Pages

Tuesday 31 July 2012

mari kita gegarkan ramadhan






11 bulan penantian kini berakhir sudah. Bagi jiwa-jiwa rabbanni yang sentiasa mendambakan keampunan dan keredhaan, inilah masanya buat mereka meraih ganjaran terbesar dari pencipta langit dan bumi serta apa jua yang ada diantaranya.

Memasuki gerbang Ramadhan adalah ibarat memasuki pertandingan bolasepak Piala Dunia. Satu perlumbaan dan pertandingan paling berprestij antara semua pertandingan bolasepak dunia. Memasukinya harus dengan persediaan yang rapi, latihan yang teliti, mental yang ampuh dan kesediaan untuk berkorban bagi mencapai kejayaan.

Bolehkah kita bayangkan ada pemain atau pasukan yang layak ke Piala Dunia tetapi langsung tidak bersedia untuk menghadapinya. Pastilah akan dibelasah teruk oleh pasukan-pasukan gergasi, menjadi “sayur-sayuran” yang cukup mudah untuk diratah dan dibelasah. Bahkan akan menjadi bahan ketawa yang memalukan pula nanti.

Begitulah Ramadhan, antara 12 bulan yang ada, ia adalah bulan yang paling istimewa, memasukinya harus dengan hati dan fizikal yang telah lengkap bersedia. Mana mungkin kita akan mencapai kejayaan dalam Ramadhan jika memasukinya seperti mana kita memasuki bulan-bulan biasa. Silap-silap kita akan diratah dan dibelasah oleh nafsu yang telah menerima latihan keras dari jurulatihnya yang tidak pernah berputus asa, iaitulah syaitan yang sentiasa cuba untuk menyesatkan manusia.

Ramadhan adalah gerbang ibadah, perjuangan dan pengorbanan. Hanya yang cemerlang dan bersedia akan berjaya, kerana piala taqwa dan lailatul qadr itu mahal harganya. Tetapkan matlamat, mulakan latihan, teguhkan barisan, perkemaskan ikatan dan mari kita gegarkan Ramadhan dengan ibadah kita yang paling istimewa!




sumber dari: ismaweb.net

ahlan wa sahlan ya ramadhan



ramadhan (1)




sumber dari: cikgudahlia.com

5 nikmat khusus umat Nabi Muhammad SAW di bulan ramadhan






Pada malam pertama bulan Ramadhan Allah SWT akan menilik setiap wajah insan-insan yang berpuasa.
Mulut umat Nabi Muhammad SAW yang berpuasa akan berbau lebih wangi daripada Kasturi pada hari Kiamat nanti.
Umat Nabi Muhammad SAW yang berpuasa akan mendapat Doa Keampunan daripada Para mailaikat siang dan malam.
Allah SWT akan mengarah kepada Syurga agar bersiap dan berhias dengan penuh keindahan agar sedia menerima kedatangan umat Nabi Muhammad yang menunaikan puasa Ramadhan.
Pada malam terakhir Ramadhan Allah SWT bersedia mengampun segala dosa umat Nabi Muhammad yang berpuasa kecuali dosa-dosa yang berkaitan dengan manusia.



sumber dari: halawatuliman05.blogspot.com

ramadhan bulan produktiviti islam






Ramadhan sudahpun masuk ke fasa pertengahannya dan dalam masa ini Umat Islam sudahpun terbiasa berpuasa dan meningkatkan ibadah-ibadah sunat demi mengejar ganjaran-ganjaran yang disediakan oleh Allah. Badan kita sudah dibiasakan dengan perut yang lapar dan badan yang penat berpuasa serta diri yang disibukkan dengan amal ibadah. Namun begitu, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja tanpa kita meneliti hikmah-hikmah yang tersembunyi di dalam bulan ini.

Sepatutnya bulan Ramadhan menjadi bulan yang sangat produktif kepada Umat Islam di mana sahaja mereka berada. Kita jangan lagi dimomokkan dengan pandangan bahawa apabila datang bulan Ramadhan Umat Islam akan menjadi lemah disebabkan berpuasa kerana tidak makan dan tidak minum. Malah, kita minta pula diberi keringanan dalam kerja-kerja dengan alasan puasa membataskan kita melakukan aktiviti-aktiviti atau kerja-kerja berat yang sebenarnya sudahpun menjadi rutin harian kita di luar Ramadhan.

Lebih sedih lagi apabila orang bukan Islam yang sudah tinggal lebih 50 tahun bersama kita di Malaysia masih belum tahu menghormati bulan Ramadhan sebagai bulan yang mulia bagi Umat Islam. Mereka memandang serong kepada umat Islam di bulan puasa yang dizahirkan melalui kata-kata mereka dan iklan-iklan di televisyen yang seolah-olah umat Islam sangat lemah dan lembik di bulan Ramadhan (dan kita mengiyakannya!!). Lebih jauh dari itu, mereka masih lagi belum terkesan dengan hasil-hasil yang sepatutnya lahir dari Umat yang ditarbiyyah di bulan Ramadhan bertahun-tahun lamanya!!

Jangan mudah salahkan mereka kerana mereka mungkin belum diberi pengetahuan yang baik tentang Ramadhan. Tapi mulalah menilai diri kita sejauh manakah kita mendapat kesan dari Ramadhan dan menzahirkannya dalam kehidupan sehingga orang bukan Islam mendapat tempiasnya.

Jalan penyelesaiannya hendaklah bermula dengan diri Umat Islam itu sendiri. Mereka sendiri perlu memahami dengan jelas maksud, kepentingan dan hikmah-hikmah bulan Ramadhan. Kita tidak boleh lagi berpada dengan hanya berpuasa di siang hari dan mendirikan solat Tarawih di malam hari sebagai satu rutin di bulan Ramadhan tanpa mengambil iktibar dari kebaikannya dan membinanya dalam diri sehingga seterusnya mampu istiqamah meneruskannya di 11 bulan lain di luar Ramadhan.

Kita tidak mahu lagi wujud dualisme yang membezakan kita di dalam Ramadhan dan di luar Ramadhan. Semasa Ramadhan kita kuat melakukan ibadah tetapi tidak di luar Ramadhan. Semasa Ramadhan kita menzahirkan diri kita lemah dan lembik kerana berpuasa manakala di luar Ramadhan kita menjadi kuat dan rajin bekerja ATAU lebih malang lagi sama lemah dan lembik kerana tidak bersemangat dan bermotivasi untuk bekerja. Itu satu SILAP BESAR dalam kita menanggapi Ramadhan.




sumber dari: ismaaustralia.com

4 kasih sayang ALLAH zahirkan di bulan ramadhan





Allah SWT anugerahkan rasa rindu dan cinta pada bulan Ramadhan untuk orang mukmin yang terpilih.
Allah SWT mendekatkan orang mukmin yang berada jauh daripada Allah SWT diluar bulan Ramadhan.
Allah SWT menunaikan permintaan orang yang melakukan perkara haram diluar bulan Ramadhan tetapi bertaubat di bulan Ramadhan.
Allah SWT menunjukkan jalan Taubat atau jalan kebaikkan kepada mereka yang melakukan kejahatan diluar bulan Ramadhan ( Dengan kehendak dan pilihan Allah SWT ).

sumber dari: halawatuliman05.blogspot.com

rebutlah "sale" yang ditawarkan






Daripada Abu Hurairah telah berkata: 
Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: 
“Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan 
diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.”
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)

Hari demi hari, masa berlalu pergi dengan begitu sahaja. Tanpa kita sedari, mungkin hari-hari kita yang lalu telah dibaziri dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah, mungkin juga telah kita gunakan sebaiknya, anda punya jawapannya!

Perkara yang lalu jangan kita sia-siakan, biarkan dibelakang sana, jadikan sempadan buat kita muhasabah pada masa sekarang dan masa akan datang. Insya Allah.

Bulan yang mulia bakal menyusul dalam beberapa hari sahaja lagi, bersediakah kita untuk merebut sale yang Allah tawarkan kepada kita? Jikalau di UK, kita semua berebut-rebut dengan rakus untuk mendapatkan barang-barang berjenama dengan harga yang murah pada “boxing day”, adakah kita akan berebut-rebut dengan ghairah juga bagi mendapatkan pahala dan ganjaran yang pasti tidak ternilai harganya pada “saum day” walau di mana kita berada?

Ayuh tajdid semangat kita, persiapkan jiwa, perkuatkan hati untuk merebut pahala dengan memperbanyakkan amal ibadat kita pada bulan yang mulia ini!

ayuh sahabat, bangkit!


wallahualam :)




sumber dari: iluvwarwick.wordpress.com

Monday 30 July 2012

ramadhan wallpaper blue






sumber dari: arifachmad.wordpress.com

amalan mengikut sunnah



Sunnah di Bulan Ramadhan



Adapun kedatangan bulan Ramadan amat dinantikan oleh seluruh umat Islam dengan hati yang gembira. Ramadan disambut dengan penuh kegembiraan dan keinsafan. Kesabaran dan kekuatan iman sangat penting untuk menghadapi kemuliaan bulan Ramadan. Memperbanyakkan amalan-amalan wajib dan sunat akan menambahkan lagi pahala dan makna Ramadan.

