Pages

Tuesday 27 September 2011

hanya kepada Allah


Ketika sebuah kejadian tidak diingini menimpa seseorang, menyakitkan hati, membuat kepala berdenyut-denyut dan menjadikan seseorang itu merasa diberi ujian yang sangat berat dan tidak sanggup mengatasinya sendiri, lalu benarkah tindakannya jika ia mengeluhkan masalahnya kepada orang lain?

Rasulullah S.A.W pernah mengalami sebuah kondisi yang jauh dari yang beliau inginkan. Para kaum musyrikin mengabaikan seruannya. Dalam kondisi tertekan tersebut Rasulullah S.A.W mengeluh hanya kepada Allah Taala. seperti yang terkandung dalam Surah Al Furqon ayat 30,

"Dan berkatalah Rasul (Muhammad), 'Ya Tuhanku! Kaumku ini sesungguhnya telah meninggalkan jauh Al Quran'. Begitu pula dengan Nabi Yaaqub dan Nabi Ayub, di mana Nabi Yaaqub berkata; Sesungguhnya aku mengeluh keadaanku dan kesedihanku hanya kepada Allah". (Surah Yusuf:86).

Manakala Nabi Ayyub A.S yang disebutkan oleh Allah di dalam firman-Nya, ketika Nabi Ayyub berkata,

"Sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau (Allah) adalah Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". (Surah Al Anbiya’:83).

Sebaiknya, mengeluhlah hanya kepada Allah kerana sesungguhnya semua kejadian sudah menjadi sebuah ketentuanNya dan hanya Dialah sebaik-baik pemberi solusi. Tetapi dalam kondisi-kondisi di mana seseorang mengeluh tentang masalahnya kepada orang yang diyakini amanah untuk mendapatkan penyelesaian, maka dalam hal ini sebahagian ulama memperbolehkan. Sebagaimana kata Ibnu Qayyim , dalam ‘Uddatu Ash Shabirin,

"Menceritakan kepada orang lain tentang perihal keadaan, dengan maksud meminta bantuan petunjuknya atau pertolongan agar kesulitannya hilang, maka itu tidak merosak sikap sabar; Seperti orang sakit yang memberitahu kepada doktor tentang keluhannya, orang teraniaya yang bercerita kepada orang yang diharapkan dapat membelanya, dan orang yang ditimpa musibah yang menceritakan musibahnya kepada orang yang diharapkannya dapat membantunya".

tukar keluhan ke syukur

Makhluk yang namanya manusia pasti pernah mengeluh. Sedar atau tidak, mengeluh itu sendiri adalah sifat asli manusia. Hanya sahaja, frekuensi dan kualiti keluhannya yang membezakan antara satu personaliti dengan personaliti lainnya. Biasanya perbezaan ini berkait dengan taraf kefahaman dan cara pandang seseorang tentang sesuatu masalah yang sedang dihadapinya. Sabar, ikhlas dan seberapa besar keinginan untuk mengubah sebuah keadaan menjadi lebih baik, biasanya akan meminima-kan isyarat-isyarat keluhan. Sebaliknya, sikap pesimis dan buruk sangka terhadap kejadian yang sedang menimpa secara automatik akan menimbulkan keluhan-keluhan yang kemudiannya beralih menjadi penyesalan.

Secara sejatinya mengeluh adalah rasa tidak puas, tidak ikhlas menerima sebuah ketentuan yang terjadi, baik dari segi fizikal mahupun spritual. Ketika kita sakit kita berkeluh kesah, atau menyalahkan orang lain. Atau ketika ditimpa musibah kita mempersoalkan rahmat Allah, manakala kepada majikan jika gaji kecil kita mempersoalkan reputasi syarikatnya. Jika anak-anak nakal dan bermasalah ada juga yang menyalahkan isteri sebagai tidak pandai mendidik dan sebagainya. Kita juga kecewa dan kesal apabila h/p tidak terjawab atau berbalas.
Itulah sebahagian contoh kecil yang merupakan sebuah manifestasi dari perasaan tidak puas yang akhirnya membuahkan keluhan. Fenomena di negara yang kita cintai ini juga melalui denai ketidak-puasan hati di mana-mana akibat penyalahgunaan kekuasaan, korupsi-kolusi dan nepotisme dan banyak lagi kriminal politik yang semuanya menunjukkan pada satu hal : ketidakpuasan! Sebuah potret masyarakat yang diwarnai dengan berbagai keluhan.
Allah Taala menyukai hambaNya yang sentiasa bersyukur dengan segala ketentuan dan bersabar ketika ditimpa sesuatu yang tidak sesuai dengan keinginan. Masalahnya apabila seseorang itu hanyut dalam keluhan, panca-inderanya pun tidak mampu memainkan fungsinya untuk melihat, mendengar, mencium dan merasakan nikmat yang bertebaran diberikan oleh Allah Taala. Hatinya serta merta buta dari mengingat dan bersyukur atas nikmat Allah yang tiada batas.
Pada zaman Umar Al Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi BaituLlah yang maksudnya,

"Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit".
Doa beliau didengar oleh Saidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. Saidina Umar hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pemuda tersebut dan bertanya,

"Mengapa engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tidak ada permohonan lain yang engkau mohonkan kepada Allah?".
Pemuda itu menjawab,

"Wahai Ya Amiral Mukminin! Aku membaca doa itu kerana aku takut dengan penjelasan Allah dalam surah Al A’raf ayat 10, Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami hasilkan bagi kamu di muka bumi (sumber) penghidupan. Tetapi amat SEDIKIT kamu yang bersyukur. Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit itu, lantaran terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah".
Semoga kita menjadi hamba-hamba yang dikategorikan sedikit oleh Allah dalam ayat tersebut. Dengan selalu menjaga ikhlas dan sabar terhadap segala kejadian atau ketentuan yang diberikan oleh Allah. Dan berprasangka positif bahawa apa yang telah terjadi adalah yang terbaik menurut Allah, sehingga hanya rasa syukur sahaja yang terlintas dibenak, terucap dibibir dan terlihat dari tindakan kerana sesungguhnya jika kita bersyukur maka Allah akan menambah nikmat-Nya dan jika kita ingkar, sesunggunya azab Allah sangat pedih (Rujuk Surah Ibrahim ayat 7).

