai pengorbanan tertinggi adalah kerelaan berkorban tanpa meletakkan sebarang syarat.Sering manusia itu rela berkorban setelah keperluan diri dipenuhi.

“Aku akan keluarkan wang untuk infaq setelah cukup makan pakai keluargaku.”

“Aku akan sedia bekerja untuk dakwah setelah stabil urusan hidupku;pekerjaan atau pelajaranku.”

Mengenang Rasulullah dan para sahabat,mereka mengorbankan apa yang ada di tangan mereka walaupun ketika saat mereka sendiri merasai kekurangan. Berkorban dengan mengenepikan kepentingan diri demi agama yang tercinta.

Adakah kita sehebat itu?
Tidak.

Namun kita boleh berusaha ke arahnya.Mungkin sukar,kerana itulah hakikat pengorbanan.
Jalan ke syurga adalah jalan yang menuntut pengorbanan.
Pergorbanan tertinggi adalah pengorbanan kepada Allah dan agamaNya.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1429 Hijrah.

Kullu `amin wa antum bikhair.
Seeru ‘ala Barakatillah.



sumber dari: asadulqalb.wordpress.com

Monday 22 October 2012

amsterdam belanda october 2009




Pagi lepas subuh, menikmati sarapan di hotel,
Banyak menunya, tapi biasalah,
Enggak boleh di makan dong,
ngeh,ngeh,ngeh

Kami nampaknya makan roti dgn telur 1/2 masak je bersama
cereal dan buah-buahan.
Nak makan kek pun tak berani, psl takut campuran wain di dalamnya.
Kami akan jadi 100% vegetarian sepanjang kami di sini.
Balik besok , muka pun macam roti je
ngeh,ngeh,ngeh

Bercerita tentang Belanda ni, mempunyai satu undang-undang yang
yang unik .
Aktiviti pelacuran dan dadah adalah "halal" bagi mereka.
Itu sebabnya kita boleh lihat banyak cafe yang salah satu menunya ialah
canabbis ( ganja). Untuk membeli makanan dan keknya di tgh bandar
juga perlu berhati-hati. Takut lepas makan "lalok" lah pulak.
tak jumpa jalan pulang ngeh,ngeh,ngeh
Kita boleh lihat penjualan dadah secara terbuka di tengah Amsterdam.

Kalau kita terjumpa dengan "mat dan minah salleh"
yang bercakap menggunakan bahasa indonisia , biasalah kat sini.
Merekakan pernah menjajah Indonisia satu masa dulu.
Itu sebabnya , agak mudah terjumpa dengan restoren indonisia
di sini. Tapi menunya, "pork" pun ada dicampur dgn masakan-masakan lain.
Lebih baik hindarinyalah.

Tram panjang yang beroperasi dari pagi lagi



Lama dah jam dan menaranya, ratusan tahun


Wayar tram yang berselirat di atas

Dam square yang terkenal
menjadi tumpuan pelancong



sumber dari: rezeki-suatucatatanperjalanan.blogspot.com

Saturday 20 October 2012

dalang serangan 11 september





PARIS 7 Julai – Ahli politik kanan Perancis yang juga merupakan menteri Kabinet Presiden Nicolas Sarkozy hari ini mendakwa Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush mungkin berada di sebalik tabir serangan 11 September 2001.

Laman web www.ReOpen911.info, mengenai teori konspirasi serangan 11 September, telah menyiarkan rakaman klip video Menteri Perumahan Perancis, Christine Boutin yang mempersoalkan mengenai kumpulan Al-Qaeda dalam serangan itu.

Dalam temu ramah pada November tahun lalu itu, Boutin ditanya sama ada beliau merasakan Bush berada di sebalik serangan tersebut.

“Saya rasa kemungkinan itu ada kerana saya tahu laman web yang membincangkan masalah ini mempunyai ramai pelawat.

“Saya rasa dengan jumlah yang sebegini ramai mungkin ada kebenaran dakwaan itu,” kata Boutin.

Bagaimanapun, pejabat Boutin
cuba meredakan keadaan ini dengan menyatakan bahawa Boutin tidak berpendapat sedemikian ketika penghujung sesi temu ramah tersebut.

Banyak lagi laman web lain turut menyiarkan klip video tersebut baru-baru ini menyebabkan ia mendapat perhatian media arus perdana.

“Christine Boutin terperangkap di dalam kenyataan kontroversinya mengenai serangan 11 September,” tajuk utama akhbar, Le Monde.

Akhbar Liberation hari ini memetik jurucakap Boutin, Christian Dupont sebagai berkata, Boutin tidak mahu muncul sebagai pro-Bush atau anti-Bush ketika Sarkozy dijenamakan sebagai “Anjing Amerika Syarikat” selepas beliau mengadakan perjumpaan dengan Presiden itu di Washington.