Amalan yang dapat menghidupkan Ramadan adalah dengan memperbanyakkan bersedekah kerana sikap bermurah hati pada bulan Ramadan adalah dituntut. Dari Ibn Abbas:


“Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.”
(Hadis riwayat Bukhari)
Berikut ada enam amalan yang disukai oleh junjungan Nabi Muhammad SAW ketika di bulan Ramadan;
  1. Mengaji/Membaca Al-Quran
  2. Memberi makanan kepada orang yang berbuka puasa.
  3. Qiamullail
  4. Solat Tarawih
  5. Mengerjakan Umrah
  6. Zakat fitrah
Firman Allah SWT yang bermaksud:

…bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
(Surah al-Baqarah, ayat 185)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.
(Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)

Sesungguhnya, amalan-amalan tersebut amat bermakna jika ditunaikan dengan hati yang ikhlas di bulan Ramadan. Jangan hanya berpuasa saje, amalan sunat amat ditunut oleh Rasulullah SAW bagi meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah SAW…



sumber dari: islamituindah.my

tawaran pengajian ramadhan





Marhaban Ya Ramadhan…Ramadhan Kareem..Ramadhan al-Mubarak..

Semaikan Tekad
Kuatkan Semangat
Patrikan Azimat
Rebut segala keringat
Mencari satu hakikat
Menjadi insan berjiwa malaikat
Tunduk pada yang maha kuat
Agar menjadi insan terhebat
Bergelar manusia Robbaniy dan Muttaqiyy..


” Ramadhan Bulan Tajdid dan Transformasi..”
Tarikh : 1 Ogos 2011 (Insya’Allah)
Nama Universiti : Universiti Ramadhan Al-Mubarak
Course wajib : Berpuasa
Course special : Terawih
Course Tambahan : Baca Quran + zikir +solat sunat+ sedekah + iktikaf + Qiamulail +perbanyakkan doa + jihad + dakwah
Kelulusan : Ijazah Takwa
Konvo : 1 Syawal

* Extra..
Tawaran melanjutkn pengajian ke peringkat Master course :
Puasa sunat 6 hari, bulan syawal.
——> JOM DAFTAR………..!! (^_^)
PTPTN tidak disediakan cuma :
♥ jaga iman jaga solat jaga akhlak ♥



sumber dari: maalimfitariq.wordpress.com

penghapus dosa-dosa kecil





“Sesiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimananan dan mengharapkan keampunan Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu” 
[Muttafaqun ‘alaih]



Hadith ini merupakan hadith utama kelebihan orang-orang beriman yang berpuasa ramadhan iaitu dosa-dosa terdahulu mereka diampunkan. Dosa-dosa yang dimaksudkan ialah dosa-dosa selagimana mereka tidak melakukan dosa besar. Ini kerana dosa besar secara khususnya wajib bertaubat kepada Allah Ta’ala. Pengertian ini juga berkesinambungan dengan hadith yang menceritakan tentang “terhapusnya dosa bermula ramadhan ke ramadhan akan datang selagimana bukan merupakan dosa besar”.

Manakala, hadith diatas menyebut “dosa-dosa yang terdahulu” sahaja dan bukannya seperti sebahagian riwayat dhoif pada hadith tersebut dengan tambahan “diampunkan juga dosa-dosa yang akan datang”. Pakej istimewa tersebut ternyata hanya milik istimewa para anbiya dan rasul.

Dosa-dosa kecil orang-orang yang berpuasa Ramadhan ini dihapuskan oleh Allah dengan syarat :

1. DILAKUKAN PENUH KEIMANAN

Orang-orang mukmin sifat puasanya adalah dengan penuh keimanan. Yakni mengakui akan kewajipan berpuasa sebagai seorang muslim. Maka dia bersungguh-sungguh melakukan ibadat tersebut dengan penuh ketaatan dan meninggalkan segala pantang larang puasa. Manakala, Imam Nawawi menyebut yang dimaksudkan dengan dilakukan dengan penuh keimanan iaitu meyakini atas terdapat kelebihan-kelebihan berpuasa yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya.

2. BERPUASA SEMATA-MATA MENGHARAPKAN KEAMPUNAN ALLAH

Manakala, orang yang berpuasa mengharapkan keampunan Allah bermakna mereka tidak mengharapkan pujian dari manusia, atau motif yang lain. Yang mereka tujukan puasa tersebut hanya kerana Allah Ta’la. Mereka yang terlalu mengharapkan rahmat, ganjaran, keampunan, taubat dari Allah antara golongan yang akan diampunkan dosa-dosanya selagi mana tidak melakukan dosa-dosa besar.
Oleh itu, marilah kita sama-sama merebut peluang keemasan yang telah ditawarkan sekali dalam setahun ini. Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir buat diri kita.

Wallahua’lam.



sumber dari: mesrarakyat.wordpress.com

ramadhan dan perkongsian





Bismillah......
saya cuba meneruskan perkongsian yang serba kekurang semoga bermanfaat..

Hari kita di bulan Ramadhan terus berlalu pergi satu persatu.
Kekadang terasa sedikit penyesalan terhadap diri kerana tidak mampu menggunakan hari-hari di bulan ini dengan begitu baik.
Semoga amalan yang sedikit ini diterima oleh Yang Maha Esa sebagai ibadah.

InsyaAllah, kali ini saya dapat sesuatu yang mana bagi saya cukup manfaat.
Tapi, apa gunanya jika saya ada sedikit pengetahuan tanpa perkongsian dengan ANDA, bukan?
Jadi, saya cuba kongsi dengan kalian apa yang saya dapat.
Mungkin pernah didengar tapi jadikan peringatan bersama.
Semoga saya dan kalian dapat sesuatu untuk diaplikasi dalam kehidupan.



sumber dari: destinasibaru.blogspot.com

Sunday 29 July 2012

membaca Al-Quran semasa ramadhan



kelebihan membaca al quran semasa ramadhan


Antara kelebihan membaca Al-Quran terutamanya di dalam bulan Ramadhan adalah seperti mana yang pernah diriwayatkan di bawah:

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:

Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah al-Quran yang mulia.”

Membaca al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yan lain. Oleh itu membaca al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

Rasulullah s.a.w telah bersabda bermaksud:

Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib) bahawa sebaik-baik amalan umatku ialah membaca al-Quran.

Sabda Rasulullah lagi bermaksud:

Sesungguhnya Al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T, maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh.

Daripada Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air.”

Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula? Sabda baginda lagi:

Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”

Dari Ibn Mas’ud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tidap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan ‘Alif Lam Mim ‘ satu hurf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda

Sesiapa yang membaca al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.”

Begitu banyak sekali kelebihan membaca Al-Quran ini. Namun, satu persoalan lain timbul – bagaimana pula dengan mereka yang kurang lancar membaca Al-Quran? Kalau masih budak, senanglah. Cari saja ustaz atau guru-guru untuk belajar mengaji (orang dewasa pun sebenarnya tidak salah melakukannya). Tetapi sudah menjadi kelaziman pada waktu ini, kebanyakan daripada kita berasa agak segan untuk duduk belajar mengaji semula dalam usia yang semakin bertambah. Malu dilihat rakan mahupun jiran. Tetapi Alhamduliah, teknologi datang bersama dengan kebaikan dan keburukannya. Dan antara kebaikan yang dibawakannya adalah kemampuan kita meningkatkan mutu bacaan Al-Quran dengan secara sendiri menggunakan Al-Quran Digital.



sumber dari: keajaibanpenjimatan.com

bertadarus di malam ramadhan






Jika kita menelusuri sirah Nabi Muhammad SAW, kita mendapati bahawa Rasulullah amat menitikberatkan ibadat pembacaan al-Quran dan mengutamakan ia apabila masuk Ramadan. Ibnu ‘Abbas ra berkata:
“Nabi SAW adalah manusia terbaik, dan Baginda menjadi lebih baik apabila datangnya Ramadan ketika Jibril bertemu Baginda pada setiap malam dalam bulan Ramadan untuk bertadarus al-Quran. Baginda akan membacanya dengan amat baik seperti angin yang bertiup lembut.” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).
Melalui hadis ini Imam Ibnu Rejab menyatakan disunatkan seseorang itu mempelajari al-Quran pada Ramadan di samping mengajak manusia lain bersama-sama membacanya dan disunatkan juga untuk memperdengarkan bacaan kepada mereka yang lebih elok bacaannya.
“Tidak akan beroleh kefahaman bagi sesiapa yang mengkhatam al-Quran kurang daripada tiga hari.” (Hadith Sahih Riwayat Imam Abu Daud).
Hadis ini juga menunjukkan bahawa Rasulullah sering kali bertadarus al-Quran pada waktu malam kerana pada waktu itu adalah masa yang tenang untuk jiwa manusia melakukan ibadat dan menghayati setiap ayat al-Quran yang dibaca.
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya ibadat pada waktu malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih baik bacaannya.” (Surah al-Muzzammil ayat enam).
Dalam hadis lain puteri Baginda iaitu Fatimah ra menceritakan bahawa Baginda bertadarus al-Quran bersama Jibril sekali dan pada tahun kewafatan baginda bertadarus bersama Jibril dua kali.”(HR Imam al-Bukhari dan Muslim).
Melalui contoh ditunjukkan Rasulullah ini, maka sahabat dan ulama silam berlumba-lumba memperbanyakkan bacaan al-Quran terutama pada malam sepanjang Ramadan. Diceritakan bahawa bumi Madinah al-Munawwarah pada malam Ramadan dihiasi dengan alunan merdu bacaan al-Quran oleh sahabat.