Sunday 18 September 2011

rukun haji

  1. Ihram, berniat bulat mengerjakan ibadah haji. Ibadah ini dimulai sesampai miqat (batas-batas yang telah ditetapkan).
  2. Wukuf di Arafah, ialah berhenti di padang Arafah sejak tergelincirnya matahari tanggal 9 Zulhijah sampai terbit fajar tanggal 10 Dzulhijah.
  3. Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi ka'bah sebanyak 7 kali, syaratnya : Suci, menutup aurat, Ka'bah berada disebelah kiri orang yang mengelilingi, memulai tawaf dari arah Hajar Aswat.
  4. Sa'i, ialah lari-lari kecil atau jalan cepat antara bukit Shafa dan Marwah.
  5. Mencukur/menggunting rambut. Sedikitnya memotong tiga helai rambut.
  6. Tertib, ialah menjalankan rukun haji secara berurutan.
Laman ini diubah buat kali terakhir pada 08:25, 4 Ogos 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • jenis haji

    Ibadat Haji terbahagi kepada beberapa jenis seperti yang dipersetujui oleh ulamak, iaitu:-
    1. Haji Tamattuk
    2. Haji Qiran
    3. Haji Ifrad
    4. Umrah
    Haji Tamattuk adalah mendahulukan umrah dari ibadah haji. Yaitu memakai ihram dari miqat dengan niat umrah pada musim haji, setelah tahallul, memakai ihram lagi dengan niat haji pada hari Tarawiah (8 Zulhijah). Bagi yang melaksanakan haji Tamattuk diwajibkan membayar dam.

    Haji Qiran adalah haji dan umrah dilakukan secara bersamaan. Yaitu memakai ihram dengan niat umrah dan haji sekaligus, sampai selesai melontar jamrah Aqabah dan diikuti dengan bercukur atau memotong rambut tanpa tahallul setelah selesai umrah. Bagi yang melaksanakan haji Qiran diwajibkan membayar dam.

    Haji Ifrad adalah melakukan ibadah haji kemudian umrah. Yaitu memakai ihram dari mikat dengan niat haji saja, kemudian tetap dalam keadaan ihram sampai selesai haji (hari raya kurban). Yang melaksanakan haji ifrad tidak diharuskan membayar dam.

    Umrah (ﻋﻤﺮﻩ) ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa'i dan bertahallul mengikut tertib.


    Laman ini diubah buat kali terakhir pada 08:25, 4 Ogos 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • syarat haji

    Syarat-syarat Haji mengikut Mazhab Syafie
    1. Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
    2. Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
    3. Mukallaf.
    4. Berkemampuan dengan syarat:
    5. Berkuasa membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat Haji sehingga selesai dan kembali ke tanah air.
    6. Ada kenderaan pergi dan balik.
    7. Disyaratkan mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
    8. Tidak mengalami kesulitan teruk semasa berada di dalam kenderaan.
    9. Aman perjalanan.
    Manakala bagi perempuan pula ditambah: Terdapat kawan perempuan berserta wanita Islam yang boleh dipercayai.

     Laman ini diubah buat kali terakhir pada 08:25, 4 Ogos 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • haji dan umrah

    Pengertian Haji dan Umrah pada Syarak
    Haji pada syarak ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sai'e dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.

    Umrah pada syarak ialah menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan tawaf, sai'e dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.


    Laman ini diubah buat kali terakhir pada 08:25, 4 Ogos 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • Haji -pengenalan

    Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima.

    Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. Firman Allah Taala :

    (ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين)

    Artinya: "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)."


    Laman ini diubah buat kali terakhir pada 08:25, 4 Ogos 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • Saturday 17 September 2011

    hikmah berkhatan


    1. asas kebersihan dalam Islam
    2. untuk perbezaan agama ( namun pada hari ini, khatan juga dilakukan oleh bukan Muslim )
    3. mencantikkan bentuk kemaluan
    4. memelihara tenaga batin
    5. sunah Nabi Ibrahim a.s dan Rasulullah
    6. mengelakkan zakar terkurung di dalam kulup ketika sedang ereksi atau menegang
    7. menghindarkan dari penyakit
    8. mengurangkan keinginan onani ketika anak-anak baru baligh
    Berkhatan juga dikatakan dapat menghindarkan diri dari terkena sebarang penyakit berbahaya seperti HIV. Hasil kajian pengkaji Eropah dan Afrika di empat buah bandar Afrika mendapati berkhatan menghindarkan tiga kali ganda dari dijangkiti HIV/AIDS. Circumcision 'reduces HIV risk'

     Laman ini diubah buat kali terakhir pada 18:02, 11 September 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • kebaikan khatan



    Bagi Laki-Laki

    Di antara fungsi berkhatan bagi lelaki adalah membuang tempat bersarangnya kotoran dan najis(kulup).

    Bagi wanita

    Sebahagian meyakini bahwa sunat wanita dalam islam dapat menstabilkan rangsangan syahwatnya. Jika dikhatan terlalu dalam (dikhatan terlalu dalam bermaksud bermungkinan memotong sebahagian klitoris) boleh membuat wanita tidak mempunyai hasrat sama sekali, sebaliknya, jika kulit yang menonjol ke atas vaginanya (secocok dengan preputium pada zakar / alat kelamin lelaki atau penutup klitoris)(identical with preputium) boleh dipotong untuk membuat wanita lebih menikmati hubungan seksual dan sukar untuk mendapatkan klimaks (orgasme).


    Laman ini diubah buat kali terakhir pada 18:02, 11 September 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • khatan -sumber wikipedia

    Al-Quran sendiri tidak menyebut khatan. Pada zaman Nabi Muhammad a.s., khatan dijalankan oleh banyak Puak Semenanjung Arab, di kalangan mereka umat Yahudi dan Kristian untuk alasan agama.

    Nabi Muhammad sendiri telah dikhatan selepas lahir, dan mengkhatan anak lelakinya. Banyak para pengikut awalnya dikhatan untuk menandakan kemasukan mereka dalam masyarakat Islam yang menimbul. Fakta-fakta ini disebutkan kerap kali dalam hadis. Sesetengah khatan kumpulan hadis dengan fitra (tindakan dianggap seorang yang halus). Yang lain termasuk: mengetip atau menyukur rambut kelamin, memotong kuku, membersih gigi, memetik atau menyukur rambut di bawah ketiak dan mengetip (atau memotong) misai. (Dilaporkan dalam hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim).