“Selain itu beliau bukanlah Menteri Luar,” tambah Dupont.

Perancis muncul sebagai tempat yang banyak menghasilkan teori konspirasi.

Pada 2002, sebuah buku yang mendakwa tiada pesawat yang menyerang Pentagon semasa serangan 11 September menjadi buku terlaris di Perancis.

Berdasarkan undian yang dibuat oleh Universiti Ohio pada Julai tahun lalu, lebih satu pertiga rakyat Amerika mengesyaki pegawai-pegawai AS membantu serangan 11 September ataupun tidak melakukan sesuatu bagi menyekatnya untuk memberi ruang kepada AS memulakan “perang terhadap keganasan.”



sumber dari: satuumat.blogspot.com

pesanan seorang saudara berkaitan haji



Allahhuakhbar


Seminggu dah projek bapak nak menulis berkaitan ibadat haji tidak dapat dilaksanakan kerana beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Nanti kalau dah selesai semua "benda alah" tu dan senang2 nanti , bapak ceritakan . Seminggu juga bapak tak sempat langsung nak bukak blog sendiri dan jugak blog rakan2. Ni pun malam ni baru ada kelapangan sikit.

Ok, kita sambung lagi berkaitan ibadat haji.

Perlu diingat bahawa perjalanan menunaikan fardhu haji ni bukan merupakan suatu perjalanan yang biasa-biasa dan berat sebenarnya dari segi pengisiannya samada rohani atau pun jasmani.

Peluang kita ke sana mungkin sekali sahaja . Oleh itu ada beberapa perkara kita perlu ambil perhatian dan ia berkaitan dengan hati , jiwa serta tingkahlaku kita .

Di sini disarankan beberapa perkara yang perlu kita titik beratkan sebelum kita berangkat menunaikan rukun islam yang kelima ini seperti :





  • Pastikan niat kita ikhlas hendak ke sana
  • Mendalami dan mempelajari segala ilmu yang berkaitan dalam perlaksanaan ibadat haji.
  • Memperbanyak taubat seperti melakukan solat sunat taubat
  • Membersihkan harta dari unsur-unsur syubhah dan sumber-sumber yang haram.
  • Meninggalkan perkara2 maksiat dan melalaikan.
  • Memperbanyakkan istigfar dan memohon keredaan Allah.
  • Memohon keampunan dan maaf serta keredaan semua orang berdasarkan kemampuan untuk melakukan ketika itu sekiranya bertemu.
  • Berpesan-pesan kepada anak2 dan waris serta kaum keluarga agar sentiasa bertakwa kepada Allah.
  • Cuba selesaikan segala hak Allah dan juga hak sesama manusia yang masih tertanggung ke atas diri kita.
  • Menunaikan solat sunat musafir sebelum memulakan perjalanan ke Tanah Suci Makkah.




Ketika berada di sana pula, kita disarankan :
  • Sentiasa berakhlak dan berbudi pekerti mulia.
  • Sentiasa menyedari bahawa kita adalah Tetamu Agung Allah.
  • Memastikan bahawa kita sentiasa menyedari dan mengingati bahawa perjalanan mengerjakan haji merupakan satu perjalanan ibadah dan bukan melancong atau makan angin.
  • Bersyukur dan reda dengan kemudahan yang disediakan oleh Aminul Haj.
  • Mengelakkan dan menjauhi perbuatan2 yang sia2 dan keji.
  • Mengelakkan sikap sombong ,takbur serta membangga diri .
  • Bersyukur dan mengambil ikhtibar dari pengalaman kita melihat kesusahan dan kepayahan jemaah yang datang dari negara yang daif serta serba kekurangan , tapi mereka bersungguh-sungguh mengejar pahala yang berlipat ganda di sana seperti yang dijanjikan oleh Allah.
  • Mengamalkan sikap tolak ansur,berkerjasama dan jauhi pertengkaran.
  • Perbanyakkan dan pertingkatkan amal ibadat seperti beriktikaf ,membaca Al-Quran, berzikir dll. 



sumber dari: rezeki-suatucatatanperjalanan.blogspot.com

catatan sonata14 sydney ke melbourne may 2012




31.5.2012 - Khamis - saya terbang ke Melbourne - sekejap je terbang - adalah 1 jam lebih...kalau naik bas / train boleh juga - tapi lama looooo....mau sampai 12 jam. Naik jetstar ni ok lah - sepupu sepapat airasia - beli tiket online - senang kan !


selamat tinggal Sydney.....ntah bila kan sampai lagi !


dapat seat tepi tingkap dapatlah tengok bentukmuka bumi - sangat cantik!


ni dah nak landing di Melbourne Airport - also known as Tullamarine Airport


persekitaran Melbourne



kalau sayap dah terbukak ni.....landed lah tu....he3x - welcome Melbourne



sumber dari: sonata14.blogspot.com