Mereka memperbanyakkan dan memperelokkan bacaan al-Quran disamping menghayati maknanya, lantas dipraktikkan penghayatan itu dalam kehidupan harian mereka sebagai hamba Allah SWT.
Imam Nawawi menyatakan antara sahabat yang memperbanyakkan bacaan al-Quran adalah Uthman bin ‘Affan, Tamim al-Daariy dan Said bin Jubair yang mana mereka khatam al-Quran dalam solat mereka di hadapan Kaabah pada setiap rakaat solat mereka.

Diceritakan juga Imam Syafi’e khatam al-Quran pada Ramadan sebanyak 60 kali. Dalam Kitab ‘Aun al-Ma’bud dinyatakan bahawa ada di kalangan salafussoleh khatam al-Quran setiap sebulan, dua puluh hari, sepuluh hari, seminggu, tiga hari dan sehari.
Bukankah terdapat larangan mengkhatam al-Quran kurang daripada tiga hari?
Dalam hadis Nabi SAW bersabda :
“Tidak akan beroleh kefahaman bagi sesiapa yang mengkhatam al-Quran kurang daripada tiga hari.” (Hadith Sahih Riwayat Imam Abu Daud).
Jika kita melihat daripada mafhum hadis ini maka kita akan dapati bahawa khatam al-Quran kurang daripada tiga hari seolah-olah dilarang Nabi Muhammad SAW.

Dalam menjawab persoalan ini Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata: “Telah diriwayatkan golongan salafussoleh bahawa mereka mengkhatam al-Quran lebih cepat daripada tiga hari.
Namun, larangan dalam hadis ini tidak menunjukkan kepada pengharaman. Justeru, khatam al-Quran bergantung kepada situasi sahabat dan ulama terdahulu. Namun Imam Nawawi menyatakan bahawa kebanyakan salafussoleh akan khatam al-Quran setiap daripada tujuh hari iaitu selama seminggu.
Perlulah untuk kita semua membaca al-Quran dengan penuh sopan dan tertib. Seelok-eloknya bacalah dengan adanya tadabbur, iaitu dengan menghayati setiap ayat-ayat al-Quran itu.

Walaupun sahabat mampu mengkhatam al-Quran dalam masa satu hari, tetapi mereka membacanya dengan tadabbur iaitu faham dan menghayati makna ayat tersebut. Bagi sebahagian kita yang tidak memahami Bahasa Arab dan tidak faham isi kandungan al-Quran maka sewajarnya kita mengubah cara pembacaan kita.

Jika sebelum ini kita hanya membaca al-Quran tanpa mengetahui maknanya, maka bermula pada Ramadan kali ini cubalah untuk memahami maknanya dengan melihat terjemahan al-Quran.



sumber dari: amekaw.com

Saturday 28 July 2012

pesona ramadhan menggamit lagi




Ramadan


Ramadan sentiasa memberikan kesan indah, penuh pesona dan sentiasa menggores kenangan yang tidak mudah dilupakan apalagi jika ia dipandang dari sudut keimanan.

Cuba pandang kepada gambaran berikut:

1. Lihatlah tubuh-tubuh yang secara fizikalnya nampak begitu lemah, namun kekuatan ruhani ketakwaan begitu menyerlah memancar sinarnya di sebalik tatapan wajahnya.

2. Lihat pula kaki-kaki yang mantap berjalan beriringan menuju masjid-masjid untuk mempersembahkan ketundukannya kepada al-Khaliq.

3. Perhatikanlah wajah-wajah cerah dan ceria sesaat sebelum berbuka, keceriaan kerana telah menunaikan kewajibannya lebih mendahului keceriaan menghadapi hidangan yang akan disantap.

Namun, Ramadan bukanlah drama satu babak yang selesai begitu sahaja sebagai sebuah cerita yang patut dikenang seiring dengan kepergiannya.

Memahami Ramadan seperti ini tidak ubah seperti sebuah panggung gembira di sebuah tanah lapang yang hiruk pikuk dengan sorak sorai dan tawa riang, namun keesokan harinya, setelah panggung itu ditutup dan dirobohkan, yang ada hanyalah tanah lapang yang lengang, senyap sunyi serta tidak ada lagi sorak sorai dan tawa riang.

Ramadan bahkan sesungguhnya merupakan bahagian yang tidak terpisah dari episod-episod kehidupan ini dengan kita sebagai pameran utama di dalamnya.

Bagaikan sebuah drama bersiri, dia tidak menjadi lengkap dan indah sebagai sebuah cerita jika episod-episod berikutnya tidak bersambung dan tidak seirama.

Peranan-peranan yang telah ditampilkan dalam ‘episod’ Ramadan sangat mudah untuk ditangkap dan dipraktikkan, bahkan kita telah sama-sama telah ikut memberi peranan kepadanya.

Oleh yang demikian, walaupun setelah Ramadan berlalu, kita tinggal meneruskan peranan-peranan tersebut agar kisah ini menjadi suatu rangkaian kisah yang indah dan mempesonakan.

Berilah tajuk-tajuk yang indah dan menarik agar memberi motivasi kepada kita bagi meneruskan kebajikan-kebajikan yang telah kita semai dalam ‘episod’ Ramadan.

Di antara tajuk-tajuk yang indah dan menarik tersebut adalah seperti berikut:

Ikhlas, tangga pertama meraih kabahagiaan

Keikhlasan menjadi salah satu fokus dari ibadah di bulan Ramadan.
Perhatikanlah keutamaan berpuasa dan beribadah di malam hari Ramadan di mana keduanya disyaratkan untuk dilakukan dengan iman dan semata-mata mengharapkan pahala dari Allah Subhanahu wa Taala.

Maka, jika puasa menjanjikan dua kebahagiaan bagi orang yang berpuasa iaitu:

a. Kebahagiaan ketika dia berbuka.
b. Kebahagiaan ketika dia berjumpa dengan Tuhannya.

Maka, keikhlasan jelas menjadi tangga pertama yang mesti kita jejaki.

Di sudut lain, keikhlasan mempunyai kaitan yang erat dalam usaha kita untuk mengurangi kebergantungan terhadap dunia yang secara teori mahupun praktikal sering menjadi sebab kegagalan untuk meraih kebahagiaan.

Ini adalah kerana tabiat dunia adalah punah, rosak, layu dan membosankan sehingga secara automatiknya orang yang hidup bergantung kepadanya pun akan mendapatkan perkara-perkara yang serupa sedangkan sifat Allah Subhanahu wa Taala adalah kekal, kuat, kukuh dan indah.

Maka orang yang ikhlas kepada-Nya akan merasa bahagia kerana sifat-sifat tersebut berkadar lurus dengan kebahagiaan.

Oleh yang demikian, teruskanlah peranan tersebut dan wujudkan keikhlasan dalam setiap aktiviti kita dalam solat, puasa, mencari nafkah, bergaul dengan keluarga, bershabat dan lain-lain sehingga akhirnya InsyaAllah, kunci kebahagiaan telah berada di dalam genggaman kita.

"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik"
(QS An-Nahl: 97)

Masjid semakin indah jika ramai solat berjemaah

Mari kita saksikan kembali 'tayangan' Ramadan yang menyorot masjid-masjid dan surau-surau di sekitar kita di mana nyaris-nyaris tidak kita dapati masjid atau surau yang tidak berdenyut.

1. Langkah-langkah kaki yang terayun mantap.
2. Percikan air wuduk yang berjatuhan.
3. Suara takbir yang berkumandang.
4. Lantunan ayat-ayat suci yang dibacakan.
5. Diselangi pula dengan si kecil yang kadang-kadang berlarian.

Semuanya itu berpadu membentuk simfoni indah bagi rumah Allah dengan segala keberkatan dan nilai-nilai sosial yang mengiringinya.

Adakah simfoni yang indah tersebut akan segera hilang seiring dengan kepergian Ramadan?

Majid-masjid kembali terkunci rapat kecuali untuk satu dua kali solat atau ramainya orang hanya ketika adanya majlis akad nikah seketika.

Di sinilah kita dituntut untuk meneruskan peranan kita untuk memakmurkan masjid dalam ketaatan.

Keindahan masjid bukan terletak pada:

1. Ketinggian seni arkiteknya.
2. Keindahan ukiran-ukiran yang menghiasinya.

Namun, sebenarnya ia terletak pada ramainya hamba-hamba Allah yang mendatanginya untuk menyatakan ketundukan kepada Al Khalik, meskipun bangunannya hanya terbuat dari tanah liat dan beratap pelepah tamar.

Seiring dengan itu, peranan kita bukan setakat membangunnya, tetapi juga meramaikannya dengan ibadah dan ketaatan, minimumnya dengan solat berjamaah lima waktu, sekaligus sebagai bukti keimanan kita kepada Allah Subhanahu wa Taala.

"Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian."
(QS At-Taubah: 18)

Maka, raihlah naungan Allah di hari kiamat yang hanya Allah berikan kepada lapan golongan dan salah satunya adalah:

“Seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid'.”
(Muttafaq alaih)

Indahnya hidup saling berkongsi

Ramadan, di sudut lain, juga menayangkan sebuah cebisan kehidupan yang sering terabai, iaitu bahwa hidup saling berkongsi itu sangat indah.

Anjuran banyak bersedekah di bulan yang mulia itu tidak hanya sebatas pentingnya si kaya memberi kepada si miskin, tetapi lebih jauh dari itu adalah bagaimana sebuah masyarakat terbentuk dalam susunan yang saling mengisi dan melengkapi, saling memberi dan berkongsi.