    Oleh itu, sungguhpun ketidakhadirannya dari al-Quran, ia telah menjadi suatu kebiasaan agama dari mulanya Islam. Meskipun, ada suatu lagi versi hadis yang tidak menamakan khatan sebagai salah satu ciri fitrah dan suatu lagi hadis yang menamakan sepuluh ciri, sekali lagi tanpa menamakan khatan. Ada perdebatan dari al-Quran yang menentang khatan, banyak para pengikut al-Quran sahaja mengikut prinsip ini dan mendebat bahawa khatan bertentangan dengan al-Quran.[2]

    Di kalangan Ulama (cendekiawan legal Islam), ada banyak pendatan berbeza tentang kewajiban khatan dalam Syariat Islam. Imam Abū Ḥanīfa, pengasas mazhab Hanafi Fiqh (jurisprudens Islam), dan Malik ibn Anas mengekalkan bahawa khatan adalah suatu Sunnah Mu'akkadah—tidak wajib tetapi digalakkan. Mazhab Syafi`i dan Hanbali melihatnya sebagai wajib pada semua umat Islam.[3]

    Ada suatu gerakan kecil dalam Islam, yang menolak membuat khatan lelaki sebagai keperluan agama oleh kerana ia tidak disebut dalam al- Quran. Advocates sudut pandangan ini pada beberapa ayat al-Quran yang mengindikasi kesempurnaan penciptaan (al-Quran 32:7, 82:7-8, 95:4), dan juga tanggapan umum bahawa khatan adalah perlu untuk alasan kebersihan.[4] Muslim activists include Canadian Dr. Arif Bhimji,[5] Libyan judge Mustafa Kamal al-Mahdawi,[6] dan ahli feminisme Dr. Nawal El Saadawi Mesir, yang mengaitnya dengan perjuangannya terhadap pemotongan alat kelamin wanita.[7]


    Laman ini diubah buat kali terakhir pada 18:02, 11 September 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • khatan -sejarah

    Rekod terawal mengenai berkhatan terdapat dalam batu bersurat Mesir Purba dari Saqqara (c 2200 S.M (BC).

    Dikatakan Nabi Ibrahim a.s dikhatan ketika berusia 80 tahun dan mengkhatan putera-putera beliau, Nabi Ismail dan Nabi ishak pada usia masing-masing 13 dan 8 tahun. Perbuatan ini kemudian berlarutan sehingga ke nabi seterusnya termasuk Nabi Isa a.s. Untuk kes Nabi Muhammad s.a.w. ada mengatakan baginda dilahirkan sudah berkhatan. Ada juga menyatakan bahawa baginda dikhatankan oleh Malaikat Jibrail atau datuk beliau, Abdul Mutalib.

    Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab. [1]

    Di Malaysia, kebanyakan ibu bapa dan penjaga memilih hari cuti penggal, iaitu sekitar pertengahan tahun mahupun hujung tahun untuk mengkhatankan anak-anak mereka. Kanak-kanak ini kebiasaannya dikhatankan ketika berusia dalam lingkungan 10-12 tahun.

    Khatan di kalangan masyarakat Arab berbeza dengan masyarakat di Malaysia. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat Arab memilih untuk mengkhatankan anak mereka ketika baru lahir atau pada peringkat 7 tahun.

    Laman ini diubah buat kali terakhir pada 18:02, 11 September 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • khatan -pengenalan

    Khatan bermakna memotong lebihan kulit di bahagian alat sulit samaada bagi wanita (kelentit) mahupun lelaki (kulup).

    Khatan atau "bersunat" merupakan salah satu cara membersihkan alat sulit kerana zakar dan faraj merupakan tempat dimana pembiakan kuman-kuman yang boleh memudaratkan.

    Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan al-Auzai serta lain-lain berkhatan atau bersunat ini merupakan wajib bagi seseorang yang bergelar Muslim. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa khatan wajib dilakukan ketika si anak hampir cukup umur atau akil baligh.
    Mengkhatan anak lelaki adalah wajib manakala mengkhatankan anak gadis adalah terpuji dan bukannya wajib.


    Laman ini diubah buat kali terakhir pada 18:02, 11 September 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • Friday 16 September 2011

    khasiat ulaman

    Dahulu, ulam mungkin hanya terkenal di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Tetapi, kini hidangan ulam-ulaman semakin digemari warga kota termasuk masyarakat bukan Melayu, malah turut menjadi antara hidangan wajib di hotel-hotel terkemuka.

    Ulam adalah sayuran atau tumbuhan yang dimakan mentah atau sekadar dicelur iaitu direndam sekejap di dalam air panas. Ada juga sesetengah ulam perlu direbus terlebih dahulu, baru sedap dimakan seperti ulam pucuk ubi. Biasanya ulam dijamu bersama sambal belacan, budu atau cencaluk untuk dimakan bersama nasi.

    Ulam diambil daripada pelbagai bahagian sesuatu pokok atau tumbuhan yang boleh dimakan, antaranya pucuk, daun, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunganya.
    Ada antara ulam cukup popular dan mudah didapati di pasaran seperti rebung, cekur manis, jering, petai, ulam raja dan sebagainya.
    Sementara ulam beluntas, pucuk betik, pucuk kadok dan pucuk gajus antara ulam yang sukar dicari, malah ia juga kurang dikenali walaupun dalam masyarakat Melayu itu sendiri.

    Ulam dikatakan mempunyai banyak khasiat sebab ia dimakan secara mentah atau tidak dimasak terlalu lama. Justeru, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium yang terdapat dalam ulam tidak dimusnahkan oleh haba.

    Selain itu, ulam juga dikatakan membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan perkumuhan.

    Antaranya, ulam pegaga yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak serta dikatakan dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.
    Kangkung pula sejenis sayuran yang murah dan mudah diperoleh kerana tumbuh secara meliar di tepi-tepi sumber air, dikatakan dapat membantu mengurangkan kesakitan penyakit buasir, sakit kepala dan boleh digunakan untuk melebatkan rambut.
    Jering pula didapati mengandungi banyak zat, antaranya protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin A, B dan C. Biarpun rasanya pahit dan berbau, ia juga dikatakan menjadi penawar kepada pesakit kencing manis.
    Sementara petai juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus. Kandungan lain yang ada dalam petai adalah karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.
    Khasiat petai bergantung kepada umur dan kesegaran biji petai tersebut. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat, dikatakan kurang mempunyai kandungan khasiat yang tinggi. Biji petai dikatakan berkesan merawat penyakit jantung, kencing manis, mencuci buah pinggang dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
    Disebabkan khasiat yang terselindung, ulam-ulaman diminati ramai biarpun rasanya pahit dan baunya busuk.

    Sebolehnya, jadikanlah ulam sebagai makanan wajib dalam hidangan kerana selain ia mampu membuka selera, turut ‘dijamu’ khasiatnya yang tinggi tidak kira dari segi pemakanan mahupun perubatan.