Tiang-tiang kehidupan bermasyarakat akan menjadi sangat rapuh dan hanya menunggu waktu keruntuhannya sahaja apabila ada penyimpangan di dalamnya di mana:

a. Yang kaya sombong dengan apa yang dimilikinya.
b. Si miskin pula acuh dengan kegetiran hidupnya.

Apabila selesainya bulan Ramadan, peranan ini masih perlu kita teruskan dan kita budayakan.
Kehidupan berkongsi ini tidak hanya terbatas kepada aspek material semata-mata bahkan kita dapat berkongsi nasihat, doa, semangat dan motivasi sehingga kepada sepotong senyuman pun, Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam menamakannya sebagai sedekah.

Hendaklah perkara itu dilakukan seadanya dengan penuh tulus, tanpa dibuat-buat kerana keinginan kita meraih ridha Allah Subhanahu wa Taala dan menciptakan hubungan yang harmoni di tengah-tengah masyarakat meskipun tidak ada jurugambar atau wartawan yang menemuramahya serta tidak ada surat khabar yang memuat beritanya.

Mudah-mudahan kita akan menyedari bahwa terwujudnya masyarakat yang saling berkongsi tanpa apa-apa habuan dan hilangnya jurang sosial di tengah masyarakat, jauh lebih berharga dari sekelumit jawatan yang mereka kejar sehingga walaupun jawatan tersebut tidak juga dapat mereka raih, sikap berkongsi tersebut tetap ditampilkan seadanya tanpa pengurangan sedikit pun.

Demikianlah contoh dari peranan-peranan yang boleh kita teruskan dalam episod-episod berikutnya malah masih banyak lagi tema-tema yang dapat kita ambil.

Kita dapat melukiskan senarionya dan bahkan langsung menjadi pameran utamanya. Yang penting ia mestilah seirama dan senafas dengan ‘episod’ Ramadan yang sangat mempesonakan itu.

Semoga Allah memberikan kita kekuatan zahir dan batin agar dapat meneruskan kisah ini sehingga menjadi kisah utuh tentang anak manusia yang sedang menjalani fungsi penghambaannya hingga akhirnya kisah ini dapat ditutup dengan ‘husnul khatimah’ iaitu pengakhiran kehidupan yang baik.

Apabila sampai masanya nanti, Allah Subhanahu wa Taala akan membentangkan kembali kisah tersebut di hari pembalasan di mana kita akan tersenyum bahagia kerana usaha dan amal kita yang menawan serta mendapat pujian.

“Sesungguhnya orang yang berbakti itu benar-benar berada dalam kenikmatan yang besar (syurga). Mereka (duduk) di atas pelamin-pelamin sambil memandang. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan mereka yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni yang divarnis (tempatnya), Varnisnya adalah kasturi; dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba.”
(QS Al-Muthaffifin: 22-26)

Ya Allah, dengan kedatangan Ramadan yang membawa seribu satu kelebihan, kami dengan rendah diri menadah tangan kepadaMu untuk memohon keberkatan Ramadan dan keampunan dari dosa-dosa yang kami lakukan. Kami juga memohon peningkatan iman dan ketakwaan hasil dari tarbiyah di madrasah Ramadan sehingga segala amal-amal yang kami lakukan sepanjang Ramadan dapat diteruskan oleh kami di bulan-bulan yang lain, insyaallah.


sumber dari: malaysiaharmoni.com

moga bertemu kembali






Ada apa dengan raya sedangkan ramadhan tak seberapa…
banyak tidur di siang hari, terawih tak cukup 30 hari…
ada yg sibuk berbelanja untuk raya, baju baru terawih tiada pula…
berlumba buat e-kad raya, pengharapan ramadhan tiada pula kena tag…
memang rugi, harap bertemu ramadhan kembali…




sumber dari: ananamri.com

3 waktu berharga di bulan ramadhan




http://img163.imageshack.us/img163/2576/692800249.jpg



1- Waktu selepas solat subuh.
Waktu zikir yang paling mulia.
Mafhum hadis
 ” Sesiapa solat subuh berjemaah dan berzikir sehingga terbit fajar
kemudian melakukan solat sunat 2 rakaat,
maka pahalanya seperti pahala haji dan umrah yang sempurna “.


2- Waktu hampir berbuka puasa.
Waktu paling mustajab untuk berdoa kepada Allah SWT. 


3-Waktu bersahur.
Waktu pengampunan untuk mereka yang berzikir dan
memohon keampunan daripada Allah SWT


sumber dari: peribadirasulullah.wordpress.com

panduan solat witir






Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan solat sunat Witir selepas solat sunat Tarawih sebanyak tiga rakaat sahaja. Sunat Witir ini ditunaikan secara berjemaah. Salam selepas dua rakaat yang pertama, diikuti satu rakaat lagi dan salam. Bilal memberitahu tentang solat sunat Witir yang akan dikerjakan selepas ini dengan menyebut:





 
Bagi sembahyang witir seperti ini tidak ada bacaan tasyahud (tahyat) awal. Mulai malam 16 Ramadan kita disunatkan membaca qunut. Lafaz qunut samalah seperti sembahyang subuh. Jika tidak membaca qunut, sunat dilakukan sujud sahwi.
-
Semoga perkongsian ini dapat membantu kita semua memperingati amalan sunat yang hanya datang dalam bulan Ramadhan. Sama-samalah kita merubut fadhilatnya. jika ada kekurangan atau kesilapan harap ditegur.

Wallahualam.



sumber dari: abgteror.com

benteng hati kita



Tilawah


Imam Ghazali menjelaskan, keimanan kita menaik dengan melakukan ketaatan kepada-Nya dan sebaliknya menurun dengan melakukan kemaksiatan kepada-Nya.

Maka, bulan Ramadan merupakan saat yang penting untuk membangunkan kembali benteng hati kita yang mungkin telah retak serta menganga lebar setelah sebelas bulan diserang bertubi-tubi oleh iblis berserta pasukannya, dan mungkin juga telah ada daripada sebahagian kita, justeru benteng hatinya telah hancur, roboh kerana tidak sanggup menahan godaan dan tipu daya iblis.

Pada saat inilah, iaitu pada Ramadan yang penuh barakah ini, kita mesti memperbaiki dan membangunkan kembali serpihan-serpihan benteng hati kita. Pada saat iblis berserta pasukannya dibelenggu, maka tiada saat terbaik kecuali pada Ramadan ini untuk membangunkan kembali serpihan-serpihan yang telah runtuh.

Perlu bagi kita untuk merangkai kembali amalan-amalan yang terbaik bagi menjadikan benteng hati kita lebih kukuh tatkala iblis berserta pasukannya telah bebas dari belenggunya dan kembali memekikkan semangat pertempurannya melawan hati kita.

Jika kita berhasil membangunkan kembali benteng hati kita pada saat Ramadan ini dan menjadikannya lebih kuat, kukuh dan teguh, maka pada bulan Syawal, kita pekikkan pula takbir, bersiap menghadapi babak baru pertempuran melawan iblis, tentunya dengan hati yang lebih bersifat kesatria serta gagah perkasa.

Namun, tanpa kita sedari, begitu banyak dosa itu datang dari:

1. Pandangan mata kita.
2. Ucapan lisan kita.
3. Pendengaran telinga kita.
4. Segenap panca indera kita.

Sungguh semua itu tidak terasa kita lakukan kerana memang begitu halus cara syaitan menggelincirkan kita dari jalan yang diredhai Allah Subhanahu wa Taala, sekalipun kita adalah orang yang sentiasa rajin beribadah. Jadi, apatah lagi mereka yang memang jauh dari ajaran agama ini.

Dari berbagai arah syaitan mencuba dengan memujuk rayu supaya kita menjadi manusia-manusia pembuat dosa,

a. Dari arah depan kita, ia datang menggoda,
b. Dari arah belakang kita, ia datang menggoda,
c. Dari arah kanan dan kiri kita, ia datang menggoda,
supaya kita jauh dari ketaatan. Ini merupakan janji syaitan atau iblis kepada Allah Subhanahu wa Taala yang diabadikan dalam al-Quran (maksudnya):

“Iblis menjawab: Disebabkan Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka daripada jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).”
(Al-A’raaf: 16-17)

Menyedari diri yang penuh dengan dosa, kedatangan bulan Ramadan kali ini sangat kita rindukan.

Bulan ini sangat mulia dan penuh dengan keberkatan. Allah Subhanahu wa Taala dalam bulan Ramadan ini menjanjikan untuk menghapuskan dosa-dosa dan mengabulkan segala doa yang kita panjatkan. Semoga Allah memberikan nikmat-Nya kepada kita sebuah anugerah terindah iaitu boleh terus menjalani bulan Ramadan tahun ini sehingga ke penghujungnya.

Walau bagaimanapun, sejak Ramadan yang lalu, ramai orang yang terdekat dengan kita, teman, sahabat, saudara bahkan mungkin juga ibu bapa kita telah mendahului kita mengadap Ilahi.

Perginya mereka tidak akan kembali lagi, selama-lamanya. Mereka tidak lagi dapat merasakan nikmat bulan Ramadan dan semua itu adalah takdir yang tidak boleh kita ingkari. Semoga mereka yang telah mendahului kita diampuni oleh Allah Subhanahu wa Taala akan dosa-dosanya. Amin...

Kita juga belum tahu, apakah Allah Subhanahu wa Taala mentakdirkan kita dapat meniti bulan Ramadan tahun ini hingga selesai atau kita ditakdirkan menyusul orang-orang yang terdekat dengan kita yang telah lebih dahulu mengadap.

Justeru, jangan kita bertangguh untuk bertaubat kepadanya, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Mulailah dari sekarang, dari saat ini untuk kita dekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Taala. Jangan sampai kita termasuk orang-orang yang zalim kerana kita enggan bertaubat.

Firman Allah Subhanahu wa Taala (maksudnya):

"...Dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(Al-Hujuraat : 11)

Hidupkan Ramadan dengan qiamullail, tilawah al-Quran dan ibadah-ibadah lainnya supaya andainya kita ditakdirkan oleh Allah Subhanahu wa Taala dapat mengharungi Ramadan tahun ini hingga ke akhirnya, kita dapat mengisi setiap harinya dengan sentiasa beribadah kepada-Nya. Sungguh jangan lalui hari-harinya dengan sia-sia.

Berusahalah ketika kita berada dalam bulan Ramadan ini untuk menjemput rahmat-Nya dengan:
1. Berlumba-lumba membuat kebajikan.
2. Mempersembahkan kepada Allah Subhanahu wa Taala ibadah-ibadah terbaik kita yang mana dengan itu semua Allah akan membanggakan kita kepada para malaikat-Nya.
Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:

“Telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan keberkatan. Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapuskan dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat kamu berlumba-lumba pada bulan ini dan membanggakan kamu kepada para malaikat-Nya. Maka tunjukkanlah kepada Allah perkara-perkara yang baik daripada kamu kerana orang yang sengsara (celaka) adalah orang yang tidak mendapat rahmat Allah pada bulan ini.”
(Riwayat At-Tabrani)

Hadirkan semangat Ramadan itu sepenuhnya. Jika memang Allah akan memanggil kita dalam bulan yang mulia ini, kita sudah berada dalam kedekatan kepada-Nya, berada dalam keadaan iman yang terbaik. Itu yang kita harapkan jika memang Allah Subhanahu wa Taala telah tentukan akhir waktu umur kita hidup di dunia ini.

Bagaimanapun, tetaplah berdoa memohon kepada Allah Subhanahu wa Taala agar kita dapat menghabisi bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan pada tahun ini.

Setiap orang pasti menginginkan kejayaan daripada apa yang dilakukannya pada bulan Ramadan.

Ada dua pilihan yang tersedia:

a. Mengusahakan secara terbaik bagi manfaat untuk diri sendiri
b. Mengusahakan secara terbaik bagi manfaat untuk orang lain.

Kecenderungan pertama nampak jelas pada orang yang berlumba atau memberi fokus dalam mengumpulkan makanan untuk berbuka puasa bagi dirinya tanpa rasa peduli terhadap keadaan orang lain.

Kecenderungan kedua pula nampak pada mereka yang lebih menunjukkan sifat peduli dan berkongsi rasa dengan sesama Muslim.

1. Mengambil peduli akan keperluan orang ramai sehingga mendorongnya untuk berkongsi ilmu dan pemikiran.
2. Mengambil peduli dengan kesedihan orang lain sehingga mendorongnya untuk berkongsi perasaan dalam hati.
3. Mengambil peduli dengan kemiskinan atau kesusahan orang lain sehingga mendorongnya untuk berkongsi harta benda.
Manusia yang paling baik adalah manusia yang paling banyak manfaatnya bagi manusia lain. Nampaknya asas manfaat ini boleh dijadikan kriteria untuk mengukur kejayaan seseorang dalam menjalani tarbiah Ramadan.

Barang siapa yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain tanpa melupakan manfaat bagi dirinya sendiri maka dialah yang paling berjaya menjalani tarbiah Ramadan.

a. Manfaat ilmu adalah dengan memberikan nasihat dan pengarahan.

b. Manfaat hati adalah dengan perhatian, cinta, kasih sayang dan doa bagi keluarga atau saudara-saudaranya.

c. Manfaat harta adalah dengan menginfakkan kepada mereka yang berhak dan memerlukan.

Boleh jadi, itulah rahsianya kenapa Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam begitu peduli dengan nasib kaum Muslimin pada bulan Ramadan.

Baginda begitu cepat dan ringan dalam menginfakkan harta melebihi cepat atau lajunya angin berhembus. Sikap seperti itu merupakan teladan yang memberi hikmah bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam menginginkan umatnya untuk lebih bernilai dan bermanfaat bagi saudaranya yang lain kerana ketulusan iman tercermin daripada manfaat yang diberikannya kepada orang lain.

Semoga Allah Subhanahu wa Taala membimbing kita untuk sentiasa mampu bermanfaat kepada orang lain terutamanya pada bulan Ramadan sebagaimana Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam memaksimumkan manfaat hidupnya untuk kepentingan umat.

Ya Allah, sampaikanlah kami ke penghujung Ramadan dan berilah kekuatan untuk kami benar-benar mampu menghidupkan semangat Ramadan di dalam hati kami sehingga kami dapat mengisi hari-harinya dengan amal-amal yang akan memberi manfaat bukan sahaja kepada diri kami bahkan kepada kaum Muslimin yang lain.


sumber dari: malaysiaharmoni.com

panduan solat terawih






Sempena sambutan Ramadhan Al-Mubarak yang semakin rancak setelah sehari kita berpuasa, marilah sama-sama kita hayati solat sunat terawih dan sama-sama membetulkan diri jika ada kesilapan dalam adab ketika solat dan doa-doa yang dibaca ketika solat sunat terawih. Semoga amalan kita diterima Allah S.W.T. Insyallah.
Hukum solat sunat Terawih ialah sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan samada secara berseorangan atau berjemaah. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.

Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih

Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih


(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala)

——————————————————————-

Bacaan Surah

Selepas membaca surah al-Fatihah tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini dibaca pula surah-surah yang tertentu. Dari malam 1 hingga 15 Ramadan, pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah al-Takatsur hingga surah al-Lahab.

Susunan surah-surah adalah seperti :



Dari malam 16 hingga akhir Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat kedua dibaca satu surah seperti bacaan rakaat yang pertama bagi malam- malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab.

——————————————————————-



 


sumber dari: abgteror.com

mengubati hati yang rosak




Solat Tarawih


Tidak terasa kepada kita bahawa waktu terus berlalu dan hari ini kita telah berada pada hari ketiga Ramadan. Seperti baru kelmarin Ramadan tahun lalu kita tinggalkan, kini bulan mulia yang penuh dengan keberkatan itu bertandang lagi. Alhamdulillah, pujian bagi Allah yang telah memanjangkan usia kita sehingga dapat menyambut Ramadan 1433 Hijrah ini.
Kalau kita mengimbau suasana pada bulan Ramadan tahun lalu, kita mungkin berasa begitu dekat dengan Allah Subhanahu Wataala.

Kita lalui hari-harinya untuk sentiasa beribadah kepada-Nya dengan solat berjemaah di masjid, solat Tarawih, qiamullail, tilawah al-Quran, sedekah dan macam-macam ibadah lainnya.

Lebih-lebih lagi pada sepuluh hari terakhirnya kita tidak ketinggalan untuk beriktikaf di masjid bagi lebih mendekatkan lagi diri kita yang hina ini ke pangkuan Ilahi, memanjatkan doa memohon ampun atas semua dosa yang pernah kita lakukan.

Selepas Ramadan itu pergi, memasuki bulan Syawal kita masih boleh menghadirkan semangat Ramadan pada diri kita. Masih boleh kita melaksanakan ibadah puasa sunnah Syawal. Masih boleh kita pertahankan untuk menghiasi malam-malamnya dengan qiamullail. Tilawah al-Quran masih boleh satu juz dalam sehari serta ibadah-ibadah yang lainnya. Subhanallah...

Namun secara perlahan, semangat Ramadan itu hilang dari diri kita. Semakin jauhnya kita dengan Allah Subhanahu Wataala boleh dikesan dengan berkurangnya kualiti ibadah kita, apatah lagi dosa-dosa pun banyak kita lakukan sehingga hati kita penuh dengan titik-titik hitam yang akhirnya menyebabkan hati itu berjelaga dan rosak. Astaghfirullah...

Menurut Ibnul Qayyim, hati yang rosak boleh diubati dengan:

Pertama: Memperbanyak zikir kepada Allah Subhanahu Wataala

Zikir akan sentiasa mengingatkan hati kepada Pencipta. Dekatnya kita dengan Pencipta akan menjadikan hati berasa diawasi oleh-Nya sehingga hati akan menjadi kukuh serta tidak akan goyah dipujuk rayu oleh hawa nafsu. Hati akan berasa gementar untuk memerintahkan anggota badannya berbuat maksiat.

Namun, apabila hati jauh dari zikir, justeru sebaliknya, hawa nafsu akan mudah mempermainkan hati manusia. Pada waktu itu, hati tidak dapat menjalankan fungsinya sebagai bendungan yang mengatur derasnya aliran nafsu kerana hati tidak lagi dirawat serta dipelihara dengan memperbanyak zikir.

Akhirnya, bendungan yang tidak lagi terpelihara, dibiarkan menua, apalagi jika terus digigit oleh lumut-lumut kemaksiatan, maka ia akan mudah sahaja dihancurkan oleh lajunya dorongan nafsu.

Kedua: Memohon ampunan kepada Allah Subhanahu Wataala

Doa ialah satu cara untuk kita memohon keampunan kepada Allah dan ia merupakan benteng yang menjadikan hati semakin kukuh kerana sifat hati tidaklah luput daripada kesalahan mahupun dosa.