    Untuk itu, para petani perlu memainkan peranan menanam pokok-pokok ulam secara komersial bukan hanya mengharapkan ia tumbuh melata di hutan atau kebun mereka.

    ulam raja 1

    ulam-raja
    Ulam ini paling digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Ulam ini diberi nama ulam raja adalah kerana ia merupakan raja segala ulam. Berbeza dengan ulam lain, ulam raja seakan meninggalkan rasa gasnya yang tersendiri. Seiring nama saintifiknya cosmos caudatus, ulam raja sebenarnya tergolong dalam jenis kosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan keranya bunganya yang cantik dan berwarna-warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai bunga yang kecil dan berwarna pucat ala merah jambu ataupun putih. Ulam ini mengandungi nilai khasiat yang tinggi kepada tubuh. Ianya mengandungi 0.3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat. Malah ia juga kaya dengan laksium dan vitamin A.

    Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana khaistnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksik dan juga menguatkan tulang. Klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi pelbagai jenis bahan kimia semulajadi yang dikatakan dapat merencatkan aktiviti sesetengan bakteria dan fungus seperti candida albicans dan Bacillus subtilis serta E.Coli.

    ulam aunty

    Image hosted by Photobucket.com

    Daun Kunyit yang selalunya digunakan dalam rendang. Memberi bau harum dalam rendang. Menjadikan rasa ayam atau daging menjadi lebih enak rasanya. Daun kunyit tak di makan sebagai ulam, dimasukkan ke dalam makanan. Tapi kunyit tu ada yang buat ulam. Aku pernah hantar kat Malcolm (di UK), dia buat salad lagi. Kunyit hidup ada orang petua boleh ubatkan gastrik.
    Image hosted by Photobucket.com

    Daun kesum yang digunakan untuk laksa. Agak sama fungsi dengan daun kunyit dalam rendang, memberi aroma pada kuah laksa. Kurang pasti apakah fungsi lain daun kesum ni dalam masakan.
    Image hosted by Photobucket.com

    Yang kiri daun selom. Daun selom boleh dibuat sebagai ulam, di hiris dan di tabur ke dalam laksa atau dibuat kerabu,
    Yang sebelah tu dipanggil kacang kelisa atau kacang botol. Boleh makan sebagai ulam atau dibuat kerabu.

    Image hosted by Photobucket.com

    Ini pucuk putat yang selalu orang tanya bila aku tulis aku buat ulam kat rumah. Ada yang pahit tapi yang kat rumah aku ni tak pahit, lemak-lemak kelat rasanya.
    Image hosted by Photobucket.com

    Kalau kat atas tu daun dan pucuk putat, ini buah dia. Yang dibuat ulam adalah yang muda sebab dia rapuh dan tak keras bersabut. Ada yang kelat ada yang lemak. Sedap dibuat ulam.
    Image hosted by Photobucket.com

    Pegaga banyak khasiat, elok untuk yang berpenyakit darah tinggi, awet muda jugak. Boleh dimakan sebagai ulam, dibuat kerabu atau di minum airnya (blend daun pegaga dan minum airnya) Sekarang dah ada jus pegaga secara komersil.
    Image hosted by Photobucket.com

    Ulam raja nama pokok ni. Aku tak berapa suka, tapi ramai yang suka. Rasa dia OK jugak tapi agak cengih baunya pada aku.
    Image hosted by Photobucket.com

    Daun kadok selalu orang bubuh sebagai salah satu daun dalam nasi kerabu yang original lah. Bentuknya macam daun sireh sikit, kadang-kadang orang-orang yang tak kenal daun ni akan tersalah anggap sebagai daun sireh.

     Thanks Aunty....

    ulam mendatang

    “Pucuk dicita Ulam Mendatang”. Begitulah ungkapan pepatah melayu yang menunjukkan kepentingan pucuk dan ulam dalam kehidupan suatu masa dahulu.

    Apakah pucuk dan ulam itu berbeza? Ulam ialah sayur-sayuran yang dimakan mentah, dicelur atau direbus sebelum dimakan.

    Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian sesuatu pokok yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan bahagian bunga. Biasanya ulam-ulam dicicah dengan sambal belacan, budu atau cencaluk dan dimakan bersama nasi sebagai pembuka selera. Selain itu, ulam-ulam tradisional ini juga boleh dijadikan sebagai bahan dalam penyediaan nasi ulam atau nasi kerabu.

    Memakan ulam-ulaman ialah suatu amalan yang baik kerana selain membuka selera, ulam-ulam mempunyai khasiat daripada segi pemakanan dan perubatan. Ini kerana, khasiat yang terkandung didalamnya dapat dikekalkan tanpa mengalami kehilangan zat disebabkan oleh proses memasak yang dikenakan haba. Jika selama ini, ulam hanya sinonim dengan penduduk di luar bandar, namun senario ini telah berubah kerana ulam juga telah menjadi santapan biasa bagi warga di bandar dan juga semakin mendapat tempat di hati masyarakat antarabangsa.


    Sehingga kini, dipercayai terdapat lebih daripada 120 jenis ulam tradisional telah dikenal pasti di Malaysia. Ulam-ulam ini terdiri dari perbagai famili tumbuh-tumbuhan. Ulam boleh didapati dari tumbuhan kecil dan melata seperti pegaga, hingga pokok-pokok renek dan pokok-pokok besar seperti petai dan kerdas. Berdasarkan kebiasaannya, ulam-ulam tradisional secara amnya boleh dibahagi kepada dua kumpulan. Sayur-sayuran ini dianggap tradisional kerana mudah didapati di kawasan-kawasan kampung, kadang-kadang tumbuh dengan sendiri atau ditanam tanpa penjagaan rapi.

    Kumpulan ulam yang popular dan mudah didapati di pasaran, contohnya pegaga, rebung buluh, cekur manis, jering, kacang kelisa, petai, ulam raja dan sebagainya. Sementara beluntas, pucuk betik, cekur, pucuk gajus, daun tenggek burung dan beberapa jenis ulam lagi termasuk dalam kumpulan kedua iaitu ulam yang kurang terkenal dan jarang didapati di pasaran.



    Pada masa kini, hanya terdapat beberapa jenis ulam tradisional sahaja yang ditanam. Itu pun secara kecil-kecilan untuk keperluan sendiri atau dipasarkan. Antara ulam-ulam tersebut termasuklah ulam raja, selom dan kacang kelisa. Kebanyakan jenis ulam seperti jering, pucuk putat, daun salam, selasih dandi dan pucuk mata pelanduk dikutip dari tumbuh-tumbuhan yang tumbuh dalam keadaan semulajadi seperti hutan atau dusun. Sebilangan besarnya pula merupakan hasil sampingan sesuatu tanaman yang ditanam untuk tujuan lain. Ini termasuklah jantung pisang, pucuk ubi, dan pucuk gajus.