Pada setiap saat, iblis berserta pasukannya sentiasa mengintai dan mencari titik kelemahan hati manusia. Iblis berserta pasukannya sentiasa bersiap sedia dengan tombak dan panahnya bagi menghancurkan benteng pertahanan hati manusia. Bahkan, tidak jarang pula tombak atau panah-panah iblis tersebut berhasil menembusinya.

Jika pertahanannya telah ditembusi, maka hati akan terluka dan ia perlu melakukan perbaikan kembali agar ia dapat meneruskan pertempuran kembali melawan iblis berserta pasukannya.

Berdoa memohon keampunan-Nya adalah ubat penawar luka tersebut. Jika ubat tersebut tidak segera digunakan, maka iblis berserta pasukannya akan semakin mudah menembak pertahanan hati yang mana akhirnya hati akan mudah ditakluk serta dikuasai oleh iblis berserta pasukannya.

Iblis berserta pasukannya akhirnya akan tertawa terbahak-bahak, angkuh kerana berhasil menakluk hati. Jika iblis berserta pasukannya berhasil menguasai hati, maka mereka akan menjadikan hati sebagai hambanya.

Mereka akan semena-mena memerintahkan hati untuk berbuat sesuai dengan kehendak mereka. Tentulah yang pertama sekali mereka akan memerintahkan hati untuk derhaka kepada Allah. Kemudian, iblis jadikan hati yang kalah tersebut sebagai pengikutnya, untuk bersama-sama dengan pasukannya yang lain, menghancurkan hati-hati yang masih bersih.

Membangunkan hati yang kukuh memanglah memerlukan perjuangan. Ia tidak boleh dibangunkan hanya dalam sekelip mata. Benteng hati yang kukuh perlu dibangunkan secara bertahap, namun berterusan.

Sebagaimana benteng bangunan yang kukuh dalam pengertian sebenar, ia perlu dibangunkan dari konsep struktur bangunan dan bahan-bahan material yang terbaik.

Demikian juga halnya dengan hati yang kukuh, ia perlu dibangunkan dari konsep ikhlas disertai dengan rangkaian-rangkaian amalan yang baik sesuai dengan anjuran al-Quran dan as-Sunnah. Ia tidak hanya dibangunkan lalu diabaikan, namun ia mesti terus dipelihara keberadaannya kerana hati bukanlah nilai yang sekata tetapi bersifat turun naik, mengalami pasang dan surutnya.


sumber dari: malaysiaharmoni.com

menu makanan saat berpuasa



http://www.lina.web.id/wp-content/uploads/2011/04/makanan-sehat.jpg


Masalah kesehatan pada manusia biasanya timbul karena faktor makanan yang tidak tepat, kurang tidur, dan pikiran. Faktor makanan yang tidak tepat dan cenderung berlebihan justru yang paling sering ditemui. Apalagi di bulan puasa ini, saat waktu makan hanya dua kali saat sahur dan berbuka pemilihan makanan harus lebih cermat agar tubuh tetap ternutrisi.

Nutrisi yang diperlukan oleh tubuh sangat beragam. Karena tidak ada satu jenis makanan saja yang bisa memenuhi semua kebutuhan nutrisi itu. Perlu lebih cermat memilih jenis makanan khususnya di bulan puasa ini. Meskipun makan sahur disunahkan, tapi sebaiknya jangan sampai dilewatkan. Makan sahur memberikan energi untuk Anda selama sehari penuh.

Makan sahur juga menjaga metabolisme tubuh tetap dalam kondisi normal. Selama puasa, makanlah makanan yang termasuk ‘karbohidrat kompleks’ seperti oatmeal, semolina, lentil, kacang-kacangan, biji-bijian. Hal ini untuk menjaga lambung tetap dalam kondisi kenyang karena makanan dicerna lebih lambat.

Selain makanan ‘karbohidrat kompleks’, makanan dengan berserat tinggi juga baik untuk dikonsumsi. Agar Anda terhindar dari konstipasi atau sembelit selama bulan puasa. Sayuran hijau serta buah-buahan adalah pilihan yang paling tepat. Tidak hanya serat, tapi vitamin dan mineral juga tercukupi.

Selama berpuasa, baik sahur dan berbuka hindari makanan yang mengandung lemak dan rasa pedas. Selain bisa meningkatkan kolesterol darah, makanan lemak dan pedas bisa mengganggu pencernaan. Minumlah air putih yang banyak, antara waktu berbuka sampai menjelang tidur serta selama sahur. Selingi dengan minum jus buah tentunya tanpa menggunakan gula agar manfaatnya bisa Anda rasakan.

Teh dan kopi yang bersifat diuretic (menyebabkan buang air kecil terus menerus) sebaiknya dihindari selama puasa agar tidak dehidrasi. Buah yang bisa Anda nikmati selama puasa adalah pisang karena tinggi potassium, magnesium, dan karbohidrat.

Untuk berbuka, cobalah konsumsi kurma sebanyak 3 butir. Kurma merupakan sumber gula, serat, kalium karbohidrat, dan magnesium dan telah direkomendasikan sejak zaman Nabi Muhammad SAW sebagai cara yang baik untuk berbuka puasa, karena Kurma mengembalikan energi yang hilang selama berpuasa.

Kalau sudah tahu jenis-jenis makanan yang sebaiknya dimakan saat puasa, maka rasa lapar lelah yang mendera saat berpuasa bisa terhindarkan.

  • Aneka sayuran hijau dan berwarna
    Ada tiga sayuran yang mudah ditemukan dan khasiatnya luar biasa, yaitu bayam, wortel dan brokoli. Tiga sayuran tersebut mengandung antioksidan tinggi serta vitamin B yang baik untuk kesehatan. Dapat diolah menjadi berbagai menu, mulai tumisan, jus, hingga salad.
  • Daging merah dan ikan-ikanan
    Konsumsi juga daging merah dan ikan agar kebutuhan protein Anda tercukupi. Khususnya untuk daging, pilih bagian yang tidak terlalu banyak lemak, sehingga Anda masih dapat mengontrol jumlah kalori yang masuk di dalam tubuh.
  • Susu dan produk susu lainnya
    Susu adalah sumber kalsium yang baik. Susu juga punya manfaat lain yaitu bisa menurunkan risiko tekanan darah tinggi karena kalsium bisa mencegah penggumpalan darah, memperlancar penyampaian impuls syaraf dan menstabilkan detak jantung.
  • Whole Wheat Products
    Produk-produk whole wheat biasanya dapat dinikmati dalam bentuk roti atau sereal. Produk makanan ini kaya akan selenium yang membantu memperbaiki sel-sel kulit dan meregenerasinya.
  • Buah-buahan segar
    Buah-buahan menyediakan aneka nutrisi yang melimpah, mulai dari vitamin hingga mineral yang tentu dibutuhkan tubuh sepanjang hari. Terutama yang kaya akan vitamin C seperti jambu, jeruk, apel, nanas, semangka, melon yang memberikan suntikan sehingga membantu metabolisme tubuh.
TIPS:
Agar lambung tidak kaget, baiknya tidak langsung mengonsumsi makanan atau minuman yang dingin. Awali dengan yang manis dan hangat terlebih dahulu. Selamat menunaikan ibadah puasa.


sumber dari: ahsanul-marom.blogspot.com

ngabuburit vs ma-i-rik-saha






Kerap kali inyiak-inyiak dan nenek-nenek di kampung bertanya “Bilo ang basaha..?”[1] atau ketika kami tanya “Lai talok di inyiak puaso kini ko..?”

“Puaso lai indak, saha lai talok..” jawab mereka dengan gurauan khasnya.
Saha merupakan sebutan lain untuk puasa dalam Bahasa Minangkabau. Namun pada masa sekarang, bersama beberapa kosakata lama lainnya, kata saha mulai dilupakan orang. Kecuali oleh para generasi tua.

Pada masa sekarang anak-anak muda Minangkabau telah mengenal dan mulai pula menggunakan kata “ngabuburit”. Merupakan bahasa gaul khas anak-anak Jakarta yang cepat menyebar ke daerah melalui media televisi dan cetak. Makna kata dari ngabuburit ialah mengisi waktu luang menjelang berbuka puasa.

Pada masa sekarang kata-kata ngabuburit semakin sering dipakai oleh anak-anak muda Minangkabau, menggantikan kata-kata ma i-rik saha. Ya..tuan, ma i irik saha merupakan kata-kata asli orang Minangkabau untuk menyebut kegiatan yang dilakukan dalam menanti waktu berbuka tiba.
Ma i-rik saha terdiri dari dua kata yakni ma i-rik yang berarti menarik dan saha yang berarti puasa.

Jadi kalau diterjemahkan ma i-rik saha ialah menarik puasa. Sungguh lucu dan aneh memang terjemahannya, mungkin maksudnya secara harfiah ialah menarik puasa sampai ke waktu berbuka. Sebab bagi sebagian orang, berpuasa merupakan beban, maklumlah tuan tidak semua orang Islam itu beriman. Bukankah Allah sudah memperingatkan dalam Kitabnya bahwa sebagian besar orang berpuasa yang di dapatnya ialah haus dan lapar. Bagi orang-orang semacam ini, ngabuburit atau ma i-rik saha merupakan cara yang handal untuk melupakan lamanya waktu berbuka.

Ketika kami masih kana-kanak, orang-orang ma i-rik saha dengan berjalan-jalan keliling kampung. Sering aku berfikir “bagaimana pula mereka ini, bukankah badan letih dan lapar, pergi pula berjalan-jalan keliling kampung. Bukankah tambah lapar kita dibuatnya..?”

Atau ada pula yang memain sepak takrau, bersepeda, atau sekedar duduk-duduk sambil maota-ota di tengah simpang. Kegiatan yang terakhir merupakan kegiatan yang dapat merusak puasa. Kalau orang zaman sekarang lebih banyak berjalan-jalan sambil berleha-leha dengan mengendarai motor. Bagi yang lelaki biasanya mereka akan mandi dulu yang bersih, kemudian memakai pakaian mereka yang paling keren dan gaul, selepas itu mereka akan mengendarai motor kesayangan mereka dengan congkak. Tanpa menggunakan helem, biasanya bersama kawan-kawan seusia mereka akan berjalan-jalan keliling kampung dengan motor mereka yang telah dimodifikasi. Tebar pesona..

Lain padang lain belalang, lain lubuk lain pulang ikannya. Di daerah lain tentu serupa tapi tak sama dengan di kampung kami. Tapi kami yakin, pasti acara menjelang berbuka ini didominasi oleh anak muda. Tebar pesona, sudah menjadi pemandangan biasa. Yang perempuan bersolek, berbedak yang tebal. Sedangkan bagi lelaki akan lebih lama di muka cermin, mengubah-ubah gaya rambut mereka. Selepas itu mereka akan pergi ke luar rumah, biasanya berkelompok bersama kawan-kawan mereka. Apa tujuan mereka? Apakah hendak menanti waktu berbuka? Bukan tuan, melainkan mencari pasangan.. atau menghabiskan waktu dengan pasangan menjelang berbuka. Sungguh pekak mereka, disaat-saat terakhir puasa mereka malah merusak bahkan mungkin saja membatalkan puasa.

Demikianlah tuan, bagaimana dengan tuan dan engku..?



sumber dari: soeloehmelajoe.wordpress.com

solat terawikh di sudut kesihatan







Umat muslim melakukan salat 5 waktu dalam sehari. Namun ketika bulan Ramadhan, ada tambahan salat Tarawih yang dilakukan seusai salat Isya' di malam hari. Gerakan salat diketahui dapat meningkatkan fleksibiltas dan kebugaran otot tubuh, demikian pula dengan salat Tarawih yang durasinya relatif lebih panjang.

"Tingkat metabolisme otot meningkat ketika melakukan salat sehingga menyebabkan kekurangan oksigen dan nutrisi otot. Kekurangan ini akan menyebabkan vasodilatasi, peningkatan kaliber pembuluh darah, sehingga memungkinkan darah mengalir dengan mudah kembali ke jantung. Peningkatan beban jantung akan memperkuat dan memperbaiki sirkulasi otot jantung," kata Dr Ibrahim B. Syed, Ph.D, profesor kedokteran klinis dari University of Louisville School of Medicine seperti dilansir Islam for Today, Senin (23/7/2012).

Menurut dr Ibrahim, glukosa darah dan plasma insulin mulai meningkat dalam waktu 1 jam atau lebih setelah berbuka puasa. Glukosa dan gula darah mencapai tingkat tinggi dalam waktu 1 atau 2 jam kemudian. Saat masuk salat tarawih, glukosa yang beredar akan dimetabolisme menjadi karbon dioksida dan air agar tetap stabil.

Tak hanya itu, doa-doa yang dilantunkan selama Tarawih membantu pengeluaran kalori ekstra dan meningkatkan fleksibilitas, koordinasi, mengurangi stres, kecemasan dan depresi.

Lebih lanjut lagi, dr Ibrahim menjelaskan berbagai manfaat salat Tarawih bagi kesehatan, yaitu:

1. Meningkatkan kebugaran fisik

Ketika melakukan sedikit upaya tambahan dalam melakukan salat Tarawih, terjadi peningkatan daya tahan, stamina, fleksibilitas dan kekuatan tubuh. Salat menghasilkan perubahan fisiologis yang sama seperti ketika jogging atau berjalan, namun tanpa efek samping.

Sebuah penelitian yang dilakukan terhadap 17.000 orang alumni Harvard memberikan bukti kuat bahwa latihan aerobik setara dengan joging sekitar 3 mil sehari, meningkatkan kesehatan dan dapat memperpanjang usia. Pria yang mengeluarkan energi sekitar 2000 kkal setiap minggu memiliki angka kematian seperempat sampai sepertiga kali lebih rendah dibandingkan yang sedikit atau tidak berolahraga.

2. Meningkatkan daya tahan lansia

Seiring pertambahan usia, aktivitas yang dilakukan seseorang berkurang karena tulangnya menjadi makin tipis. Jika tidak dirawat, maka risiko osteoporosis sudah menanti. Gangguan ini paling banyak dialami wanita ketika memasuki menopause akibat penurunan estrogen.

Saat melakukan gerakan berulang dan teratur selama salat, maka kekuatan otot, tendon, fleksibilitas sendi dan respon kardiovaskular meningkat. Oleh karena itu salat Tarawih memungkinkan para lansia tetap siap ketika menghadapi kesulitan tak terduga yang dapat melukai tubuhnya. Tarawih akan meningkatkan daya tahan dan kepercayaan diri untuk menjadi mandiri.

3. Membantu mengontrol berat badan

Salat dapat mengontrol berat badan dan mengeluarkan kalori tanpa meningkatkan nafsu makan. Kombinasi dari pembatasan asupan makanan saat sahur dan buka puasa disertai Tarawih akan membantu mengurangi berat badan. Berat badan akan tetap terkontrol jika tidak makan terlalu banyak pada sahur dan buka puasa serta rajin melakukan Tarawih.

4. Meningkatkan suasana hati

Olahraga diketahui dapat meningkatkan suasana hati dan kualitas hidup sekaligus mengurangi kecemasan dan depresi. Peneliti dari Universitas Harvard, Dr Herbert Benson, menemukan bahwa melafalkan do'a dan ayat kitab suci ditambah aktifitas ringan akan memicu relaksasi yang dapat menurunkan tekanan darah, tingkat pernapasan dan denyut jantung.

Oleh karena itu, Tarawih membuat pikiran berada dalam keadaan rileks. Keadaan tenang pikiran ini juga mungkin dipicu pelepasan hormon encephalins dan endorfin ke dalam sirkulasi darah.


sumber dari: health.detik.com

mengapa solat terawikh ditinggalkan......

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3Pg58m9y6vL831KlR0viqVOLEdV6H7L3YUFOUHNajh3wGt67lwSaVciTPmpdkAerl2etvtmO13v5C2OKL1p_hPaEOXXWRuYOmm-451JfdLU7q24fJRs58yQoJusqIR6S-qYSQXW6QkR8E/s1600/AYO-TARAWIH-748312.jpg


Itulah yang menjadi pertanyaan saya setiap saat selesai atau pulang sholat Tarawih berjamaah di masjid dekat rumah. Pada malam pertama sholat Tarawih, jamaah Tarawih pasti banyak, bahkan shaf sholat di masjid hampir bahkan bisa penuh. Berbeda dengan malam-malam kemudian atau bahkan malam-malam mendekati hari kemenangan. Mengapa???

Di post sebelumnya, saya telah men-share sedikit mengenai keutamaan sholat Terawih.
Namun, kenapa sholat tarawih kian ditinggalkan? ya, memang sholat tarawih itu sunnah,
namun tidak ada salahnya kan jika dikejakan. Bahkan sangat bagus.
Bisa sekalian senam dan dapat pahala lagi. hehe...

Tadi malam saja atau malam ke 4 shalat tarawih, jamaah sudah terasa sepi karena
hanya ada beberapa shaf. Astagfirullah....
Ayo shalat Tarawih dan dapatkan keutamaan di dalam sholat itu..




sumber dari: ahsanul-marom.blogspot.com

ibadah yang dirindukan






Tarawih, suatu ibadah yang hanya ada pada bulan Ramadhan. Suatu ibadah yang sangat nikmat sekali apabila kita bersungguh-sungguh dalam menunaikannya. Suatu ibadah yang akan selalu kita rindukan untuk melaksanakannya. Suatu ibadah yang tidak dapat kita tunaikan pada bulan-bulan yang lain, walaupun kita melaksanakan puasa sunat.

Di surau di kampung kami shalat tarawih dilaksanakan selepas ceramah Ramadhan. Yakni selepas Isya ustadz mulai berceramah dan kemudian dilanjutkan dengan menunaikan ibadah shalat Tarawih dan Witir. Bermacam jumlah raka’at ditunaikan oleh orang. Ada yang hanya empat, delapan, dan delapan belas. Kebanyakan di surau-surau kami dapati jumlah raka’at shalat Tarawih ialah delapan ditambah witir tiga raka’at menjadi sebelas.

Ada yang melaksanakannya dua-dua raka’at dan ada yang empat-empat raka’at. Pada dasarnya sama, tidak ada perdebatan dalam hal ini. Yang penting ialah kita menikmati pelaksanaan ibadahnya. Ada yang lebih menyukai dua-dua raka’at, menurut mereka lebih santai, pendapat ini terutama sekali diamini oleh orang tua-tua. Ada juga yang lebih menyukai empat-empat raka’at, dengan alasan lebih cepat terasanya dan tidak terasa penatnya dalam melaksanakan. Sebab bagi mereka yang berpendapat demikian, melaksanakan dengan dua-dua raka’at terasa lama dan penat.