    Sebagaimana sayur-sayuran biasa, ulam-ulam juga mengandungi nilai pemakanan yang penting seperti karbohidrat, lemak, protein, mineral-mineral utama dan vitamin-vitamin untuk kesihatan manusia seperti karotena, vitamin A, B dan C. Kini terbuktilah, pemilihan ulam- ulaman di dalam diet harian kita adalah tepat kerana khasiat yang terkandung dalam ulam tidak dapat dinafikan kelebihannya malah ia turut mendapat perhatian pakar-pakar pemakanan antarabangsa yang turut mengakui keistimewaan tumbuhan semulajadi tersebut.

    Banyak lagi sebenarnya ulam-ulaman yang ada di Malaysia tidak diketengahkan lagi kepada umum. Malah kebanyakkan generasi baru hari ini tidak mengenali dan meminati ulam-ulaman. Mereka MUNGKIN tidak mengetahui khasiat sebenarnya ulam-ulaman ini dan banyak terdedah dengan makan segera yang kurang berkhasiat. Di harap anda boleh kongsikan di sini… Semoga info anda dapat membuka minat dan memberi pengetahuan kepada generasi muda supaya memakan ulam-ulaman. Jadikanlah ulam-ulaman sebagai ubat bagi mencegah penyakit dan seterusnya menjaga kesihatan anda.

    ulam -khasiat

    Secara amnya ulam tidak ditanam secara komersial. Ulam hanya ditanam secara kecil-kecilan disekitar rumah untuk dimakan sendiri atau dipetik daripada yang tumbuh meliar. Ulam yang ditanam untuk kegunaan sendirian biasanya adalah dari jenis semusim dan mudah ditanam seperti pokok Ulam Raja, selom dan kacang kelisa. Ulam yang berasal daripada pokok saka biasanya dikutip dari tumbuh-tumbuhan yang tumbuh dalam keadaan semulajadi seperti hutan atau dusun. Antara ulam yang termasuk dalam kumpulan ini adalah jering, pucuk putat, kerdas dan rebung. Terdapat juga yang ditanam untuk kegunaan lain seprti untuk buahnya, tetapi sebahagiannya diambil untuk dimakan sebagai ulam seperti jantung pisang, pucuk ubi, nangka muda dan pucuk jambu golok (gajus).

    Bagaimanapun, peningkatan permintaan yang disumbang oleh kegiatan pemasaran dan pengedaran yang lebih meluas, seperti di pasar tani dan pasar minggu telah menggalakkan para petani-petani untuk mula menanam ulam-ulam secara meluas atau komersial.

     

    Oleh kerana ulam dimakan secara langsung tanpa dimasak lama terlebih dahulu, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama seperti kalsium (Ca), fosforus (P), besi (Fe), natrium (Na) dan kalium (K) di dalam ulam tidak termusnah oleh haba. Sebagai contoh, daun kaduk didapati mempunyai kalsium (Ca), fosforus (P), dan besi (Fe) yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100g, dibandingkan dengan ulam-ulam lain.

    Ulam juga membekalkan serat yang amat di perlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan pergerakan najis dalam saluran usus.



    Ulam juga memainkan peranan penting dalam perubatan Melayu dan kini pakar pengkaji perubatan barat juga turut mengakui khasiat ulam sebagai tambahan yang baik untuk badan. Sebagai contoh, pegaga kini telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjanakan kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak selain dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit.

    Ulam jering pula mengandungi sejenis sebatian alkaloid pelawas yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Selain itu juga jering boleh menjadi penawar yang berkesan pesakit kencing manis sekiranya diambil secara berterusan dengan kadar yang sedikit. Ini kerana kandungan sebatian alkaloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula di dalam badan. Daun kaduk pula mempunyai kandungan kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan untuk memperkuatkan tulang, dan mengelakkan daripada penyakit osteoporosis terutama dikalangan kaum wanita.

    ulam -pengenalan

    Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah atau sekadar dicelur (direndam sekejap dalam air panas) sebelum dimakan bersama nasi.

    Ulam juga biasanya dimakan bersama dengan perasa seperti budu, cencaluk, atau sambal belacan, sebelum dimakan bersama nasi.

    Ulam sudah terkenal sebagai hidangan harian utama di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunga.

    Sayur-sayuran biasa boleh dianggap ulam apabila dimakan sebegitu sahaja. Ini termasuklah sayur-sayuran seperti timun, kubis dan terung. Selain daripada sayur-sayuran biasa, terdapat satu lagi kumpulan ulam ialah ulam tradisional.

    Ulam tradisional lebih meluas penggunaannya termasuk digunakan sebagai ulam biasa, sebagai bahan masakan seperti dalam penyediaan nasi ulam atau nasi kerabu dan masakan sayur lemak, dan sebagai bahan perubatan seperti penyakit kencing manis atau darah tinggi.

    Thursday 15 September 2011

    wahabi -suntikan di Malaysia

    Imam Besar Masjidil Haram bawa Wahabi ke Malaysia, syaki pegawai Jakim

    April 26, 2011
     www.themalaysianinsider.com melapurkan bahawa seorang pegawai kanan JAKIM mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais cuba menyuntik fahaman wahabi di kalangan umat Islam negara ini.

    Zamihan Mat Zin ini jugalah yang telah menimbulkan kontroversi tahun lalu, apabila dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI.

     
     

    wahabi -tulisan Dr. Asri

    Disiarkan pada Oct 17, 2007 dalam kategori Isu Semasa

    (Artikel ini ditulis semasa Dr. MAZA belum menjadi mufti)

    Adalah malang apabila golongan yang kononnya kuat berpegang dengan agama tidak bersifat ilmiah. Sedangkan ilmu adalah teras kepada Islam yang tulen dan murni. Antara sikap tidak ilmiah ialah menuduh seseorang dengan sesuatu tuduhan palsu disebabkan tidak mahu atau berupaya menjawab persoalan yang dikemukakan. Sikap ini sama dengan Amerika sekarang yang menganggap sesiapa sahaja yang mengkritiknya sebagai pengganas sekalipun tanpa bukti.


     

     Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai ‘wahabi’. Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!.

    Jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka melebelkan orang lain sebagai ‘wahabi’; apa itu wahabi?. Berbagai jawapan diberikan. Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh.
    Jika kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang lain juga demikian. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu Hanifah juga wahabi?. Dia diam.

    Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia tahlil maksudnya La ilah illa ALLAH, tahmid bermaksud Alhamd li ALLAH, tasbih bermaksud subhana ALLAH. Setahu kita mereka ini menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka kafir. Bahkan imam-imam di Arab Saudi menghafaz al-Quran dengan begitu hebat dan bacaan-bacaan mereka diperdengarkan di sana sini. Adakah mereka kafir?!!.

    Ada yang kata wahabi adalah mereka yang belajar di Arab Saudi. Saya kata saya tidak belajar di Arab Saudi pun ada juga yang menuduh wahabi. Kemudian, kalau wahabi itu sesat, apakah sekarang Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi sedang didiami dan diimami oleh golongan yang sesat?!!. Ada yang kata wahabi ialah golongan tidak bermazhab. Kita beritahu dia Arab Saudi yang sebagai dituduh wahabi bermazhab Hanbali.

    Agak yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Dari situ digelar pengikutnya ‘Wahhabi’. Saya katakan saya sendiri dalam pengalaman yang singkat ini ada yang menuduh wahabi, sekalipun saya tidak begitu membaca buku-buku Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab.

    Saya hanya menganggapnya salah seorang tokoh-tokoh umat yang ada jasa dan sumbangannya. Dalam masa yang sama ada kekurangan dan kelemahannya. Dia bukan tokoh mazhab fiqh yang ulung untuk dirujuk fatwa-fatwa fiqhnya. Dia sendiri bermazhab Hanbali. Bukan juga jaguh dalam hadith, sehingga al-Albani pernah mengkritiknya dengan agak keras. Namun, sebagai tokoh, ada sumbangannya yang tersendiri. Dari segi ilmiah, secara peribadi saya tidak dapat banyak manfaat daripadanya. Namun sumbangannya tidak dilupakan.

    Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Aulawiyyat memujinya, dengan berkata:

    Bagi al-Imam Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Jazirah Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, ctk. Maktabah Wahbah, Mesir).

    Bahkan Dr. Wahhab al-Zuhaili juga memujinya dengan menyebut:

    “Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksudnya) “Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85), bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan al-salaf al-salih yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah. Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan, bid’ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan akidah yang bersih..” (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58).

     Ini hanyalah sebahagian sahaja tulisan beliau.
    Sila layari dr.maza.com bagi artikel penuh.

    wahabi -Imam Abu Zuhrah

    Kenyataan ini diambil dan diterjemahkan secara ringkas dari kitab Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah (muka surat 199 – 121) karangan Imam Abu Zuhrah.

    Berikut merupakan kenyataan dan pandangan beliau mengenai kaum Wahabi:

    1. Tidak memadai dengan menetapkan ibadah seperti mana yang ditetapkan oleh Islam di dalam al-Quran dan al-Sunnah dengan menurut pandangan Ibn Taimiyyah (sahaja), bahkan mereka (Wahabiyyah) berkehendak untuk menjadikan setiap perbuatan ibadah lain (termasuk tradisi setempat) agar tidak terkeluar dari lingkungan Islam dengan menyuruh kaum muslimin mengikut peraturan mereka itu. Mereka mengharamkan rokok secara keras sekali sehingga orang awam di kalangan mereka beranggapan bahawa perokok adalah seperti orang musyrik. Mereka (Wahabiyyah) menyerupai kaum Khawarij yang mengkafirkan pelaku dosa besar.

    2. Pada awalnya mereka (Wahabiyyah) turut mengharamkan kopi dan benda yang mempunyai persamaan dengannya ke atas diri mereka, tetapi mereka menghalalkan semula selepas itu.

    3. Sesungguhnya Wahabiyyah merasakan tidak cukup dengan dakwah semata-mata, bahkan mereka sanggup mengangkat pedang (menggunakan kekuatan senjata) untuk memerangi para penentang mereka dengan dakwaan bahawa mereka memerangi bidaah iaitu perkara mungkar yang wajib diperangi. (Atas dasar ini) mereka berpendapat bahawa wajib berpegang dengan amar ma’aruf dan nahi mungkar, seperti mana dalam firman Allah SWT (di dalam surah ali-Imran, ayat 110).
    Ketika konflik dan peperangan pemikiran Wahabiyyah meletus di bawah pimpinan Muhammad bin Saud, datuk kepada keluarga Saudiyyah yang berkuasa di tanah arab iaitu besan Syeikh Muhammad bin Abd Wahab dan juga pengikut mazhabnya, dia (Muhammad bin Saud) mendukung (mazhab Wahabiyyah) dengan kekuatan pedang. Ia mendakwa sesungguhnya perbuatan itu (memerangi kaum muslimin) adalah untuk menegakkan al-Sunnah dan memusnahkan bidaah. Kemungkinan dakwah keagamaan mereka yang menggunakan kekerasan itu adalah satu pemberontakan ke atas pemerintahan al-Uthmaniyyah. Dakwah seperti ini terus berjalan dengan sokongan kekuatan senjata. (Melihat perkembangan Wahabiyyah ini) maka pemerintahan al-Uthmaniyyah menghadapi mereka dengan kekuatan senjata juga, tetapi tidak dapat mengalahkan dan menghilangkan kekuatan mereka, sehinggalah Gabenor Mesir iaitu Muhammad Ali turun dengan tenteranya yang kuat untuk menghadapi mereka dan berjaya menghancurkan kekuatan kaum Wahabi setelah beberapa kali bertempur. Maka kekuatan mereka (Wahabiyyah) tinggal beberapa kabilah sahaja pada ketika itu. Adapun dakwah mereka di markas Riyad terus berlangsung dengan kekerasan.

    4. Sesungguhnya setiap tempat yang mereka duduki jika terdapat kuburan atau binaan maka mereka akan menghancurkan dan memusnahkannya sehingga sebahagian penulis dari Eropah mengatakan mereka sebagai penghancur tempat-tempat ibadah. Walaubagaimanapun, dakwaan mereka (penulis Eropah) agak keterlaluan kerana kubur bukanlah tempat ibadah. Tetapi mereka (Wahabiyyah) turut menghancurkan masjid yang terdapat kubur padanya dengan mengambil hadith tentang larangan Nabi SAW ke atas perbuatan Bani Israil ketika mana mereka menjadikan sebilangan kubur sebagai masjid.

    5. (Kekerasan Wahabiyyah) tidak berhenti setakat itu sahaja kerana mereka terus mendatangi kubur-kubur lain dan menghancurkannya. Ketika mana mereka memiliki kembali kekuasaan di negara al-Hijaziyyah, mereka turut menghancurkan semua kubur para sahabat dan meratakannya dengan tanah. (Kubur para sahabat) tidak lagi kelihatan pada waktu ini melainkan tanda-tanda bagi menunjukkan tempat kubur tersebut. Mereka hanya membenarkan menziarahinya sahaja dengan memberi salam kepada penghuni kubur itu dengan berkata “assalamualaik”.

    6. Sesungguhnya mereka (Wahabiyyah) menghalang perkara-perkara kecil yang tiada padanya penyembahan dan tidak pula membawa kepada keberhalaan dengan menyatakan ketidaksetujuan mereka, seperti mengambil gambar fotografi. Kita boleh temui dalam pelbagai fatwa mereka dan risalah-risalah yang ditulis oleh ulama mereka. Namun para penguasa mereka (pemerintah negara Wahabi) tidak memperdulikan kata-kata tersebut dan mereka mempamerkan (gambar dan lukisan) pada dinding.

    7. Sesungguhnya mereka memperluaskan makna bidaah dengan perluasan yang ganjil sehingga mereka beranggapan bahawa memasang kain pada Raudhah yang mulia adalah perkara bidaah. Mereka menghalang menukar kain yang baru ke atasnya (Raudhah) sehingga kain itu menjadi jijik dipandangan mata. Jika tiada nur yang memancar dalam diri sesiapa yang menziarahi Nabi SAW atau merasakan dia bukan di tempat turunnya wahyu ke atas penghulu para rasul SAW (pasti mereka merasa jijik dengan kain tersebut).
    Terdapat sebilangan dari mereka (Wahabiyyah) beranggapan seseorang muslim yang mengucapkan kalimah sayyidina Muhammad adalah bidaah yang tidak harus (dilarang), mereka (Wahabiyyah) benar-benar sangat melampaui batas. Pada jalan dakwah pula, mereka sangat keras dalam percakapan sehingga kebanyakkan manusia benci dan enggan bersama mereka.

    8. Pada hakikatnya Wahabi telah malaksanakan pandangan Ibn Taimiyyah dan sangat keras dalam pandangannya. Apa yang kami nyatakan tentang pendapat Ibn Taimiyyah ketika menyebut mazhab yang menisbahkan diri mereka sebagai Salaf maka mereka (Wahabiyyah) terima. Tetapi mereka memperluaskan lagi pengertian bidaah dan memandang perkara yang tiada hubungan dengan ibadah juga adalah bidaah. (Adapun bidaah adalah perkara) untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan ia tiada asal dalam agama. Maka memasang kain di Raudhah yang mulia, contohnya, tidak ada seseorang pun yang berkata ia merupakan ibadah dengan pelbagai bentuknya. Sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanya untuk menghiasinya supaya tertarik melihatnya. Seperti mana hiasan di Masjid Nabawi. Sungguh pelik (Wahabiyyah) kerana mereka mengingkari kain (Raudhah) tetapi tidak mengingkari (menghiasi) Masjid Nabawi, kerana kedua-dua perkara ini berada dalam posisi yang sama.

    Mesti diketahui sesungguhnya ulama Wahabiyyah berkeyakinan bahawa pendapat mereka sahaja yang betul dan tidak mungkin salah, sedangkan pendapat selain mereka adalah salah dan tidak mungkin betul. Bahkan sesungguhnya mereka beranggapan membangunkan kubur dan sekitarnya adalah seperti membangunkan kuil dan berhala. Mereka memerangi Khawarij yang mengkafirkan penentang mereka dan memeranginya, seperti mana yang telah kami sebutkan. Keadaan ini tidak mendatangkan bahaya (pada ketika itu) kerana mereka tinggal di padang pasir, tetapi keadaan ini menjadi bahaya setelah mereka bergabung dengan orang lain ketika pemerintahan negara al-Hijaziyyah kembali kepada keluarga Saud. Raja Abd Aziz dari keluarga Saud menetapkan pendapat mereka (Wahabiyyah) untuk kegunaan diri mereka sendiri sahaja dan bukan untuk orang lain. Dia (Raja Abd Aziz) terus berjalan dan melangkah (tidak mengikut pandangan Wahabiyyah) sehingga ia memasang kain baru untuk Raudhah menggantikan kain yang buruk itu. Tetapi ditangguhkan sementara pemasangan kain baru itu sehingga Masjid Nabawi selesai dibaiki. Dia meninggal dunia sebelum sempat melaksanakannya dan berharap pengganti beliau dapat melaksanakan apa yang dia inginkan itu.

    Sekian.

    wahabi -sudut MANHAJ

    01. Berlebih-lebihan pada mengkritik mereka yang tidak sehaluan dengan mereka baik ulama terdahulu mahupun sekarang.

    02. Menganggap bahawa hanya mereka sahajalah yang benar dan merekalah sahajalah pembawa manhaj salaf yang sebenar.
    03. Bersikap keras kepala dan enggan menerima kebenaran walaupun dibentangkan beribu-ribu hujjah. Bagi golongan Wahabi dalil mereka yang menentang mereka semuanya lemah atau telah dijawab.
    04. Amat gemar berdebat walau di kalangan masyarakat awam.
    05. Terlalu fanatik kepada fahaman dan tokoh-tokoh yang mereka diiktiraf mereka seperti Muhammad Abdul Wahab, Abdul Aziz bin Baz, Nasir al-Albani, Muhammad Soleh al-Utsaimin, Soleh Fauzan dll.
    06. Mudah mengatakan bahawa ulama terdahulu sebagai silap ataupun sesat dll.
    07. Mendakwa mereka mengikut manhaj salafi pada urusan aqidah dan fiqh walaupun hakikatnya mereka amat jauh sekali dan tidak memahaminya.
    08. Cuba untuk menyatukan semua pihak atas fahaman mereka lantas menyebabkan perpecahan umat.
    09. Sebahagian mereka juga bersikap lemah lembut pada kuffar dan berkeras pada umat Islam.
    10. Menyesatkan dan memfasiqkan sesiapa yang bercanggah dengan mereka serta melebelkan dengan pelbagai gelaran.
    11. Seolah-olah menyamatarafkan hadis dhoif dengan hadis maudhuk lantas mendakwa mereka hanya mengikut hadis yang sahih selain kritikal terhadap penerimaan riwayat dan taasub dengan penerimaan atau penolakan Nasir al-Albani semata-mata.
    12. Membuat khianat ilmiah samada pada penulisan atau pada pantahqiqan kitab-kitab lama terutamanya.

    wahabi -sudut FIQH

    Antara cara mudah mengenali pengikut WAHABI:

    01. Kritikal terhadap mazhab-mazhab fiqh dan menganggap sesiapa yang berpegang kepada satu mazhab adalah taksub dan jumud. Mereka akan menyarankan mengikut fiqh campuran atas corak pemahaman mereka dan menamakannya sebagai Fiqh Sunnah.
    02. Membahagikan manusia kepada tiga golongan iaitu mujtahid, muttabi dan muqallid dan mencerca golongan muqallid. Bagi mereka hanya menyeru kepada mengikut seorang alim atau imam itu hanyalah dengan dalil walaupun pada hakikatnya mereka tidak memahami dalil tersebut.
    03. Gemar membangkitkan isu-isu furuk yang sudah lama diperbahaskan oleh para ulama terdahulu seperti isu tahlil, talqin, qunut subuh, zikir berjamaah, zikir dengan bilangan tertentu, lafaz niat solat, ziarah makam para nabi dan ulama, sambutan maulidur rasul dll.
    04. Perkataan bidaah sentiasa diulang-ulang pada perbuatan yang mereka tidak setuju. Bidaah di dalam agama bagi mereka hanyalah sesat dan akan menjerumuskan pembuatnya ke dalam neraka. Kata-kata Imam Syatibi pada pembahagian bidaah akan mereka ulang-ulangi. Menurut fahaman mereka pembahagian ulama lain pada bidaah hanyalah bidaah dari sudut bahasa.
    05. Wahabi secara umumnya mengaitkan amalan-amalan tertentu kononnya sebagai rekaan dengan hawa nafsu atau kejahilan para ulama terdahulu manakala Wahabi di Malaysia cuba mengaitkan amalan yang mereka tidak persetujui hanyalah rekaan para ulama Nusantara.
    06. Hanya berpegang kepada suatu pendapat dalam hukum hakam fiqh jika mempunyai dalil yang zahir dan amat gemar meminta dalil dari al-Quran dan al-Hadis seolah-olah mereka dapat membuat perbandingan sendiri kuat lemahnya sesuatu pendapat berdasarka dalil yang dijumpai.

    wahabi -sudut AQIDAH

    Antara cara mudah mengenali pengikut WAHABI:

    01. Gemar membahagikan-bahagikan tauhid kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Rububiyah, Uluhiyah dan al-Asma Wa al-Sifat lantas menyamakan umat Islam kini dengan musyrikin Mekah.
    02. Menyesatkan manhaj Asyairah dan Maturidiyah yang merupakan dua komponen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.
    03. Kritikal terhadap sisitem pengajian Sifat 20.
    04. Gemar membahaskan ayat-ayat mutasyabihat dan membahaskan perihal istiwa Allah Taala, tangan Allah Taala, di mana Allah Taala dan lain-lain ayat mutasyabihat lagi lantas memahami ayat-ayat itu dengan zahir ayat dan mencerca mereka yang mantakwil ayat-ayat ini. Akhirnya mereka secara tidak sedar termasuk di dalam golongan Mujassimah dan Musyabbihat.
    05. Sering meletakkan isu-isu fiqh dalam bab aqidah, seperti tawasul dan istighatsah lantas mensyirikkan dan mengkafirkan amalan-amalan yang tidak sehaluan dengan mereka. Juga mensyirikkan amalan yang tidak dipersetujui contohnya mambaca salawat syifa dan tafrijiah dll.
    06. Mudah melafazkan kalimah syirik dan kufur terhadap amalan yang mereka tidak persetujui (Khawarij Moden).
    07. Amat kritikal terhadap tasawuf serta tarikat dan mengatakan bahawa tasawuf dan tarikat diambil daripada ajaran falsafah Yunan, agama Buddha dan dll.

    wahabi -konsep moden


    Siradjudin Abbas menulis susur galur fahaman Wahabi dalam buku '40 Masalah Ugama' . Beliau adalah kiyai, abuya , ulama besar di Indonesia. Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang dibawa oleh Muhammad 'Abdul wahab adalah seperti berikut :
    1. Dalam mempelajari ilmu Usuluddin (Tauhid) harus menganut fahaman Ibnu Taimiyah.
    2. Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal Mazhab (Talfiq).
    3. Mengambil sumber Al-Quran dan Hadis yang kuat sahaja tanpa Ijma Ulama dan Qias.
    4. Melarang keras umat Islam berdoa dengan Tawassul (Perantaraan).
    5. Melarang menziarahi kubur, walaupun maqam Nabi. Ulama Wahabi membenarkan orang yang mengerja pergi ke Masjid Nabi di Madinah dengan niat menziarahi Masjid, bukan menziarahi maqam.
    6. Menghancurkan tugu-tugu peringatan / monumen kerana hal ini semuanya menjadikan orang musyrik. Bangunan besar yang dibangunkan di atas tempat Nabi di Suq al Leil telah lama diruntuhkan.
    7. Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabi seperti Qasidah, Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara,Tahlil dan sebagainya.
    8. Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingati Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan semua perayaan hari kebesaran Islam yang lain, kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.
    9. Melarang belajar tentang "Sifat dua puluh", "Kifayatul Awam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid", "Husun Hamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu.
    10. Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum Ahlul Sunnah Wal Jamaah hendaklah dibuang jauh-jauh.
    11. Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat", "Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-muji Nabi s.a.w
    12. Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya dengan lagu Fuqara, Masri dan lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja.
    13. Azan tidak boleh berlagu.
    14. Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramai dilarang sama sekali.
    15. Imam tidak membaca "Bismillah" dalam Solat.
    16. Amal-amal Tariqat, umpamanya Tariqat Naqsyabandi, Tariqat Qadiri, Tariqat Sazali, Tariqat Saman dan lain-lain dilarang keras.
    17. Wirid, berdoa secara beramai-ramai selepas solat berjemaah dilarang keras. Ini kerana mereka berpendapat ia adalah amalan peribadi. [5]

    Laman ini diubah buat kali terakhir pada 16:35, 26 Ogos 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
  • wahabi -perubahan

    Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924.
    Perubahan yang mereka lakukan ialah :
    1. Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924 kerana hadith nabi melarang membuat binaan di atas perkuburan. [1]
    2. Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi.Wahabi berpandangan semua itu syirik dan membawa kepada penyembaahan berhala.
    3. Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa meghadap situ, kerana berpendapat semua doa hanya semata-mata kepada Allah.[2]
    4. Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
    5. Melarang melagu-lagukan azan sebagaimana dalam hadith [3], terutama menggunakan radio dan pembesar suara.
    6. Melarang membaca qasidah.
    7. Melarang melagu-lagukan al Quran.
    8. Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
    9. Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.[4] Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.

    Laman ini diubah buat kali terakhir pada 16:35, 26 Ogos 2011.

  • terma-terma tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.