Pernah kami dengar pada salah satu surau di kampung, shalat Tarawih dilaksanakan selepas shalat Isya dan baru selepas itu ceramah Ramadhan. Kami yang belum pernah menunaikan dengan cara demikian jadi penasaran. Pernah ditanya kepada orang tua-tua di kampung “kenapa ceramahnya tidak kita tunaikan selepas Tarawih saja engku?”

Dijawab oleh engku tersebut “Penat orang-orang, sebab mereka baru saja berbuka. Akan terasa berat oleh mereka nantinya..”

Bagi kami, begitu tiba saatnya untuk menunaikan shalat Tarawih maka penat dan malas segera menyerang. Terkadang hanya karena segan dan malu saja yang membuat kita enggan untuk beranjak pulang. Maklumlah sudah dewasa, sebab yang malas menunaikan ibadah malam pada bulan Ramadhan hanya anak kecil.

Di kampung kami serta di beberapa surau yang pernah kami datangi. Begitu hendak menunaikan shalat Tarawih maka akan dikumandangkanlah semacam seruan yang berbunyi “Ashala tu tarawih jama’ahi hakumullah..” begitulah kira-kira bunyinya. Kami tak tahu pasti apakah memang begitu tulisannya.

Kemudian akan dijawab oleh jama’ah bersama-sama “La illahaillah muhammadarrasulullah, lahulmulku walahul hamdu yuahyi wayumitu wahua ‘ala kulli syaiin qadir..” selepas itu imam baru takbir.

Selepas empat raka’at kemudian dikumandangkan lagi sebuah seruan. Sayangnya kami tak begitu ingat apakah sama atau tidak. Selepas shalat tarawih imampun berdo’a, baru setelah itu shalat Witir. Dan ketika hendak menunaikan shalt Witir kembali diserukan panggilan serupa dengan panggilan ketika hendak menunaikan shalat tarawih. Hanya saja kata “tarawih” ditukar dengan “witir”.
Namun di surau tempat kami menunaikan Tarawih saat ini tidak demikian. Imam langsung berdiri atau memberi isyarat dengan menyuruh makmum merapat dan meluruskan shaf. Tidak ada seruan dan tidak ada do’a. Mungkin hal ini biasa dan tidak termasuk kepada rukun, namun kami merasa kehilangan, kehilangan akan sesuatu yang selama ini menghiasi malam bulan Ramadhan kami.

Satu hal lagi yang sangat kami sayangkan dalam hal ini ialah begitu shalat Tarawih selesai maka sebagian besar jama’ah langsung meninggalkan surau. Hanya sebagian kecil yang terdiri dari orang tua-tua yang tetap tinggal. Meraka rupanya tidak ikut dalam mendengarkan ceramah Ramadhan, sungguh sesuatu yang sangat disayangkan.

Namun ada pula keunikan pada surau ini, yakni ketika ustadz berceramah maka pengurus akan membagikan minuman mineral gelas. Baru kali ini kami dapati hal yang demikian, biasanya tidak ada. Kamipun maklum, kalau seandainya seluruh jama’ah tadi tidak pulang tentunya jumlah air mineral gelas yang dibagikan akan tidak mencukupi. Sebab untuk kami para jama’ah yang tinggal saja, satu dus air mineral gelas sudah kurang.

Begitulah pengalaman kami dalam melaksanakan Tarawih pada Ramadhan kali ini tahun 2012..



sumber dari: soeloehmelajoe.wordpress.com

keutamaan solat terawikh






Malam ke 01 :
Siapa yang shalat Tarawih pada malam pertama
dihapus dosa seorang Mu’min seperti ketika ia di lahirkan.

Malam ke 02 :
Shalat Tarawih pada malam kedua
di ampuni dosa dirinya dan kedua orang tuanya, jika keduanya Mu’min.

Malam ke 03 :
Malaikat berseru dari ‘Arsy ”
Telah diangkat amal dan dosanya yang telah lalu dan di ampuni oleh Allah SWT.

Malam ke 04 :
Baginya mendapat pahala,
seperti pahala membaca Kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al Qur-an.

Malam ke 05 :
Allah SWT memberinya pahala seperti
pahala Sholat di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsho.

Malam ke 06 :
Allah SWT memberinya pahala Thawaf di Baitul Makmur dan
di mintakan ampun baginya oleh setiap batu.

Malam ke 07 :
Seumpama pahala yang di peroleh nabi Musa A.S dan
penolong dari kejahatan Fir’aun dan Hamman.

Malam ke 08 :
Allah SWT memberikannya pahala
seperti pahala apa yang diberikan kepada Nabi Ibrahim AS.

Malam ke 09 :
Seumpama pahala Ibadah nabi Muhammad SAW.

Malam ke 10 :
Allah SWT memberinya Rizki dan kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam ke 11 :
Apabila Ia meninggal dunia, seperti dilahirkan dari Ibunya.

Malam ke 12 :
Ia datang pada hari kiamat kelak dengan wajah berseri-seri seperti bulan purnama.

Malam ke 13 :
Ia datang pada hari kiamat, selamat dari kejahatan (kejelekan).

Malam ke 14 :
Malaikat pada menyaksikan bahwa sesungguhnya orang tersebut telah Sholat Tarawih
maka pada hari kiamat kelak Allah SWT tidak akan menghisabnya.

Malam ke 15 :
Para malaikat bersholawat kepadanya dan menjaga di ‘Arsy dan kursi.

Malam ke 16 :
Allah SWT mencatat baginya akan di bebaskan dari api neraka dan masuk surga.

Malam ke 17 :
Diberikannya pahala seperti pahala para nabi.

Malam ke 18 :
Satu Malaikat berseru :
” Hai Hamba Allah bahwasanya Allah SWT telah meridhoi kamu dan ke dua orang tuamu.

Malam ke 19 :
Allah SWT akan mengangkat ke surga firdaus.

Malam ke 20 :
Allah SWT memberikan pahala para Syuhada dan orang-orang Sholeh.

Malam ke 21 :
Allah SWT membuatkan baginya sebuah istana di surga dari cahaya.

Malam ke 22 :
Pada hari kiamat nanti, selamat dari kesulitan dan kesusahan.

Malam ke 23 :
Allah SWT membangunkan baginya sebuah kota di surga.

Malam ke 24 :
Dua puluh empat (24) permintaanya di kabulkan oleh Allah SWT.

Malam ke 25 :
Allah SWT mengangkatnya dari siksaan kubur.

Malam ke 26 :
Allah SWT mengangkatnya baginya pahala empat puluh tahun (40 thn).

Malam ke 27 :
Ia akan melewti jembatan Shirotul Mustaqim
pada hari kiamat kelak seperti kilat menyambar.

Malam ke 28 :
Allah SWT mengangkat baginya seribu (1000) derajat di surga.

Malam ke 29 :
Allah SWT memberikan pahala seribu (1000) haji yang makbul.

Malam ke 30 :
Allah SWT berfirman :
Hai Hambaku, makanlah buah-buahan di dalam surga dan
mandilah engkau dengan air Salsabil dan
minumlah dari telaga kautsar,
Aku tuhanmu dan engkau hamba-Ku.



sumber dari: ahsanul-marom.blogspot.com

Friday 27 July 2012

tarawih 1.0






Dalam Surah Dalam Tarawih

Aku melayang
hilang dalam terang
dalam surah dalam tarawih

Aku merenang
tasik tenang
dalam surah dalam tarawih

Dalam surah dalam tarawih
aku jatuh dalam kalimah
pasrah mencari Redha
khusyu’ menekuni Dia…



sumber dari: cintazeni.wordpress.com

sedingin ramadhan






Dalam kucup dakap pada wajah Ramadan
aku terasa...
Sedingin bunga-bunga yang berserakan di tikar jagatraya
tatkala hati kudus rebah di sejadah terawih.


Dalam kucup cinta pada wajah Ramadan
aku terasa...
Sedingin embun kausar yang membelit jiwa
tatkala watas sujud rapat dicelah-celah wajah-Nya

Dalam kucup sayang pada wajah Ramadan
aku terasa...
Sedingin tasbih putih yang memintal zikir
tatkala diraut jari-jemari pohon-pohon kalbu


Dalam kucup rindu pada wajah Ramadan
aku terasa...
Sedingin rakaat witir yang berdiri pada Nur
tatkala gumpalan hati menangis rindu pada Dia


Dalam kucup dendam pada wajah Ramadan
aku terasa...
Sedingin warna-warna hati yang dicelup cahaya
tatkala munajat dan kalimah suci berlagu kasih


Dalam kucup kasih pada wajah Ramadan
aku terasa...
Sedingin solat yang dibaja zarah-zarah iman
tatkala laungan Azan dimimbar langit


Dalam kucup peluk pada wajah Ramadan
aku terasa...
Sedingin doa mustajab yang singgah berlabuh
tatkala keampunan dipohon berakar di dinding hati


Dalam kucup setia pada wajah Ramadan
aku terasa...
Sedingin sujud-sujud mukmin yang dimandikan syafaat
tatkala pintu-pintu langit terbentang indah.


Dalam kucup bahagia pada wajah Ramadan
aku terasa...
Sedingin airmata kasih mengaku cinta akan Dia
tatkala Lailatul-Qadar menampakkan diri.


Dalam kucup Sirr pada wajah Ramadan
aku terasa...
Sedingin ramadan yang mulia semulia bulan
tatkala rindu pada-Nya kekal abadi



sumber dari: firusfansuri.blogspot.com